Maybelline Fit Me! Matte + Poreless Liquid Foundation Betul-Betul Fit Me!

Monday, March 26, 2018

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Kalau kau orang sejenis kulit muka yang bermasalah macam berjerawat, berminyak, berparut dan bermacam-macam jenis masalah kulit mesti agak bermasalah untuk memilih foundation yang sesuai untuk jenis kulit kau orang. Betul tak? Bila ada masalah tu, mesti kau dah tak kisah nak bermake up sebab tak jumpa foundation yang sesuai.

Dah bermacam jenis foundation Fiza cuba. Jenis liquid, jenis cream masih belum jumpa yang sesuai. Sampailah satu hari tu Watsons ada buat sale yang 50% tu, ala yang ramai serbu drugstore semata-mata nak shopping barang makeup murah-murah. Kali pertama Fiza pergi hanya tinggal tester je. Kali kedua pergi dapatlah grab Maybelline New York Liquid Foundation Fit Me! Matte + Poreless yang terlajak laris. 

Disebabkan terlajak laris tu lah Fiza terjebak beli satu. Nasiblah ada satu kod yang sesuai dengan tona warna kulit Fiza ni ha. First time cuba terus rasa macam "Ohh bestnya, kenapalah dari dulu tak cuba beli foundation ni." Aduhhh...kalau tak dah boleh jimat duit dah beli bermacam foundation tapi pakai sekali dua je sebab tak best.

Tapi lepas ni memang tak cari lain sebab foundation Maybelline Fit Me kalau tak sale pun masih mampu nak beli dan senang nak beli kalau stok habis. Pergi ke mana-mana drugstore mesti ada jual. Cuma harga je la berbeza. Nak murah kena rajin lah survey. Liquid foundation Maybelline Fit me! banyak pilihan tona warna. So pengguna banyak pilihan untuk disesuaikan dengan jenis tona warna kulit masing-masing.


Packaging yang cantik dan penuh dengan segala maklumat tentang foundation ni. Bolehlah kau orang semak apa yang patut sebelum guna tu. Mana lah tahu kot ada yang alah dengan sesuatu bahan tu. Jadi, boleh lah tidak membeli dan pilih yang lain.  Kalau beli yang jenis repack atau timbang kilo tu, susah sikit nak trace bahan-bahan yang terkandung dalam produk tersebut. 


Fiza cuba kod 230 Natural Buff ( Chamois Naturel). Setakat ni Fiza pakai sangat kena dengan kulit. Masa nak beli hari tu agak ambil masa juga untuk memilih. Ye lah, kod dah tak banyak masa tu sebab sale. Sudahnya Fiza cuba je la kod 230 tu. Tapi rasanya dah cukup sepadan dengan warna kulit Fiza. 


Liquid foundation ni memang mudah sangat nak blend dengan muka. Yang Fiza suka sebab jenis matte sangat sesuai untuk jenis muka yang berminyak. Kalau muka berminyak pakai foundation yang berminyak mesti nampak lagi oily kan? 


Pros
  • Sejenis liquid foundation yang senang nak blend 
  • Warna sekata selepas sapuan foundation walaupun pakai nipis-nipis je
  • Suka dengan finishing matte
  • Kulit muka nampak natural beauty 
  • Foundation tahan lama walaupun berpeluh
  • Mudah untuk tanggalkan menggunakan makeup remover atau wet tissue
  • Mengurangkan penampakkan cela dan pori-pori terbuka
  • So, fit me!
Cons
Cons dia cuma satu je, kalau provide applicator brush lagi bagus. Ye lah kan, kalau takde brush mudah nak guna kalau disediakan. Susah juga nak tuang terus pada jari risau tertumpah sebab dah biasa pakai foundation jenis picit-picit je. 



Fiza rasa ramai yang suka dengan foundation ni sebab tu terlajak laris. Habis kosong rak kalau drugstore buat sale. Yang belum cuba dan nak jimat bajet boleh lah cuba Maybelline Fit Me Matte + Poreless Liquid Foundation ni. 

With Love, Sihatimerahjambu

5 comments

  1. kalau ekin, ekin lebih suka keluar pakai cc cream atau sunblock je. hihi.

    ReplyDelete
  2. my fav fd ever! hehe now zira ada 3 botol dah. semua kod lain2. haha sb ada tersalah beli kod. tapi mmg fav lah :D

    Jemput singgah zira singgah sini

    http://azirafreesia.blogspot.my/2018/03/how-to-know-your-skin-types.html

    ReplyDelete
  3. kalau jenis oily skin memang digalakkan pakai fd matte

    ReplyDelete
  4. Pakai maybeline jugak tapi tak pernah try foundation fit me ni. Next time boleh cuba

    ReplyDelete
  5. This is one of my favourite foundations. Masa first time beli, beli dekat Canada. Masa tu Malaysia takde foundation ni lagi.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.