Lontong Kuah Lodeh

Thursday, July 13, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Percubaan pertama masak lontong kuah lodeh ni sebenarnya. Nak beli tak tahu kat mana, sudahnya buat sendiri je la. Cakap pasal lontong ni kalau kat Johor memang biasa makan masa sarapan ataupun masa hari raya. Orang Johor kalau sebut je lontong maksudnya ada kuah lodeh, nasi impit dan sambal tumis @ sambal kacang. Kalau tempat lain, panggil kuah lodeh. Lain tempat, lain panggilannya. Tak tahu sejarah atau panggilan sebenarnya. Lebih kepada tahu makan je.

Walau apapun namanya, asalkan menu sama. Masak menggunakan bahan simple je. Resepi pun ikut resepi yang simple je hasil carian pakcik google. Nasi impit beli ketupat segera je sudah. Sayur tu cuma tak letak sengkuang je. Yang lain cukup dah rasanya. Alhamdulillah ikut selera tekak sendiri. Sambal tumis wajib buat lebih sebab boleh makan dengan nasi nanti.

http://www.azhafizah.com/

Sebelum ni dah belajar masak mee kari sebab teringin nak makan, sekarang teringin lontong pulak. Berjaya juga masak. Kalau tak cuba, tak tahu kan.Walaupun masakan ni macam leceh nak sediakan bahan bahan yang banyak tapi kalau dah biasa masak. InshaAllah jadi mudah. 

Kalau teringin, kena rajin rajinkan diri memasak dan secara tak lansung entry makanan ni memberikan korang semangat membuak buak untuk rajin memasak. Tak gitu?

Lontong pula ada 2 jenis seperti yang Fiza tahu lah iaitu lontong berkuah dan lontong kering. Lontong berkuah sayur jawa tu dah biasa sangat makan cuma lontong kering belum pernah jamah lagi rasanya. Sama rasa cuma tak berkuah sangat kot. Walaupun lebih kurang sama, Fiza tetap nak kena rasa juga lontong kering. Kalau susah nak nak dapat, kena cuba buat juga lah nampaknya nanti.

Agak-agak musim rumah terbuka sempena raya ni boleh dapat tak? Siapa buat rumah terbuka ada menu lontong sila jemput Fiza ye. Untuk resepi lontong atau kuah lodeh ni kau orang boleh google je sebab Fiza pun takda resepi sendiri untuk di kongsikan.
21 comments on "Lontong Kuah Lodeh"
  1. Wahhh sedapnya lontong.. lama tak makan.. nak belajar masak sendiri la nanti senang kalau teringin tinggal masa je.. asalkan rajin.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. asalkan rajin, semua boleh masak dan makan :)

      Delete
  2. Lama tak makan lontong.. Favourite enaaa..

    ReplyDelete
  3. emmm terliur tengok.. nasib kat kl ni ada tempat fav utk makan lontong.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. untunglah akak ada port lontong.kalau teringin pergi je kan

      Delete
  4. alaahai sedapnyeee tengok pun da terlior..

    ReplyDelete
  5. nampak pun dah sedap. qekra mcm teringin nak buat lontong.. suka mkn dgn sambal sotong kembang tu..

    ReplyDelete
  6. kebetulan tgk post ni masa perut lapar.. maka bhuhu la ju

    ReplyDelete
  7. sedsp menu wajib raya. tp tahun ni lom dpt makan lagi :(

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah. raya kali ni aida da buat sendiri kuah lodeh, fiza.
    resepi mak mertua. mak mertua org johor.
    ada la share resepi kat blog.
    byk juga resepi kat google :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan.

Auto Post Signature

Auto Post  Signature