Unboxing Althea Beauty Haul 12.0 | Althea Birthday Rewards

Eh, macam lama je tak cerita beauty products dalam blog. Almaklumlah bila dah sibuk, jengah blog pun tak sempat dah. Well, bila ada masa dapat menaip tu boleh taip seberapa perenggan yang boleh. So nak update sikitlah unboxing Althea Beauty Haul 12.0 dalam koleksi Fiza sempena Birthday bulan dua yang lepas. Althea Birthday Rewards ni pun Fiza dah dapat dan gunakan bulan February haritu. Cuma lambat update je la. Memandangkan dah berkotak-kotak sampai. Jadi kena ikut susunan lah ceritanya.


Okay first time dapat parcel besar macam ni dari Althea. Teruja tu dah memang lah! Dan first time juga shopping beauty products beratus-ratus. Ikutkan jumlahnya lebih kurang RM4++. Tapi sebab dapat birthday rewards point so Fiza hanya tambah beberapa puluh ringgit je lah. Sebenarnya parcel besar tu gabungan daripada dua kotak. Kebetulan masa tu new year festive, jadi rezeki Fiza lah dapat kotak hanbok yang comel gila ni. Macam biasa, Althea akan keluarkan kotak-kotak comel mengikut festive dan event. Kadang tu nak shopping sebab nak dapat kotak comel limited edition tu lah. Ish ish...


Okay, sempena birthday Fiza rewards diri sendiri skincare products je lah memandangkan produk makeup dah cukup lengkap rasanya. Nak jaga kulit betul-betul untuk nampak cantik dan lebih sihat. Bila kulit dah cantik boleh kurangkan pakai makeup untuk menutup segala cela tu ha. Fiza beli skincare produk konon-kononnya nak ikut 10 steps korean skincare routine. Fiza tambah mana yang belum ada dalam 10 steps tu.



1. My Beauty Tool_Lovely Etti_Hair Band RM15.00 
2. Calming Hydro Sleeping Mask (100ml) RM67.00 
3. Rose Water Toner (250ml) RM56.00 
4. Rose Water Soothing Gel (300ml) RM28.00 
5. Jeju Volcanic Pore Scrub Foam (150ml) RM30.00
6. Everyday Mask Set 10 Sheets (25g*10) Honey RM15.00 
7. Wrinkle and Whitening Eye Cream (15ml) RM19.00 
9. Phyto Niacin Whitening Essence (50ml) RM52.00
10. Klairs Rich Moist Soothing Serum (80ml) RM93.00
11. Fresh Herb Origin Cleansing Oil (150ml) RM48.00

Puas hati dalam semua tu untuk daily routine. Kau orang kalau nak cari Korean Beauty Products beli terus dari website Althea. Beli barang boleh dapatkan points dan points tu boleh gunakan untuk next purchase. Berbaloi juga kan. Itu yang asyik nak membeli je tu. Hihi. Okay nanti Fiza cubalah review satu persatu. Harap ada sebuah kerajinan di masa akan datang. Apa-apa pun Thank you Althea!

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.