10 Khasiat Bawang Putih Yang Anda Perlu Tahu

Friday, September 22, 2017

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Bawang putih, salah satu bahan masakan yang wajib ada di dapur dan tidak perlu diperkenalkan lagi. Semua orang kenal dengan bawang putih. Selain digunakan sebagai tujuan untuk memasak, bawang putih juga digunakan sebagai tujuan perubatan kerana mempunyai khasiat-khasiat yang terbaik yang anda perlu tahu. Malah digunakan juga dalam bidang kecantikan.

10 Khasiat bawang putih yang anda perlu tahu

1. ANTI PENUAAN

Bawang putih di katakan boleh menutrisi kulit anda dan mencegah penuaan kerana mempunyai kandungan vitamin C dan B1 yang bagus untuk keremajaan kulit anda. Anda perlu amalkan pemakanan bawang putih untuk awet muda.

2. MENURUNKAN BERAT BADAN

Bagi anda yang sedang mengamalkan diet atau diet tapi tak kurus-kurus, sila cuba amalkan makan bawang putih. Dengan mengamalkan pemakanan bawang putih mampu menekan berat badan dengan cara mengawal nafsu makan. Usah risau tentang kelaparan kerana bawang putih mengandungi kalori dan protein.

3. MENGURANGKAN GULA DALAM DARAH

Jika anda menghidapi penyakit diabetes, cuba amalkan makan bawang putih yang boleh menurunkan kadar trigliserida dalam tubuh dan kadar tinggi glukosa dalam darah. Selain itu, kandungan kompleks seperti allicin yang terdapat dalam bawang putih dapat mencegah kadar gula darah meningkat.

4. MELANCARKAN PROSES PENCERNAAN

Kandungan allicin dalam bawang putih dapat meredakan perut yang menghasilkan enzim yang menyebabkan kembung perut. Allicin mampu meransang perut dan usus untuk melancarkan pencernaan. Jika ada masalah sembelit, amalkan pemakanan bawang putih. Ianya akan berhasil dan melancarkan proses pembuangan.

5. MENGURANGKAN KADAR KOLESTROL

Mempunyai kadar kolestrol yang tinggi akan menyebabkan pelbagai penyakit datang terutamanya penyakit jantung dan darah tinggi. Sebelum anda berisiko mendapat penyakit ini, amalkan pengambilan bawang putih kerana allin dan allicin yang terdapat pada bawang sangat membantu untuk mengurangkan kadar kolestrol yang ada dalam tubuh badan.


6. UBAT SELSEMA

Seringkali Fiza nampak ibu-ibu menggunakan bawang putih untuk ubati selsema anak-anak mereka. ternyata ianya berhasil kerana bawang putih mengandungi antibakteria dan anti virus. Bukan hanya menyembuhkan selsema, malah akan lebih berasa segar jika di amalkan secara kerap.


7. SUMBER STAMINA

Siapa sangka bawang sekecil tu adalah sumber stamina yang terbaik secara semulajadi. Ini kerana bawang putih mengandungi protein yang memberikan sumber stamina pada tubuh badan kita. Bagus juga untuk mereka yang mudah penat dan yang ingin baik dari sakit.

8. UBAT JERAWAT

Menggunakan bawang putih untuk mengubati jerawat adalah satu petua yang paling mujarab. Jika ada jerawat muncul, ambil saja hirisan bawang putih dan gosok pada jerawat. Gerenti jerawat mengecut selepas tu.

9. HILANGKAN BEKAS SELULIT

Sila percaya bahawasanya bawang putih mampu menghilangkan bekas selulit kerana bawang putih mengandungi vitamin B, C, E dan K yang berfungsi sebagai fungsi meremajakan kulit.

10. MENCEGAH KANSER

Kanser adalah pembunuh! Bawang putih dipercayai boleh mencegah penyakit kanser kerana mengandungi bahan organosulfida yang membantu hati dalam menghasilkan senyawa kimia untuk mencegah kanser usus dan kanser perut berkurang. Untuk kesan yang lebih maksima, masukkan bawang putih ke dalam makanan dan amalkan secara rutin.

Bawang putih bukan hanya terhad kepada 10 sahaja khasiatnya. Ada bermacam-macam lagi khasiat bawang putih yang lain seperti merawat keputihan bagi wanita, membuang angin dan sebagainya.

CARA AMALKAN PEMAKANAN BAWANG PUTIH SETIAP HARI

Baru-baru ni ada seorang facebooker yang berkongsi cara untuk amalkan bawang putih yang sedap setiap hari. Sebaiknya perlu makan secara mentah. Tapi tak semua tekak manusia boleh makan bawang putih mentah-mentah. Jadi, boleh amalkan cara ini.

Ambil bawang putih dan basuh bersih tanpa perlu buang kulit. Kemudian potong sedikit pada bahagian tampuk. Masukkan dalam nasi yang baru masak. Nanti wap panas nasi akan masakkan bawang secara sendirinya. Bawang putih akan bertukar menjadi warna jernih tandanya dah masak. Dengan menggunakan cara ini, tiada rasa bawang lansung dan nasi pun tiada bau. Selamat mencuba. Jom makan bawang putih!

Kredit : manfaatsehat.id
With Love, Sihatimerahjambu

9 comments

  1. Wah banyak manfaat bawang putih 😊 slalu takut nk mkn sbb bau. Nk cuba tips sis tu.. jenput join ga terbaru ;
    http://mellyacrayola.blogspot.my/2017/09/first-beauty-box-giveaway-by-us-with.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..selalu memang takut nak makan sebab berbau.
      Terima kasih invite join GA

      Delete
  2. taksangka banyak khasiat bawang putih ni, sha guna bawang putih untuk lebatkan kening hehe

    ReplyDelete
  3. Letak banyak2 kat makanan. Takdelah bau sangat. hehe

    ReplyDelete
  4. Kalau masak mmg suka letak bawang putih lebih..mmg baik ntk kesihatan. Lg2 slesema kan..mudah je.. letak dlm masakan..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.