6 Senaman Mudah Cara Untuk Kecilkan Lengan

Wednesday, August 28, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Masalah lengan besar dan dipenuhi dengan lemak salah satu penyebab seseorang itu akan merasa kurang yakin dengan penampilan diri masing-masing terutamanya kaum perempuan lah. Perempuan ni kalau bab kecantikan, kalau boleh nak semuanya perfect. Tak dapat perfect in real tapi perfect dalam gambar pun jadilah. Yang penting dalam gambar mesti nak nampak kurus. Betul ke tidak? Why perempuan so obses dengan perkataan kurus ni? Sebab kurus tu orang akan anggap cantik tapi sebenarnya cantik tu adalah subjektif.


Ya, tak dinafikan kalau kurus tu akan kelihatan lebih cantik. Bukanlah betul-betul kurus keding. Kurus yang bersederhana pada Fiza akan nampak cantik. Mempunyai badan yang kurus ada banyak kelebihannya. Walaupun tak semua orang kurus itu akan nampak sihat tapi bila kurus ni tidak mempunyai masalah dalam pergerakan seharian dan memilih saiz baju. Semua orang nak kurus kot! Azam yang popular setiap tahun tapi belum tentu dapat dilakukan. Asyik carry forward je lah azam nak kurus tu.

Satu lagi masalah kegemukan adalah tang lengan tu. Konon nak nampak kurus bila bergambar senget tapi bila tengok hasil gambar tetap lengan  besar tu menyerlah. Failed terus tips bergambar nampak kurus tu. Stress juga bila bergambar tak pernah nak menjadi kurusnya. Kan? Haa, apa kata cuba lah 6 senaman mudah cara untuk kecilkan lengan. Fiza rasa benda ni patut dikongsikan dan marilah kita mengurangkan masalah lengan besar tu. Benda pertama paling penting adalah RAJIN. Kalau malas, pergi main jauh-jauh.

6 SENAMAN MUDAH CARA UNTUK KECILKAN LENGAN

1. Buka dan tutup lengan

2. Gerakan naik dan turun

 3. Angkat lengan

4. Gerakan memutar

 5. Gerakan lengan

6. Peregangan

Gerakan senaman lengan ni memang mudah sangat dipandang. Pertama kali Fiza buat rutin ni memang terasa sakit betul lengan ni. Baru buat 2-3 set dah lenguh dan rasa nak give up dah. Beauty is pain, right? So, bertabahlah dan kena rajin buat senaman lengan mudah ni kalau nak dapatkan lengan yang kecil.

credit image to owner

With Love, Sihatimerahjambu

14 comments

  1. masalah kak kat peha. haha. dah serupa kfc dah gamak rupanya. pasni kena lebih kerapkan buat senaman la. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. peha pun satu masalah tu. Kena cari senaman kecilkan peha pulak lah

      Delete
  2. Menarik..senaman simple macam ni buat dalam bilik pun ok...hehehe...thanks sharing Fiza

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak, simple pun awal buat dah terasa sakitnya tu..hihi

      Delete
  3. nampak mudah tapi memang terbakarrrr lemak uikkkk! sebab tu rasa sakit tu...lengan ni pun perlu dikecikkan jugak, bole buat sambil duduk tak? hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasalnya kak.nampak mudah tp terasa betul sakitnya lepas buat

      Delete
  4. Done follow sini, btw nice sharing...

    ReplyDelete
  5. wahh memang nak kecilkan lengan pun

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.