Crispy Crab

Friday, January 17, 2020

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Cakk! Lama menyepi tuan blog ni. Sibuk teruk dengan segala urusan sampai blog terabai. Nak update media sosial pun hilang mood. Alhamdulillah dah semakin reda segala urusan, barulah ada masa nak update sikit. On the way balik Segamat dari Hospital Sultan Ismail JB bawa abah appointment doktor, macam biasa singgah Ayer Hitam nak shopping apa yang patut. Tempat wajib singgah kalau balik.

Kalau singgah mesti beli nanas dan kerepek-kerepek nak bawa balik. Terpandang pulak crispy crab yang nampak macam sedap. Sebelum ni pernah nampak ada orang buat sendiri cuma diri sendiri nak buat tu belum cukup rajin lagi. Bila dah nampak depan mata tu, terus beli lah. Nak tunggu apa lagi kan?


Crispy crab ni dijual dalam balang besar dan harga RM20. Berbaloi lah kot harga dengan kuantiti yang dijual tu. Fillet ketam tu pun dah sedap apatah lagi bila dijadikan kerepek. Memang sedap! Tambah pulak digoreng dengan daun kari. Cuma kurang rasa kari, lagi sedap kalau selepas goreng tu ditabur dengan flavour spicy ataupun kari. Mesti lagi sedap.

Nak tambah segala flavour tu kenalah buat sendiri kan. Tunggu mood rajin tu entah bila nak buat sebab bila dah sibuk dan penat, kerajinan tu mulalah senyap senyap menghilang. Mujur tak hilang terus. Nak buat crispy crab ni pun hanya perlu koyak-koyakkan fillet ketam campurkan dengan serbuk cukup rasa, serbuk kari, white pepper.

Kemudian goreng dalam minyak yang panas sampai garing dengan daun kari. Dah siap, angkat dan toskan. Siap dah boleh dimakan. Cuma itulah, kalau nak buat sendiri ni kena rajin. Kalau tak, beli je lebih senang. Tak gitu?

With Love, Sihatimerahjambu

49 comments

  1. ini memang sedap nk kunyah-kunyah cuma tulah nk senang beli je, nk buat tu kene rajin sikit... pastu kejap je hilang nya bila dah kunyah tu heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak. sedap tu memang sedap. Nak membuatnya belum rajin lagi. Beli je lah bila dah ada depan mata :)

      Delete
  2. Ya Allah saya baru pertama kali dengan crispy crab ni. Baca tajuk ingat ketam goreng rangup rupanya kerepek ketam.

    ReplyDelete
  3. ingtkn menu ketam camne td yg crispy..rupanya goreng fillet ketam ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..silap faham. Tak tahu lah apa nama yang betul untuk kerepek ni :)

      Delete
  4. ehemmm, tengok pun terliurr ni, mesti cuba!

    ReplyDelete
  5. petang makan sambil tgk tv ni sebungkus habis.rangup..

    ReplyDelete
  6. sedap ni..cik nor dah cuba buat..xckup..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik Kak Nor dah buat. Sekali buat satu pek tu memang tak cukup kan. Sebalang beli tak tahulah dia guna berapa pek. Inipun cepat habis

      Delete
  7. nak buat nampak senang, tapi tulah kerajinan tu yang takde. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang senang nak buat tu kalau malas dia jadi susah dah. Hihi

      Delete
  8. waalaikumussalam. oh baca tajuk ingatkan ketam rangup tu ketam digoreng ke apa. hehehee

    ReplyDelete
  9. ingatkan kerepek perisa ketam...rupanya filet ketam goreng..sedap ni..

    ReplyDelete
  10. ni kalo makan gerenti xleh benti ni..
    berhantu ni.. haha

    ReplyDelete
  11. sis, so tak payah guna tepung ye nak goreng fillet ketam tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang tabur sikit tepung jagung untuk lagi rangup. Ada yang goreng tanpa letak tepung juga. Boleh cuba google resepi yang lain.

      Delete
  12. pertama kali tengok menu macam nie terimkasih dah share awesome

    ReplyDelete
  13. buat sendiri lebih mudah dan puas hati. hehehe... tapi berhantu cepat habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum rajin nak buat sendiri lagi Nina. Ini beli je. Memang cepat habis pun :)

      Delete
  14. Crispy crab tengok gambar tu menarik dan sedap.
    Dah macam-macam crispy ada sekarang ni heheee...

    ReplyDelete
  15. yummy...pernah cuba buat sekali, tapi org lain xbrp gemar, jdnya...beli lg mudah sebab sorg je nak makan...hehehe....

    ReplyDelete
  16. Ya Allah Fizah... menyesal betul lah baca memalam ni!

    ReplyDelete
  17. sedap ni. kalau makan banyak pun mmg tak jemu. sekali hadap boleh habis.

    ReplyDelete
  18. macam2 jenis kerepek boleh didapati di Ayer Hitam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah wak..tapi kurang beli kerepek.Ini je saja beli nak rasa. Biasa beli buah buah je kalau singgah Ayer Hitam.

      Delete
  19. Replies
    1. Kena menggoreng sendiri nampaknya Nani kalau lama tak makan.

      Delete
  20. waduh sedapnya pos shah alam sikit naa

    ReplyDelete
  21. tak, sebenarnya nak cakap...gambar tu nak jadi label kat kerepek ke ape? apesal cantik sangat ha??? hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..boleh suggest gambar ni kat penjual kepek tu. kot boleh jual okaylah. Terima kasih kak.

      Delete
  22. cantiknyaaaaaaa gambar !!! kite mmg xleh laa nk smpai tahap cemni
    gambar2 kite ssemua syok sndiri hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih awak. Boleh buat camni. Tapi kena sabarlah kena banyak kali snap dan edit :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.