Water Crystal Gel Untuk Indoor Plants

Sunday, December 08, 2019

Setelah sekian lama mencari water crystal gel, akhirnya kutemui juga yang dicari. Masa pergi nursery bunga haritu, husband ada tanya kat owner kedai. Kalau tak tanya, tak tahu watercrystal gel tu ada ke tidak. Mujur jugalah husband teringat dan bertanya. 1 pack RM2.50 untuk satu cup besar pernuh. Fiza beli 3 pack sebab nak letak dalam semua balang kaca menggantikan batu-batu putih. Jadi, tak perlu topup air sangat kan.


water crystal gel/water beads/gel beads/crystal soil/ichigo soil atau hydrogel ni adalah satu inovasi dalam bidang tanaman menggantikan tanah dan juga air. Tapi tak semua jenis tanaman boleh ditanam menggunakan water crystal gel ni. Apa yang menarik sangat adalah warna warni yang memberikan unsur artistik dan menambahkan lagi seri pokok hiasan dalam rumah. Ye, Fiza ni kalau bab seni memang suka sangat. Cepat sangat tergoda!



Water crystal gel ni sebelum kembang, saiz dia kecil macam sagu tapi bila dah rendam lama dia pun besar berganda-ganda besar saiznya. Diperbuat daripada kristal polimer yang mampu menyerap dan menyimpan air. Kalau kau orang suka tanam indoor plants terutamanya yang suka letak air tu, boleh gantikan dengan water crystal gel lebih menarik dan tak perlu dah guna air. Cuma bila water crystal gel ni mengecut/mengecil, spray je atau rendam sekejap untuk kembalikan saiz dan bekalkan air yang cukup.


Settle menggantikan batu putih dengan water crystal gel. Sebenarnya macam sayang nak gantikan dengan batu putih tu. Tapi itulah, tukar jugalah nak tengok mana yang lebih bagus untuk pokok-pokok ni semua. Tapi suka sangat bila water crystal ni mewarna warnikan lagi pokok hiasan. Sesambil tu boleh nampak perkembangan akar juga. Menarik bukan?

Tapi tak disarankan untuk rumah yang ada anak kecil. Risau kalau termakan. Ini bukan bubble tea ye. Sebab ada kes sebelum ni kanak-kanak termakan dan disebabkan itulah water crystal gel tak dijual secara meluas. Fiza pun beli kat nursery bunga. Kebetulan ada dijual. Tapi Fiza perasan kat shopee banyak dijual.


33 comments

  1. Cantik crystal gel ni. Warna warni. Dulu rasanya pernah beli indoor plant siap crystal gel tapi gel nya warna putih je. Sekarang laaagi cantik nampaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu ada jugak colourful cuma banyak jual yang putih je :)

      Delete
  2. Cantiklah. Macam guli pulak tengok. Tapi kena hati-hati dengan budak sebab nanti dia ingat gula-gula.
    Selamat berhujung minggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saiz dia memang macam guli. Tak digalakkan letak kat rumah kalau ada budak²..kat office okaylah kalau nak letak :)

      Delete
  3. Cantik Fiza. Tapi akak lagi suka yang letak batu putih. Hehe.. Memberi inspirasi sungguh. Bolehla nanti bila rumah baru akak siap nak buat jugak. Hehe. Thanks idea yang sangat menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka juga batu putih tu. Masih ada pasu yang gunakan batu putih..yg tanam guna tanah pun boleh letak batu putih atas dia. sama² kak Fiza :)

      Delete
  4. sekarang dah beralih ke tanaman pulak yer.. ^^

    ReplyDelete
  5. cantiknye pokok fiza..mesti rumah fiza pn cantikkan.. hehehe.. aduhai seronoknya kalau ada rumah sendiri ummi nak tiru fiza...skrg rumah sewa.. mlas nk beli brang bnyk nanti berangkut2 masa pindah.. inspirasi betul style fiza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah biasa je dekonya. Boleh je deko rumah sewa. takpe, nanti boleh buat. Terima kasih kak :)

      Delete
  6. cantik crystal gel tu.. dah lama cari x jumpa.. ada yg cakap dah x jual lagi sbb ada kes budak tertelan crystal ni dan berkembang dlm perut... kalau kat kedai biasa ada tak jual ye fiza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu memang tak jual dah. kebetulan tanya nursery tu ada jual, terus beli je . kedai biasa macam susah nak jumpa since kes tu.

      Delete
  7. cantikkkkk.. warna water crystal pun warna pastel. lagi lah semangat nak hias pokok berindoor kan Fiza :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berapa nak pastel sangat kak. memang cantiklah untuk pokok hiasan dalam rumah

      Delete
  8. cantik , lama dah tak tengok nie . Dulu saya da jugak beli benda nie tapi yang baby crystal punya . Kecil-kecil je tapi tengok yang sis punya besar . Gerammm pulak .

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah since lama tak dijual. perasan juga yang sekarang punya macam besar sungguh. dulu comel besar guli je. ni lagi besar dari guli :)

      Delete
  9. cantik, cuma ini tak sesuai kalau rumah yang ada budak kecil...
    pernah ada kes budak makan crystal gel ni...

    nak cari jugak lah letak kat opis, takde budak kecuali si aiyan tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak. sebab kes tu lah gel ni xdijual dan susah nak jumpa. Letak kat office okaylah :)

      Delete
  10. cantik sgt berwarna warni.. nyamuk pun xde

    ReplyDelete
  11. colorful cantik tp tula kalo ada ank kecik bahaya juga kn..mau dimain2 tkpn masuk mulut

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada anak kecil, tak digalakkan letak water crystal gel ni. Better tanam dalam tanah :)

      Delete
  12. selain budak, kucing pun suka tengok kristal gel ni. Cantik tapi tulah, kena tengok keadaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. seriuslah kucing suka tengok kristal gel ni..tak pernah tahu pun. Ni kalau kena cakar kucing memang jahanam lah :)

      Delete
  13. how do you set up your photoshoot studio?
    you have definitely step up ur photography skills.
    bravo!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setup guna board je. lighting dan angle kena Onz baru gambar okay :)
      Thank you so much Ray

      Delete
    2. awesome tips. might wanna try it too but im so bad at photography haha

      Delete
  14. cantik ni. warna nyer menarik.
    sesuai utk indoor decoration.
    aida xde indoor plant. sebab x brape ada ruang, fiza.
    more to rose jepun ajer now. kat laman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang untuk indoor plant kak..outdoor biasa guna tanah je.
      rose jepun cantik dan mudah tanam :)

      Delete
  15. Kalau dapat kat anak2 Sha nie.. Habis dibuat main masak2..
    Cantik pula bila diletakkan dalam balang jernih macam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..buat main pondok pondok okay lagi..jangan dibuat makan sudah. memang sesuai untuk balang jernih macam ni kak sha

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.