Skincare | Young Living Lip Balm Lavender

Azhafizah MN
By -
1
Agak rimas kalau ada masalah bibir kering dan merekah. Selain rasa sakit bibir terluka, kita juga akan rasa kurang yakin dengan diri sendiri bila berhadapan dengan orang lain. Lagi-lagi ketika bercakap sebab biasanya bila kita berbual antara satu dengan lain, kadangkala mata kita juga akan tertumpu pada bibir selain mata. Betul tak? Kalau orang asyik tengok bibir kita masa berbual tu, rasa segan jugalah bila bibir kering ni.


Salah satu puncanya bibir kering ni adalah kurang air dalam badan. Selain itu, kalau kau orang jenis yang habit suka jilat bibir atau gigit bibir tu kurang-kurangkan lah habit macam tu ye. Bagi perempuan, boleh pakai lipstick atau lip balm untuk kekalkan kelembapan bibir bagi mengelakkan bibir kering. Yang lelaki boleh je pakai lip balm sebab lip balm tidak berwarna. Nanti pakai lipstick nampak lain macam pula kan.

Ada sesetengah perempuan tak suka pakai lipstick dan ada juga lelaki yang segan nak pakai. Untuk kes macam ni boleh gunakan lip balm tidak berwarna dan hanya pakai nipis-nipis je. Janji bibir tak kering dan glossy pun tak berapa jelas. Salah satu produk untuk kekalkan kelembapan bibir lebih tahan lama, boleh cuba Young Living Lip Balm Lavender. Kalau kau orang ada masalah kulit bibir kering yang teruk dan suka bau lavender, should try this one.

YOUNG LIVING BALM LAVENDER
Produk Young Living memang tak pernah mengecewakan lah. Sejak terjebak dengan Young Living Essential Oils, baru Fiza tahu kewujudan berbagai jenis produk Young Living selain Diffuser dan EO (Essential Oils) tu. Apa yang bestnya tentang Lip Balm Lavender ni adalah bau lavender dan memang Fiza suka bau lavender.
INGREDIENTS : Cocos Nucifera (Coconut) Oil, Bees Wax, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil, Prunus Amygdalus Dulcis (Sweet Almond) Oil, Lycium Barbarum (Wolfberry) Seed Oil, Rosa Rubiginosa (Rosehip) Seed Oil, Lavandula Angustifolia† (Lavender) Oil, Tocopherol (Vitamin E), and Tocopheryl Acetate.†100% pure therapeutic-grade™ essential oil
Contains nut, soy, and coconut/palm ingredients

LAVENDER SEBAGAI TERAPI DAN BAGUS UNTUK KULIT 
Seperti yang kita tahu, bau lavender memang terkenal dengan aromaterapinya kan. Dan lavender tu sendiri memang banyak digunakan dalam produk kecantikan dan kesihatan. Kiranya 2 in 1 lah, terapi dan kecantikan.

Sejenis lip balm yang tidak bewarna dan tidak terlalu glossy bila pakai. Sesuailah untuk semua orang yang mempunyai masalah bibir kering tak kira lelaki ataupun perempuan. Fiza kurang ada masalah bibir kering walaupun kurang pengambilan air masak. Tapi kalau bibir terasa kering sikit memang akan sapu lip balm lavender ni sebab lansung tak buatkan bibir kering. Kekal lembap lah  sepanjang hari lah melekat pada bibir. Paling penting, tak melekit sangat dan pakai nipis-nipis je untuk keselesaan.

Bibir pun nampak lebih sihat dan fresh tanpa bibir kering atau mengelupas. Kalau kau orang jenis suka kupas-kupas kulit bibir kering tu, sila hentikan lah ye. Bila kulit bibir terluka tu lagilah menderita masa nak makan dan minum tu. Berminat nak cuba lip balm lavender ni boleh whatsapp Fiza 012-9072776. Walaupun harga dia lebih kurang di pasaran tapi Fiza memilih lip balm lavender sebab mengandungi oils dan bahan-bahan semulajadi yang terbaik. 

Post a Comment

1Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment