8 Kedai Wajib Terjah Untuk Peminat Dekorasi Rumah

Thursday, January 18, 2018

Fiza percaya, ramai antara kau orang yang suka dan minat mendekorasi rumah masing-masing. Ye lah kan, nak rumah nampak lebih cantik dan kemas . Barulah macam "Rumahku Syurgaku". Dari yang tak minat dekorasi terus jadi minat sebab di facebook pun Fiza tengok ramai yang suka kongsikan hasil dekorasi rumah mereka. Itu yang Fiza pun jadi terikut-ikut dan minat dan mendekorasi.

Of courselah sedap mata memandang bila dekorasi rumah sepertimana yang kita suka. Rasa lebih tenang dan selesa tengok suasana rumah yang sentiasa cantik dan kemas. Nak mendekorasi pula ikut bajet masing-masing. Lagipun zaman sekarang ada banyak pilihan kedai untuk dekorasi rumah ni. Fiza kongsikan 8 kedai yang wajib singgah untuk peminat dekorasi rumah.

1. IKEA (www.ikea.com/my/en/)


IKEA tempat paling kerap Fiza pergi. Rasanya tak pergi tempat lain dah kalau dah ke IKEA ni. Barang-barang perabot dan kelengkapan rumah pun sudah cukup lengkap dan banyak pilihan. Design barangan pun semua cantik-cantik dan buat rambang mata nak memilih. Harga yang ditawarkan pun semuanya berpatutan dan tidak semua mahal-mahal. Ada bajet lebih tu bolehlah beli yang mahal sikit. 

Kalau dulu IKEA hanya di Damansara je. Sekarang dah ada di Cheras dan Tebrau. Lepas ni akan berada di Utara pula. Mesti orang utara tak sabar nak shopping di IKEA. Setakat ni Fiza cuma shopping di IKEA Cheras je lebih dekat. Kalau pergi IKEA tak sah kalau tak shopping. Mesti ada je yang berkenan. So, sebelum datang IKEA tu siap-siap buat list apa nak dibeli. Tapi kadang-kadang yang tak ada dalam list pun TERbeli. Aduhh! Rabak poket.

2. KAISON (kaison.com)


Disebabkan KAISON ni tak semua tempat ada, cuma ada di beberapa shopping mall je iaitu Paradigm Mall, Setapak Centre Mall, AEON Seri Manjung, Sunway Putra Mall, Melati Mall dan beberapa lagi outlets di Malaysia ni. So, Fiza pernah pergi sekali je kalau tak silap di Paradigm Mall. So far, pertama kali masuk tu memang agak rambang mata sebab banyak barangan yang comel-comel untuk dekorasi rumah. Seriously tengok itu nak, tengok ini nak. 

Banyak pilihan barangan yang ada tapi lebih kepada untuk dekorasi ruang dalam rumah. Kalau nak pilih bunga tu bermacam jenis bunga ada. Pendek kata, hiasan rumah dalam Kaison memang tiptop! Semuanya cantik-cantik untuk hiasan rumah. Harga pun banyak yang murah-murah dan mampu milik. No wonder lah ramai yang suka pergi Kaison dalam misi mendekorasi rumah.

3. HOME PRO (www.homepro.com.my)


HOME PRO juga antara tempat yang jarang Fiza pergi sebab dah terbiasa pergi IKEA je. Tapi kalau dah tersinggah di IOI City Mall wajib masuk HOME PRO sebab saja nak cuci mata. Mana tahu ada yang barang murah-murah dan terbekanan ke. Bolehlah beli. Pada Fiza ni, HOME PRO ni kedai perabot dan barangan rumah yang sangat lengkap. Semua ada! Pilihan pun banyak.

Range harga ada yang mahal dan ada yang murah. Sekarang pun tengah ada sale sempena Chinese New Year tak lama lagi. Bolehlah terjah HOME PRO yang berdekatan shopping barang rumah. Selalunya Fiza tak tawaf habis HOME PRO ni sebab besar sangat. Tak larat haihh.

4. SPOTLIGHT STORE (www.spotlightstores.com)


Fiza baru je tahu tentang kewujudan SPOTLIGHT STORE di Malaysia ni dan ada beberapa outlets di MyTown, The Mines, Ampang point dan beberapa tempat lagi. Lepas tahu kewujudan SPOTLIGHT STORE ni Fiza terus pergi website. Wow! Semua barangan memang cantik-cantik designnya. Cuma bab harga tu memang tak boleh tahan lah sebab mahal-mahal. Tapi ada juga yang murah-murah bila ada sale.

Sebab tu lah tak berapa nak popular sangat di kalangan mereka yang suka dekorasi. Mungkin terlebih bajet. Tapi kalau ada bajet ni memang seronok shopping di SPOTLIGHT STORE ni. One day, kena terjah juga nak cuci mata.

5. MR.DIY (mrdiy2u.com/en/)


Nampak je store MR.DIY ni mesti nak singgah masuk kan? Kadang-kadang bukan ada benda nak beli pun tapi saja nak cuci mata kot-kot ada barang yang nak dibeli. Kalau dah masuk sini confirm lama masuk tu. Daripada bakul kosong, tahu-tahu ada je barang dalam bakul tu nanti gara-gara terbeli sebab terberkenan. Well, itu perkara biasa. Lagipun barangan untuk dekorasi rumah dan barangan rumah lain memang murah-murah harganya.

Budak-budak pun suka masuk sebab boleh beli macam-macam. Bila harga murah, parents pun tak risau nak beli barang banyak pun sebab masih lagi di bawah bajet.

6. DAISO (www.daisojapan.com)


Selain Mr. DIY, Daiso pun tempat wajib terjah untuk peminat dekorasi rumah. Banyak barangan rumah yang adakalanya perlu ada sebab dalam DAISO ni kebanyakkannya barangan yang pelik-pelik je tapi sangat berguna. Harga barangan RM5 dan keatas. Kalau dulu RM5 je tapi sejak ada GST ni bertambah lah sikit. Dan sekarang kalau nak membeli tu ada beberapa barangan yang bukan RM5. Kena belek-belek sikit tentang harga tu.

7. TYPO (cottonon.com/MY/typo/)


TYPO yang ni bukan typo yang salah ejaan tu ye. Ini kedai barangan dekorasi untuk mereka yang suka dekorasi ruang tamu, bilik tidur dan meja study dengan barangan yang comel-comel. Selain untuk dekorasi, ada juga beberapa barangan yang comel untuk dijadikan sebagai hadiah kepada orang yang tersayang. Paling Fiza suka barangan di Typo ni unik dan design ala-ala vintage.

8. RUMA-HOME (ruma-home.com)


Satu lagi tempat baru yang baru je Fiza jumpa iaitu RUMA-HOME. Kalau kau orang seorang peminat dekorasi perabot tema scandinavian design, wajib pilih RUMA-HOME ni sebab semua design memang superb cantik dan tiptop untuk tema ni. Harga pun cantiklah juga ye. Kalau ada modal yang banyak memang Fiza pilih RUMA-HOME ni. Design yang simple dan membuatkan ruang rumah nampak lebih besar.

Apapun Fiza tetap memilih IKEA sebagai nombor 1 sebab harga yang berpatutan, banyak pilihan dan of courselah design perabot yang simple. Kalau kau orang suka yang mana satu? Atau biasa kau orang shopping online di Lazada je? Lagi banyak pilihan kan.

kredit foto : google

With Love,
image

10 comments

  1. Spotlight, Ruma Home & Typo tak pernah singgah sbb first dengar.. Yg lain tuh memang wajib singgah..hehe..

    ReplyDelete
  2. kalau boleh nak masuk semua kedai kat atas...cuci mata...beli belum tentu...hehehe

    ReplyDelete
  3. semua tempat tu wajib pergi kecuali Ruma tu..1st time dengar..nnt blh la pegi kalo rega ok..gigigiii

    ReplyDelete
  4. Suka pergi ke Ikea, kaiso, daiso, home pro.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. Siqah suka pergi Ikea, Kaison dan Mr DIY. menarik je semua barang kat situ.

    ReplyDelete
  6. Typo tu selalu masuk tengok tengok aje sebab barang dia agak pricey. Hehe.

    ReplyDelete
  7. Typo tu xpernah masuk pn. mesti best juga. Mr.DIY, Kaison, Daiso mmg terbaik utk tiba2 je byk duit abis....hihi. Pastu buat2 xtahu knp.

    ReplyDelete
  8. Ruma Home tu first time dengar. Menarik.

    ReplyDelete
  9. Bestnya kalau dapat shopping dekat ikea.. lama xpergi ni.. hehe.. duit tabung belum cukup lagi nak menyoping nya..

    ReplyDelete

LATEST PHOTOS ON INSTAGRAM @azhafizah.mdnor

All rights reserved Blog Sihatimerahjambu