Homestay Apartment Murah Dan Bersih di Penang

Friday, February 09, 2018

Alahai seronoknya kalau dapat bercuti selalu. Tapi sesekali dapat berjalan jauh acah-acah bercuti pun boleh. Bulan lepas ke Utara Malaysia bersama rombongan pengantin sebelah lelaki (sepupu husband) ke Majlis sebelah pihak perempuan. Kalau tahun lepas lebih kurang 3-4 kali juga ke utara urusan kahwin adik ipar, tahun ni rasanya sekali ni je lah kot. Kalau ada yang bakal jodoh orang Utara, ke Utara lagilah nampaknya.

Kali ni datang ke Utara tak Utara sangat setakat jauh ke Sungai Petani. Sungai Petani pun tak jauh dengan Penang dan Penang pun boleh kira dekat lagi berbanding Ke Perlis banyak kali tahun lepas sampai terlajak ke Hatyai perginya. Lepas majlis Fiza dan family husband stay kat Penang je memandangkan lebih dekat nak balik dan Penang pun banyak tempat lagi best.

Tapi bukanlah nak jalan-jalan sangat pun sebab ada masa sehari je. Bukan sempat nak berjalan ke sana sini. Kiranya datang ke Utara ni hanya untuk pergi kenduri je. Singgah pun mana yang sempat je lah. Kebiasaannya kalau berjalan jauh, of courselah dah tempah penginapan awal. Kalau nak walk in mana-mana hotel memang tak jamin lah ada bilik kosong ke tidak.

Dan menjadi kebiasaan kalau jalan jauh dengan family memang lebih suka cari homestay lebih memudahkan berkumpul satu keluarga berehat dan lebih menjimatkan. Kau orang faham-faham aje lah Kat Penang ni mana nak dapat homestay yang murah-murah untuk rumah teres tengah bandar. Semuanya mahal-mahal walaupun sehari. Tengah  bandar rumah semua jenis flat dan apartment je.

Survey punya survey, husband pilih untuk stay di 228 Vacation Home di Bayan Lepas melalui agoda untuk 1 malam. Harga lebih kurang RM2++ untuk 1 malam beserta tax. Husband pilih apartment ni sebab apartment ni macam baru lagi dan ada 3 bilik sesuailah untuk keluarga kami 5 orang.
Permandangan dari master bedroom

Masuk je dalam rumah ni terus rasa selesa sebab luas dan bersih. Dekorasi dalam rumah semuanya simple dan cantik. 

Kredit foto Agoda

Homestay yang sangat lengkap sebab semua bilik ada aircond, ruang tamu lengkap, dapur pun dipenuhi dengan kelengkapan dapur. Wi-Fi pun ada, jangan risau kalau data tak cukup.

Kredit foto Agoda

Fiza dan husband tidur dalam master bedroom yang dilengkapi dengan bilik air. 2 bilik tidur dan bilik air luar Fiza tak ambil gambar. Yang lain pinjam gambar kat Agoda je.


Bilik air pun boleh dikatakan tahap bersih juga lah. Bilik air pun lengkap dengan toiletries dan tuala.

Setakat menginap sehari sangat berpuas hati dan berbaloi dengan bayaran. Owner rumah pun sangat friendly. Kalau kau orang nak bercuti di Penang dan menginap di Bayan Lepas, mungkin boleh cuba menginap di 228 Vacation Home ni.

With Love,
image

6 comments

  1. perghhhhhh
    cantik gila homestay apartment nih

    ReplyDelete
  2. wah memang nampak bersih lah bilik dia. bolehlah consider nanti

    ReplyDelete
  3. walaupun ringkas tapi nampak keselesaan..zaza pun suka tgk ruang2 mcm ni..kalau ke penang insyaallah boleh la menginap

    ReplyDelete
  4. menarik sangat tempatnya , memang sangat bersih dan selesa , jemput ke http://www.vitaminwawa.com/ , terima kasih ...

    ReplyDelete

LATEST PHOTOS ON INSTAGRAM @azhafizah.mdnor

All rights reserved Blog Sihatimerahjambu