Villa Zarra, Rumah Pokok di Pulau Leebong Yang Menarik Perhatian Dalam Episod Akhir Drama Kekasih Paksa Rela

Semalam berakhirlah sudah episod kisah drama pakcik dan Hanan dalam kekasih paksa rela. Takde dah team pakcik, team kak ros, team hanan, team zilla, team yusman, team mak senah, team shiqin semua tu. Yang tinggal hanya team makcik bawang yang tak pernah hilang. Macamana dengan pengakhiran cerita tu malam semalam?

Ada yang tak puas hati dengan pengakhiran cerita tu. Kesian kak ros. Kiranya cerita ni hanya happy ending sebelah pihak je. Lebih happy kalau mereka boleh bermadu dan tinggal bersama. Cerita ni pada mulanya dianggap seperti  Pedophilia. Ye lah kan, orang tua suka budak sekolah. Lepas ni jangan ada budak sekolah yang memandai-mandai nak cari orang tua ataupun laki orang pula sebab terpengaruh dengan drama. Haip! 

Well, apa yang menarik perhatian Fiza dalam episod akhir drama kekasih paksa rela semalam adalah rumah pokok pada babak terakhir tu permandangan dari pandangan atas drone. Memang cantik sangat! Sesuai sangat untuk berhoney moon ataupun sambut anniversary kat situ. Rasa tenang dan sangat relaks bersantai berdua dengan permandangan laut dan bunyi ombak laut. Memang romantiklah!


Cari punya cari, baru lah tahu nama tempat tu adalah Villa Zarra, iaitu rumah pokok pertama yang dibina di Pulau Leebong. Pulau Leebong terletak di Belitung, Indonesia. Nampaknya lepas ni ramailah berbulan madu di Belitung semata-mata untuk menginap di Villa Zarra ni. Seriously sangat suka dengan design rumah pokok ni dan juga suasana di sini. Design luar dia cantik, dekorasi dalam rumah ni mesti lagi exotic kan?

Untunglah siapa yang dapat kesini. Fiza kena bermimpi dulu. Itu pun kalau ada rezeki termimpi. Tapi takpe, berangan pun boleh sebab berangan itu percuma dan semua orang pun mampu buat angan-angan.

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. wahhhh cantiknyaaaaaa nak jugak laa berangan nak gi sana..berangan tu free..ekekekek :p

    ReplyDelete
  2. cantikkan..ramai tertanya² lokasi tempat ni..nasib baik ada info ni

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. kan..kalaulah ada satu memang syok lepak berdua.

      Delete
  4. tak pernah langsung tengok drama ni tapi boleh tertengok episode akhir semalam :D

    ReplyDelete
  5. mmg cantik kan tempat ni.. masa tngok last eps haritu. mmg terdetik kat hati, kalaulah aku boleh smpai kesini. hehe. feeling2 gituew.

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.