Day Trip ke Pulau Mersing Dengan Harga Murah

Pulau Mersing @ Mersing Island, salah satu pulau yang menarik di Negeri Johor. Mersing memang terkenal dengan kepulauan yang cantik untuk dikunjungi. Bercuti di Pulau memang best selain menikmati keindahan pantai yang cantik, boleh buat pelbagai aktiviti dan for sure lah tak membosankan walaupun berada di Pulau. Apa yang boleh dibuat di Pulau seperti snorkeling, memancing, island hoping, hiking dan sebagainya.


Paling best dapat menikmati pemandangan indah pantai tu. Bangun-bangun tidur menikmati permandangan pantai sesuatu yang sangat mahal. Siapa yang tak suka pantai kan. Fiza suka sangat tapi agak aquaphobia. Tapi teringin nak pergi bercuti ke Pulau. Apa pasal lah semua pulau jauh-jauh. Salah satu pulau yang Fiza nak pergi adalah Kepulauan Mersing. Tak dapat bercuti lama dapat day trip ke Pulau Mersing pun jadilah. Dapat juga tenangkan fikiran menikmati alam semulajadi and close to nature.

Well, Fiza kongsikan satu pakej day trip ke Pulau Mersing, Johor kalau ada yang berminat untuk rasakan pengalaman pengembaraan pulau ke pulau dalam masa satu hari dengan pelbagai aktiviti.

1. Snorkeling set
2. Snorkeling 5 Pulau
- Pulau Lima Depan (Nemo)
- Pulau Lima Belakang (Gua)
- Pulau Sibu Kukus
- Pulau Mentigi
- Pulau Tinggi (Waterfall)
3. Simple lunch
4. Buah & makanan ringan
5. Mineral water & air kotak
6. Bot transfer pergi & balik(speedboat)


Serious lah Pulau di Mersing ni semua cantik-cantik. Seronok lah kalau dapat snorkeling dan hiking tu. Satu kepuasan! Bila lah agaknya nak sampai sini. Sebagai seorang bangsa Johor rasa terpanggil nak jejak kaki ke sini. Tak dapat lama, dapat buat day trip pun okaylah kan. Boleh siap-siap masuk dalam wishlist.


Untuk pertanyaan dan tempahan pakej, hubungi :
www.wanpulautioman.com
019-2941683

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. Uisss murah.. best ni klu dpt p bercuti ni..

    ReplyDelete
  2. mmg cantik, antara pulau yg cantik n semakin ramai yg dtg kunjungi...
    akak pernah sampai ke mersing tp pulau je tak pernah sampai heheheh...

    ReplyDelete
  3. Walaupun dah duduk di mersing, belum terlintas lagi nak masuk mana mana pulau yang ada. Hehe

    ReplyDelete
  4. Kat pulau Mersing ni tak de hotel atau chalet ke? kalau anak2 akak pi ni diaorang nak duduk lama2. Tak cukup kalau kejap2 je..Sebab tu kena pi tempat ada hotel atau chalet

    ReplyDelete
  5. Syoknya kalau dapat pi melancong ke pulau-pulau macam ni.. rasa tenang je fikiran tengok laut yang membiru tu kan

    ReplyDelete
  6. Bestnyaa.. Cantik pemandangan dia.. Alahaii bila dapat pergi ni.. Tunggu anal besar baru best pergi sini..

    ReplyDelete
  7. terasa macam nak azankan diri sendiri bila tak pernah jejak pulau-pulau kat Malaysia ni selain LANGKAWI...hahahaha...tapi harga dia affordable betul la!

    ReplyDelete
  8. murahnya..tempat pun cantik fiza..hurmm..honeymoon xpi lagi nih hahahaa ^_^

    ReplyDelete
  9. Murahnya Fiza. Memang cantik Pulau Mersing ni. Pakej yang ditawarkan pun best best

    ReplyDelete
  10. Ehh kenapa murah sgt tu.. Huhu.. Kita teringin nk ke sana... Pdhl dh kt kluang da... Tp paling kita nk ke pulau rawa . Tp harga dia mak aii.m

    ReplyDelete
  11. Wow! bet nyer the activities and semua disediakan. Yang paling best harga sangat berpatutan boleh lah pergi cuti beramai-ramai.

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.