Cara Daftar SSM Secara Online

Cara Daftar SSM Secara Online. Bagi sesiapa yang menjalankan apa jenis perniagaan pun walaupun hanya sekadar agent kena daftar SSM juga. Kalau tiada masa nak ke pejabat SSM boleh daftar SSM secara online.

Bayaran Pendaftaran
1. Jika ingin mendaftar dengan nama syarikat/perkongsian
Contoh : Azhafizah Enterprise
Bayaran : RM70/setahun

2. Jika ingin mendaftar atas nama sendiri/pemilikan tunggal
Contoh : Azhafizah Binti Md Nor
Bayaran : RM40/setahun

Bayaran Pembaharuan Lesen
Syarikat : RM60/setahun
Sendiri : RM30/setahun

Sebelum tu kena tahu jenis perniagaan yang dijalankan.
ROB - Untuk perniagaan Enterprise
ROC - Untuk Sdn bhd

Cara daftar SSM Secara Online.
1. Pergi ke website : www.ssm.com.my
2. Pilih menu e-Lodgement dalam sidebar menu e-services sebelah kanan

Langkah yang perlu dibuat untuk mendaftar.

cara-daftar-ssm-secara-online

3. Klik pada link Langkah 1 : Pendaftaran Pengguna Portal MyGovernment (PSP)

Isikan maklumat dengan lengkap. 

Bila dah siap daftar untuk verify kemudian kena check email. Dalam email tersebut ada disertakan link untuk verify seperti email di bawah ni. Terus click here yang bewarna biru tu.

cara-daftar-ssm-secara-online

Bila dah klik link untuk verify tu, akan terus masuk ke portal dan akan diberitahu akaun anda telah berjaya disahkan dan boleh log masuk akaun kemudian.

cara-daftar-ssm-secara-online

4. Kemudian berbalik pada gambar langkah tadi tu. Klik pada Langkah 2 : Pendaftaran Pelanggan SSM.

Isi borang yang diberikan sehingga anda diminta untuk bayar RM5.00 untuk yuran selama setahun untuk e-Lodgement perniagaan dan RM120 untuk e-Lodgement Syarikat. Pembayaran boleh dibuat melalui online banking  (klik debit/FPX) atau kredit kad (mastercard dan visa sahaja). Selesai pembayaran anda akan mendapat email jika pembayaran anda berjaya.

5. Selepas itu, log masuk di page :  https://www.malaysia.gov.my . Ini adalah  myPortal kalau dari website SSM. Boleh tekan 'ubah'di jika ada sebarang maklumat yang silap masuk semasa mengisi borang. Untuk check borang yang telah dihantar lengkap atau tidak klik pada transaksi yang dibulatkan dalam gambar. Pastikan borang yang dihantar lengkap dan segala maklumat adalah betul.

cara-daftar-ssm-secara-online

Nanti akan ada not submitted, submitted, approved dan ada borang yang anda akan isi samada telah submit atau belum, nama syarikat dan pendaftaran syarikat dah di approve atau belum.

6. Kembali semula ke home page government. Klik My Page untuk maklumat peribadi anda seperti diatas. Seterusnya klik Langkah 3 : SSM- Permohonan kelulusan nama perniagaan (ROB) page SSM atau myGovernment di dalam bulatan di bawah.

cara-daftar-ssm-secara-online

Kemudian akan masuk page macam ni. Klik 'online service' berwarna biru dalam bulatan. 

cara-daftar-ssm-secara-online

Bila dah masuk page baru, boleh klik ok untuk teruskan. Pastikan anda mempunyai adobe reader. kalau tiada silalah install ye.

cara-daftar-ssm-secara-online

Di page tersebut boleh baca maklumat permohonan, segala syarat-syarat untuk nama syarikat dan juga disediakan langkah yang perlu dibuat.

cara-daftar-ssm-secara-online

Langkah 1 : Klik Open Form dan Isi semua maklumat. Jenis perniagaan anda kena jelaskan perniagaan apa yang anda jalankan. Dah siap isi tekan finish.

Langkah 2 : Klik 'tick'

Langkah 3 : Klik Submit

Proses isi borang dah siap kemudian boleh kembali semula ke transaksi yang disebutkan tadi untuk menyemak status borang samada sudah diterima atau tidak. Jika tidak diterima kena ulang semula isi borang. Jika sudah diterima teruskan langkah seterusnya.

