Aplikasi Produk Muslim Semak Produk Keluaran Muslim

Wednesday, September 04, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Isu boikot produk semakin hangat dibincangkan sekarang ni. Kempen boikot produk pula giat dijalankan dan macam biasalah kecaman dan isu perkauman pun timbul. Sebenarnya bab memboikot ni adalah sesuatu yang tidak bagus bila melibatkan perkauman. Bila melibatkan perkauman, kuranglah harmoni Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa ni.


Sebenarnya bukan boikot tapi bagi seorang muslim kita sentiasa akan utamakan produk yang halal dan bersih dan kita tahu produk muslim adalah terjamin halal dan bersihnya. Dan juga pentingkan priority. Kalau produk muslim tu ada di pasaran berhampiran kenapa perlu pergi pasaraya jauh-jauh. Tak kisahlah siapa pemilik pasaraya tu. Ya, setiap orang ada pendapat masing-masing dan pengguna ada hak untuk memilih. Tapi kalau boikot sesama kaum susah juga tu.

Ada juga sesetengah produk yang bertopengkan produk muslim. Maksudnya produk itu bukan keluaran muslim tapi dilabelkan produk muslim. Nak tahu macamana nak semak produk  keluaran muslim dan bumiputera, cuma perlu gunakan aplikasi produk muslim. Siap-siap download dalam handphone masing-masing untuk lebih mudah semak bila membeli belah nanti.


Boleh muat turun secara percuma untuk pengguna android melalui google playstore. Pengguna perlu juga ada pengetahuan tentang sesuatu produk supaya tak tersalah beli atau tersalah boikot dan juga perlu tahu siapa pengeluar dan pemilik produk tersebut. Jadi, Fiza rasa aplikasi ni sangat membantu kita untuk tahu tentang setiap produk keluaran muslim dan bumiputera lebih tepat lagi. Fiza tak pasti aplikasi ni telah dilancarkan untuk pengguna iOS atau belum lagi sebab Fiza search tak jumpa pula aplikasi ni. Mungkin akan datang. Tunggu je lah ye.
With Love, Sihatimerahjambu

11 comments

  1. Nice, banyak sebenarnya apps untuk produk muslim tempatan macam ni... saya pon ade tengah build satu apps, tp tak siap lagi. bila nak buat je macam2 la keje lain datang mnyibuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi bagus kalau ada banyak apps yang boleh digunapakai. Good luck ye

      Delete
  2. senang jugak kalo ada apps untuk semak produk keluaran muslim tu...

    ReplyDelete
  3. Betul tu kadang nama produk bukan main muslim tapi disebaliknya bukanlah sebegitu.
    Bagus apps ni sangat membantu

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.. Aplikasi yang bagus.. kena sebar luaskan ini..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.