Review | Homemade Mini Bath Bomb

Friday, March 01, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Bath bomb? Pertama kali dengar bath bomb ni agak kejakunan juga lah. Tapi lepas dah tahu apakah bath bomb ni, rasa excited gila nak mencuba. Fiza dapat mini bath bomb percuma daripada pembelian di ThePinkDiamond.co. Fiza dapat 3 ketul mini bath bomb ( pink x 2, purple x1) tapi 1 ketul pink tu terpecah dua. Jadi, Fiza ambil gambar mana yang masih elok terbentuk.


APAKAH BATH BOMB
Bath bomb adalah sejenis accesories mandian yang padat dan akan melarut dan berbuih di dalam air. Bath bomb mengandungi campuran dan gabungan bahan-bahan yang terdiri daripada essential oils, wangi-wangian, buih dan juga pewarna. 

Bahan utamanya adalah baking soda yang membuatkan bath bomb berbuih dan larut ketika di masukkan ke dalam air. Itu yang buat excited bila tengok bath bom larut meletup dalam air. Kebiasaanya bath bomb ni digunakan untuk rendaman badan ataupun rendaman kaki.


KEISTIMEWAAN BATH BOMB
Tujuan utama kegunaan bath bomb adalah untuk rendaman badan dalam bathtub yang boleh membuatkan badan kita release stress dengan campuran wangian dan bahan dalam bath bomb yang memberikan rasa relaks pada badan. 


Selain bersantai merehatkan badan, kandungan bath bomb juga dapat mencerahkan kulit, melembutkan dan melembapkan kulit. Sekali dah masuk dalam bathtub tu memang rasa relaks dan rasa nak berendam lama je.

CARA MENGGUNAKAN BATH BOMB
Cara nak gunakan mudah je dan paling bagus gunakan air suam ye supaya bath bomb tu cepat dan mudah larut dalam air.


HOMEMADE BATH BOMB
Kalau kau orang tengok di pasaran, harga bath bomb ni agak mahal tapi kau orang boleh dapatkan homemade bath bomb dengan harga yang berpatutan di instagram @thepinkdiamond.co. Kalau bercuti dapat bilik ada bathtub tu memang syok lah berendam lama-lama sampai tak nak bangun.

With Love, Sihatimerahjambu

4 comments

  1. ala... comel kiutnya Bath bomb tu, mesti wangi kan

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi try bath bomb macam best je

    https://messarah.blogspot.com/2019/02/unbreakable-split-glass-2019-movie.html

    ReplyDelete
  3. That is one cute bath bomb. Terasa macam nak beli pulak. But I don't have a bathtub so it will be a waste.
    Seriously, so cute!

    ReplyDelete
  4. eh, tadi pagi baru dengar bath bomb ni dalam cite korea...bila fizah share, baru la tahu kegunaan dia macam mana..ingatkan besar bomb nya..kecik cenonet aje rupanya ye..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.