Selesai untuk pendaftaran nama perniagaan.

7. Klik Langkah 4 : Pendaftaran Perniagaan Dalam Talian (ROB)

di page SSM atau kalau guna mygovernment klik 'Perkhidmatan Atas Talian' di bawah button My Page

Klik>> Carian Perkhidmatan Atas Talian

taipkan 'rob' di dalam kotak pencarian dan klik cari perkhidmatan. Kemudian klik pada link SSM-Pendaftaran Perniagaan (ROB) 

Kemudian akan masuk page macam ni semula. Klik 'online service' berwarna biru dalam bulatan. 

cara-daftar-ssm-secara-online

Ikut langkah yang telah diarahkan step1-step5.

Step 1 : Open Form A, isi borang pemilikan. Kalau tiada cawangan terus ke step3

Step 3 : Isi Borang Form Owner info (new form)

Page 1
"Name approval no" check di no.5 di atas. Masukkan nombor kemudian verify. Secara automatik akan keluar nama perniagaan yang telah didaftarkan. Semua maklumat telah di isi dan sila check kalau ada maklumat yang tidak betul. Dah betul semuanya boleh klik finish.

Page 2
Untuk jenis perniagaan  tekan search. Taip jenis perniagaan yang anda jalankan.
Ikut step. Klik select. Automatik ape yang kita select tu akan masuk dalam borang.

Dah siap klik finish.

Klik tick dan submit akan terus ke proses pembayaran untuk pendaftaran setahun mengikut jenis pendafataran (sendiri/syarikat) RM60 untuk syarikat. Dan seperti biasa akan dapat email pengesahan pembayaran berjaya atau tidak. Check semula transaksi untuk melihat status borang.

Okay..siap semuanya. Cuma perlu tunggu tunggu approval dari SSM. Bila SSM dah approve anda akan mendapat email yang disertakan sijil perakuan pendaftaran. Proses ini tidak akan mengambil masa yang lama. Sehari je dah boleh siap. Semoga dipermudahkan.

Nanti Fiza akan share cara daftar SSM secara offline pulak ye. Fiza pun berjaya buat separuh je sebab lepas tu ada error bagai dan Fiza kongsikan cara ni setelah google daripada entry yang telah berjaya buat secara online. Harap ianya membantu. Ye lah bagi yang bekerja mana ada mana nak pergi ke SSM waktu office hour kan. Ini je la alternatif yang ada. Semuanya dihujung jari cuma agak pening sikit kot sebab banyak step dan mengambil masa lama jugak tu.

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. terima kasih sangat-sangat...
    info yang berguna untuk pagi ni...

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Info berguna untuk yg bercadang nk daftar. Banyak step juga, macam mudah lg bila ke pejabat yg mcm Kak Fiza kongsi kat post sebelum ni..

    ReplyDelete
  3. will try later. xtahu, azie tanya fiza ek. malas nk buat offline

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing fiza...alternatif untuk yang tak minat nak berurusan ke pejabat...

    ReplyDelete
  5. apsal i buat tak lepas lepas ni hadoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

    ReplyDelete
  6. Masalah pada "Pendaftaran Pelanggan SSM" dan admin pun tak letak gambar utk ruangan subcriber ni..betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa. saya takleh daftar sebagai pelanggan. kalau tengok manual dia suruh daftar sebagai subscriber. tapi even dah bayar 5 ringgit, bila mana nak daftar syarikat, dia kata ai tak daftar sebagai subscriber dulu. huargghhhhhhhhhhhhh!!! T_T (waddiyef) :3

      Delete
  7. sis. kalau guna nama ic, kat form A name approval no. nak isi apa :( stuck kat situ :((((((

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Name approval no" check di no.5 di atas. Masukkan nombor kemudian verify. Secara automatik akan keluar nama perniagaan yang telah didaftarkan. Semua maklumat telah di isi dan sila check kalau ada maklumat yang tidak betul. Dah betul semuanya boleh klik finish.

      Delete
    2. kalau nak guna nama ic je tak perlu dftr nama bisnes kan ? so nak guna no yg mna 1 utk verify ? :(

      Delete
    3. kalau daftar guna nama IC gunakan nama tu je maksudnya syarikat awak nama awak bukan nama syarikat lain

      Delete
    4. saya dh cuba letak fullname sy. tapi invalid die kata . dr pg menghadap lappy. naik juling mata .

