Bakso Kuah Pekat Sedap Kuala Pilah

Tuesday, March 27, 2018

Bertabahlah masuk blog Fiza hari ni ye. Berturut-turut update entri makanan aje lah. Ya ampun kalau buat kau orang terliur hari ni. Kau orang suka bakso tak? Kalau suka, kita geng! Bakso ni salah satu menu yang popular di Indonesia dan dah popular juga di Malaysia ni. Tapi yang sedia ada di Malaysia tak sama dengan rasa original di Indonesia.

Bakso atau baso adalah sejenis menu bebola daging yang lazim ditemukan pada yang sangat popular di Indonesia. Mengikut menu asalnya, bakso diperbuat dari campuran daging lembu giling dan tepung tapioka, ada juga bakso yang diperbuat daripada daging ayam, ikan, udang atau daging kerbau. Bakso dihidangkan bersama dengan kuah sup panas bersama mee, bihun, taugeh, tauhu, telur yang ditaburkan bawang goreng dan daun sup.


Kebanyakkannya bakso di Malaysia dah banyak diubai suai daripada menu asalnya. Tapi kalau dapat makan yang ala-ala macam original mesti best kan? Fiza salah seorang peminat bakso tapi agak susah nak jumpa bakso yang sedap sebab terkadang tu sup dah sedap, bebola daging pula tak sedap. Setelah bertahun Fiza tak makan bakso, anak buah suggest bakso sedap di Kuala Pilah.

Kebetulan masa tu ada di Kuala Pilah, so tak lepaskan peluang lah nak cuba rasa. Bila dah beli barulah anak buah Fiza cakap yang bakso ni agak lain sikit sebab jenis kuah sup yang pekat. Ada sesetengah orang tak suka katanya. ermm...Fiza lah salah seorang daripadanya sebab Fiza jenis suka kuah sup jernih dan light.

Disebabkan dah beli. So rasa je lah. Errm..masa curahkan sup dalam mangkuk tu nampak kepekatan kuah dia. Lain dari yang lain kuah sup dia ni. Rasa sup dia penuh dengan segala jenis rempah agaknya. Walaupun tak suka jenis sup yang pekat tapi so far boleh telan lagi sebab macam sedap pula.

Bihun dia banyak gila penuh satu mangkuk dan meatball bakso tu ada lah dalam 6 biji. Harga untuk 1 hidangan mangkuk RM6 kalau tak silap Fiza lah. Kira berbaloi lah tu boleh kenyang makan untuk 2 orang. Nak tahu kat mana? Kedai tu bawah jejantas pekan jejantas Kuala Pilah. Tak tahu apa entah nama kedai ni. Siapa orang Kuala Pilah mesti tahu, nanti boleh share nama kedai ni di kotak komen ye.


With Love,
image

4 comments

  1. uii..sdapnya bakso..cik nor pun suka..:)

    ReplyDelete
  2. nampak sedap. ni kat benteng kan malam2 org sana panggil..

    ReplyDelete
  3. sedap nampak..kadang namo bakso tapi kuah cair rasa kelaut kan

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

LATEST PHOTOS ON INSTAGRAM @azhafizah.mdnor

All rights reserved Blog Sihatimerahjambu