Sakit Mata Lepas Bangun Tidur

Monday, September 23, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Bangun tidur, celik mata terkebil-kebil mata kejap sebab macam rasa ada 'something' dalam mata. Terasa macam habuk kasar yang besar tapi dok kebil-kebil punya lama masih rasa tak selesa. Letak eyeglo pun masih tak okay juga. ahh sudah.. macamana nak buat ni? Titis eyeglo lagi dengan harapan akan okaylah. Tapi tak! Lama-lama mata merah dan bengkak. Nak buka mata pun azab!
Hari pertama

Esoknya bangun pagi macam okay sikit lah. Kusangkakan panas hingga ke petang rupanya masih tak okay. Masih terasa anasir jahat ada dalam mata. Puas lah dok belek depan cermin tengok dalam mata ni tak ada juga sebarang benda. Risau lah calar balar tu boleh beri kesan pada mata. Bila Fiza google kenapa sakit mata lepas bangun tidur tu berkemungkinan infection lah sebab punca lain macam tak releven dengan kes Fiza ni. 

Infection sebab apa pun tak tahulah sebab macam pelik tiba-tiba boleh macam tu kan. Nak kata pakai contact lens rasanya dah berbulan dah Fiza tak pakai. Semalam hari ketiga, bangun tidur rasa sakit macam hari pertama kena tu. Tak tahu nak cakap macam mana. Tapi dia tak semerah dan sebengkak hari pertama. Sakit tu tetap ada. 

Hari ketiga

Buat masa ni makan panadol untuk tahan sakit tu. Memang kurang sikit sakit tu lepas dah tidur dan bila dah lama dia akan rasa sakit semula. Kalau berterusan macam ni memang kena pergi klinik. Tengok apa sebabnya jadi macam ni. Kau orang pernah kena sakit mata lepas bangun tidur macam ni tak? 

With Love, Sihatimerahjambu

14 comments

  1. Mungkin akibat jerebu
    kena cepat2 pegi klinik

    ReplyDelete
  2. Baik pegi klinik
    Check sis.. Mudah2an semua ok..

    ReplyDelete
  3. pegi klinik cpt..
    jgn biarkan lama2 tkot nt lain jdnya..
    mngkin ade habuk kot.. kite xnmpk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. memang tak tunggu lama. pergi klinik juga akhirnya

      Delete
  4. kene pergi klinik tu, cuaca berjerebu sekarang ni boleh sebabkan juga sakit mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. settle dah pergi klinik. bersabar menunggu mata baik ni :)

      Delete
  5. Maybe sebab jerebu ni fiza, molekul2 udara tak bagus dan x sihat sampai effect mata kan...

    ReplyDelete
  6. Merah betul mata tu fiza. Kalau kak ana g klinik dah. Sejenis takut sakit. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingatkan xde apa kak ana. memang kalau macam tu berterusan ke klinik jugalah

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.