      Delete
  8. kenapa yea di butiran peribadi tetiba keluar tarikh lahir bukan tarikh kita, terus kuar tarikh lain, macam mana nak buat yea.. nak click butang ubah x boleh :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti cuba call pejabat SSM tanya masalah tersebut ye :)

      Delete
    2. Awk kena tukar sendiri. Klik dkt "ubah" dan tukar lepas tu save

      Delete
    3. Awk kena tukar sendiri. Klik dkt "ubah" dan tukar lepas tu save

      Delete
  9. untuk mendaftar perniagaan anda di SSM, Kementerian Kewangan dan CIDB saya syorkan pergi laman web ni www.daftarsyarikat.biz , diorang tolong buatkan dari a-z , dapat percuma koleksi kertas kerja, senarai badan pembiayaan dibawah agensi kerajaan untuk dihubungi dan contoh template profail syarikat(senang kita tinggal nak key in maklumat je kat dalam profail tu) . kalau pergi sendiri pun boleh cuma tinggal renyah je la nak beratur pastu nama tak lulus kena pergi balik dah satu kerja plak, duit minyak lagi...yang ni saya just melalui facebook je dgn admin dia untuk berinteraksi secara on9...lesen saya sehari je diorang siapkan. Lepas tu kendian2 kalau ada apa2 yang u all tak faham pasal perniagaan dan ingin bertanyakan maklumat lanjut ada live support di yahoo messenger, skype, facebook dan gtalk dengan whatsapp dan viber.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahalnya dia charge sampai rm180 (utk pdaftaran baru) padahal kos nk buat tak sampai rm100... :-?

      Delete
    2. Mahalnya dia charge sampai rm180 (utk pdaftaran baru) padahal kos nk buat tak sampai rm100... :-?

      Delete
  10. salam.nak tanya.snap gambar pakai handphone apa?

    ReplyDelete
  11. Dah cuba buat online tp tak lepas2...stuck dkt selepas klik "rob" pastu tak leh nk sumbit.kata kne ada adobe reader ver 8 keatas..tp saya pnya adobe reader ver 11 dah pun xleh.boleh bantu?

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. salam...

    saya tak jumpa button 'ONLINE SERVICES' color biru... bagaimana ya?

    ReplyDelete
  14. saya baru nak daftarrr.. bukak ssm pastu blurr camna nk daftar, seb bek google dapat blog ni, hehehe..tengkiewwww..sangat membantu :D

    ReplyDelete
  15. Adalah dimaklumkan bahawa Penggantungan Sementara Perkhidmatan eLodgement - Suruhanjaya Syarikat Malaysia akan berkuatkuasa mulai 1 April 2015 dan dijangka beroperasi semula sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.

    ReplyDelete
  16. mmg amik masa. asyik error je :( bru start nk update info peribadi. tu pun payah skit.. huhu. asyik error huhu

    ReplyDelete
  17. dah tak boleh daftar online. SSM dah hentikan sistem online huhu

    http://www.akuseorangtraveler.com/2016/01/ssm-pendaftaran-secara-online-telah.html

    ReplyDelete
  18. ada bayaran ke?? time nk daftar asyik server busy

    ReplyDelete
  19. ASSALAM KAK , MACAM MANA CARA DAFTAR BARU NI? TAKFAHAMLAH, THANKYOU :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..maaf, sekarang mungkin website dah upgrade baru. features yang ada mungkin tak sama dengan yang baru

      Delete
  20. sorry...nk tnya..skrg i da business online cm na nk daftar (enterprise @ sdn bhd) xphm 2 utk pa...

    ReplyDelete
  21. Cara daftar syarikat secara online dah explain. Macamana pula cara untuk tutup syarikat SSM? Saya nak tutup syarikat enterprise, tapi bolehkah dibuat secara online sahaja? Bagaimana caranya? Terima kasih admin.

    ReplyDelete
  22. UNTUK PENDAFTARAN BARU...SSM DAH MANSUHKAN DAFTAR ONLINE.HANYA BOLEH RENEW JER SECARA ONLINE.HARAP MAKLUM IYE KAWAN-KAWAN

    ReplyDelete
  23. sangat detail... kena bookmarked dulu ni....

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.