10 Saluran Percuma Unifi TV

Saturday, February 24, 2018

Aktiviti menonton TV antara aktiviti yang jarang Fiza buat sebab lebih banyak menghabiskan masa depan komputer je. Nak tengok cerita apa-apa pun tengok online je. Tengok TV pun bila ada cerita best dan bila masa free je lah. Tapi sejak ada 10 saluran percuma unifi TV ni macam ada melekat sikit depan TV sebab nak tengok cerita best walaupun ceritanya berulang kali ditayangkan.

Unifi TV atau sebelum ni lebih dikenali berikan 10 saluran percuma Unifi TV sehingga 31 March 2018 nanti. Ada masa sebulan lebih lagi ni bolehlah pulun tengok macam-macam cerita best. Fiza pun terkadang ada masa layan je mana yang best. Mana yang dah tengok tu boleh tengok lagi kalau diulang tayang.


Bolehlah tonton rancangan dari saluran 960-969 di STB unifi TV secara percuma. Antara 10 saluran percuma tu adalah :

3 saluran filem dari FOX
  • FOX Movies (960)
  • FOX Action Movies (961)
  • FOX family Movies (962)

3 saluran FOX rancangan bersiri
(terutama rancangan dari Amerika Syarikat yang menjanjikan waktu siaran hari yang sama seperti di sana)
  • FOX (963)
  • FX (964)
  • FOX Life (965)

4 saluran rancangan dokumentari, serta berita dan saluran khas bayi
  • National Geographic (966)
  • Nat Geo Wild (967)
  • Baby TV
  • Sky News HD (969)

Sementara percuma tu, silalah tengok. Kalau best boleh langgan. Kalau tak, tengok lah sampai lebam saluran percuma tu. Selamat Menonton.

With Love,
image

10 comments

  1. bestnya dapat free channel. samalah kita fiza. jarang tengok tv dah. more tengok online. :)

    ReplyDelete
  2. kan...sementara dapat percuma...
    tapi memang puas hati kot dengan unifi ni...
    kalau tak sempat nak tengok kat umah, install mytv everywhere dalam phone...best giler!!!

    ReplyDelete
  3. rumah pula tak ada tv
    tak dapat tengok saluran percuma

    ReplyDelete
  4. wahh, bahaya kalau terus melekap depan tv. hahha

    ReplyDelete
  5. ala mummy pakai streamyx je, unifi waktu install aritu dorang kata coverage tak dapat...rugi rugi..

    ReplyDelete
  6. Wahhh bestnya dapat tengok free tapi itulah masalahnya jarang tengok tv huhu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

LATEST PHOTOS ON INSTAGRAM @azhafizah.mdnor

All rights reserved Blog Sihatimerahjambu