Epal Hijau Bantu Turunkan Berat Badan

Thursday, December 12, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Tahu tak kau orang yang epal hijau ni boleh membantu turunkan berat badan. Mereka yang amalkan diet seimbang atau pemakanan seimbang yang sihat mesti tahu tentang kebaikan pengambilan epal hijau ni. Buah epal ni dikatakan mengandungi nilai kalori lebih rendah, ada pelbagai jenis mineral/vitamin dan tinggi kandungan serat. 

Sebab itulah pengambilan epal hijau ni sangat digalakkan untuk mereka yang ingin turunkan beat badan. Kadang tu rasa cepat kenyang bila makan sebiji epal hijau ni. Digalakkan juga makan sekali dengan kulitnya sebab ada kandungan vitamin C pada bawah kulit epal hijau tu. Tapi memang taklah nak makan kulit sekali. Sebab setahu Fiza lah, ada lapisan lilin pada bahagian luar kulit. Biasalah buah import kan, untuk kekalkan buah maintain elok.


Buah epal hijau ni agak masam. Untuk kau orang yang ada gastrik tu jangan makan ye. Nanti memudaratkan pula. Dan yang suka makan pun jangan makan melebihi had sebab kadar gula pun perlu dijaga.Tapi serius lah, bila makan epal hijau ni rasa sistem percernaan tu lebih bagus. Baguslah untuk mereka yang ada masalah sembelit tu.

Jadi, betullah tu orang kata epal hijau ni sesuai untuk diet dan turunkan berat badan. Kesimpulannya epal hijau ni tinggi serat, kalori rendah, bagus untuk pencernaan dan cepat kenyang. Tapi kalau ambil epal hijau semata-mata boleh turun berat badan tak? Apapun cara pengambilan tu kena betul.  Jangan pula makan epal hijau dengan kuah rojak. Itu memang salah! Bukan turun berat badan tapi tambah selera makan. Hihi...

With Love, Sihatimerahjambu

44 comments

  1. Akak jarang makan epal hijau. Rasa masam dia tu buat tekak akak tak lalu nak makan... Padahal epal hijau banyak kebaikannya. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh macam tu. Takpe, banyak pilihan buah lain yang tak masam :)

      Delete
  2. Kak ana selalu order jus epal hijau ni dekat kedai je. Dekat rumah kalau beli xde siapa nak makan sbb masam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena buat air lah camtu kak ana baru ada yang suka epal hijau :)

      Delete
  3. nak diet kena makan buah epal hijau lah camni kan

    ReplyDelete
  4. Kalau epal hijau nie, teman suka makan dengan asam boi... Boleh buat Jus Epal Asam Boi jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jus epal asam boi tu sedap ya amat! Segelas tak cukup haihh.

      Delete
  5. yea apple hijau mmg bagus tuk diet tapi mendatang kan gastrik tu yang spoilt
    sebab tu jarang makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, tak mendatangkan gastrik tapi orang yang ada gastrik dan digalakkan untuk makan epal hijau :)

      Delete
  6. Dah puas makan epal hijau sampai satu tahap dah jemu ya amat.. Memang boleh kurus selain dari jaga pemakanan tapi itu 3 tahun lepaslah.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..makan selalu tu memang jemu. Kena selang seli dengan buah lain untuk elakkan jemu :)

      Delete
  7. i love epal hijau and i love your photo even more haha.

    ReplyDelete
  8. banyak khasiat tapi tak berapa suka rasanya.

    ReplyDelete
  9. Saya malah naik berat badan Cik saat konsumsi apel tiap hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..pengambilan makanan kurang seimbang tu mungkin..pengambilan makanan lain perlu diambil kira juga :)

      Delete
  10. epal hijau memang terkenal dgn khasiatnya. tp tula masam cket. hehe

    ReplyDelete
  11. Suka epal hijau! Tapi tulah ada gastrik, pastu nanti kenyang terus x lalu makan so kenala pantang. Makan epal merah jela. Huhu

    ReplyDelete
  12. tk brp mkn sbb masam hehe..tp kalo jus minum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..ramai tak suka masam epal rupanya..air jus juga ramai peminatnya.

      Delete
  13. Hehe , baca komen semua sama pendapat dengan saya . Kurang makan epal hijo sebab masam . Tapi okey je , antara buah yang masih boleh di telan walaupun dengan kuantiti yang sikit dan jarang .

    ReplyDelete
  14. terakhir yang aku baca, memang ada lapisan lilin namun itu jenis lilin yang aman kok dan bisa dimakan.

    ReplyDelete
  15. Boleh nak makan tapi kena selang hari.. Perut kurang daya tahan terhadap makanan masam.. 😂 dah seasons.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak tahan tak boleh makan selalu.betul tu, kena selang seli dengan buah lain

      Delete
  16. ooo tak boleh cicah kuah mak bee la ye hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..boleh je cicah..tapi untuk dapatkan khasiat tu kena makan tanpa campur dengan yang lain

      Delete
  17. Layan jugaklah epal hijau ni kalau ada makan kalau takde it is okay je...
    By the way gambar tu cantik nampak currrlasss....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira kategori boleh makan epal hijau ni. Terima kasih banyak² :)

      Delete
  18. Saya juga suka apel hijau, tapi dijadikan jus buah.

    ReplyDelete
  19. Kadang-kadang suka makan epal hijau dengan asam boi. Sedap 😊

    ReplyDelete
  20. alahai.
    aida kurang minat epal ijau, fiza.
    suka yg merah.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.