Jenis-Jenis Foundation Untuk Makeup Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit

Thursday, February 08, 2018

Foundation benda yang paling penting wajib ada dalam koleksi barang makeup. Kalau tak ada foundation memang tak macam makeup lah. Dengan adanya foundation lah dapat membuatkan kulit nampak flawless dalam sekelip mata. Cukuplah tepek-tepek foundation dah boleh buatkan kau orang rasa yakin nak keluar rumah.


Fungsi utama foundation adalah untuk menutup segala cela pada muka macam jerawat, jeragat, parut dan sebagainya. Foundation terdapat beberapa jenis-jenis foundation dan shades. Memang rambang mata nak memilih mana yang sesuai untuk kulit sendiri. Betul tak? Lagi-lagi kalau tak arif bab makeup ni memang kadang-kadang tu terpaksa try and error cuba foundation mana yang lebih sesuai dengan kulit muka sendiri. Yang penting kena tahu foundation jenis apa yang sesuai dengan jenis kulit muka. Lepas tu pilihan shade kedua penting.

LIQUID FOUNDATION



Dalam banyak-banyak jenis foundation, Fiza lebih suka foundation jenis liquid sebab mudah nak blend pada kulit muka guna berus ataupun span. Kebanyakkan foundation jenis liquid mengandungi water based formula untuk kulit yang berminyak dan oil based untuk jenis kulit kering. Dengan lambakan pelbagai jenis foundation, banyak pilihan shade yang boleh disesuaikan dengan warna kulit masing-masing.

CREAM FOUNDATION



Foundation jenis cream sangat sesuai untuk kau orang yang mempunyai jenis kulit kering sebab tekstur dia krim dan berminyak. Selain tu dapat melembapkan kulit muka. Jadi, tak sesuai untuk yang kulit berminyak. Walaupun tekstur dia bila dipakai nampak macam tebal tapi mampu cover segala jenis parut, kulit jadi licin bak barbie doll dan flawless dalam sekelip mata. 

Foundation jenis cream juga menjanjikan makeup tahan lebih lama dan cara pakai cuma dab-dab sahaja menggunakan span untuk tidak nampak berminyak dan bercapuk. Agak susah untuk tanggalkan makeup kalau guna cream foundation ni, perlu menggunakan makeup remover. Nak makeup lagi nampak kemas, kemaskan dengan penggunaan translucent powder supaya tak nampak berminyak sangat.

STICK FOUNDATION


Stick foundation salah satu foundation yang mudah nak apply pada muka sebab didatangkan dalam bentuk stick. Sangat sesuai untuk kulit yang berminyak sebab bila blend pada muka dia akan jadi kering dan sapuan cepat rata sekata. Tak perlu nak pakai bedak dah sebab akan nampak lebih kering. Kalau kau orang jenis kulit kering, jangan sesekali pakai jenis stick okay!


MOUSSE FOUNDATION


Sekali imbas, mousse foundation ni macam bedak loose powder. Boleh dikatakan powder foundation lah juga. Tekstur dia padat dan memberikan kesan matte finish. Sangat sesuailah untuk jenis kulit yang berminyak sebab selepas blend dia akan membuatkan kulit jadi kering.

Setakat ni Fiza pernah cuba liquid,cream dan stick foundation je. Mousse foundation belum cuba lagi. Antara 3 yang Fiza pernah cuba tu, paling suka pakai liquid sebab mudah nak blend dan cuci makeup. Fiza pernah cuba Maybelline, AlifNur, RoseTyara dan Mary Kay. Paling best Mary Kay lah tapi nak cuba NYX pula. 

Yang jenis cream Fiza pernah cuba supra dan sendayu tinggi. Setakat ni pakai sendayu tinggi okay lagi lah. Stick foundation pernah cuba Maybelline je. Sekarang ni dah banyak sangat produk jadi rambang mata nak pilih mana satu. Ye lah kan, harga foundation bukan murah. Kalau setiap produk ada trial pack okaylah juga nak try beli dan guna. Tapi ada jugalah sesetengah produk jual trial pack.

Since dah kaji sikit jenis foundation tu, memudahkan lah sikit kerja mencari foundation yang sesuai. Kalau kau orang suka pakai jenis yang mana satu? Boleh suggest liquid foundation yang best tak? Tolong komen kat kotak komen ye. Terima kasih semua.

with love,
Sihatimerahjambu

11 comments

  1. Siqah pernah guna Mousse Foundation by Sendayu Tinggi. Okay je pakainya. Cuma sekarang dah beralih kepada liquid foundation pula. Pernah pakai stick foundation tapi tak minat sangat.

    ReplyDelete
  2. Good info. Kte buat masa ni pki mousse n jns kulit bermyak. Mmg nmpk cntik kt muka and smooth je

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole tau sis pakai brand apa? sy pn bole pakai jns mousse je.. tapi sllu xda stock..dlu pakai brand catrice tp dh produk dh discontiniued, pastu pakai brand essence tp sllu out of stock.. skrg cr brnad kate pulak.. pn sllu out of stock jugak..dh xtau nr yg mana lg

      Delete
  3. liquid foundation pilihan miza dari Mary Kay tahan lama dan serasi dengan muka. Sebab miza spesis kulit kering susah nak dapat foundation yang best

    ReplyDelete
  4. ray dapat banyak foundation tp x terpakai pun. haha

    ReplyDelete
  5. sy dah try yg mousse punye texture tu..mmg lembut..and best bile dipakai :D

    ReplyDelete
  6. akak guna liquid dengan cream je...mousse tu tak pernah cuba lagi...

    ReplyDelete
  7. suka jenis krim jugak. so far, paling suka matte foundation dr mary kay

    ReplyDelete
  8. Ok, thanks info, nanti nak try yang stick ....
    sebab kulit saya agak berminyakkk...so xleh pakai yang picit-picit ....krim biasa je tu..huhu

    ReplyDelete
  9. macam skin saya jenis oily , susah sgt nak cari fd yg tepat.. moslty kene pilih jenis yg liquid.. hehe.. btw tq for shsaring dear =))

    http://byshaz.blogspot.my/2018/02/review-pre-cleanser-by-nutox-makeup.html

    ReplyDelete
  10. nice sharing akak.. pemilihan foundation ni mmg penting. kalau tak kena dengan kulit muka boleh crack makeup kan..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

LATEST PHOTOS ON INSTAGRAM @azhafizah.mdnor

All rights reserved Blog Sihatimerahjambu