Terlayan Drama Sweet Dreams

Tuesday, August 13, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Selamat pagi! Ehem, jarang sekali Fiza nak update tentang drama melayu. Rasanya drama Sweet Dreams  tengah trending sekarang ni. Drama gandingan Mira Filzah dan Ben Amir nampak menarik juga untuk ditonton. Sebelum drama sweet dreams, drama Setelah terlafaznya akad tu memang Fiza layan juga. Dah habis cerita tu, muncul drama sweet dreams episod satu macam menarik sebab drama ni macam lain sikit. Tapi cliche tu tetap adalah, mana mungkin drama melayu tak cliche kan.


Drama adaptasi novel memang boleh pergi jauh dan memang boleh jadi trending. Memang trending penonton suka drama adaptasi novel agaknya. Bagi Fiza menarik juga drama adaptasi novel walaupun Fiza bukan sejenis yang suka baca novel. Tak minat dan tak suka nak membaca novel. Kalau komik atau buku bergambar baru layan. 

SINOPSIS DRAMA SWEET DREAMS 
Puteri seorang gadis bisu yang diberi gelaran Ratu Kelam Kabut atau ‘Minah Clumsy’ sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil. Habis semua tiang dan dinding dilanggar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang.
Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tidak seimbang. Namun, beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya. Tidak sempat mencium tanah, tubuh dia sudah disambut. Tidak sempat tergolek, tangannya sudah dipaut. Pelik, lelaki itu datang tanpa isyarat.
Qash Adam seorang pelukis selalu mendapat mimpi tentang kejadian buruk yang bakal menimpa. Kesengsaraan dialami pada zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. Anugerah yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban.
Dihina, difitnah dan dicaci kerana dikatakan mempunyai kuasa magis membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan baginya. Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Ia datang dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar.
Namun, kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru. Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar.
Namun, sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Berkahwin dan kemudian bercinta tanpa tahu pengakhirannya.
Apa yang Fiza suka tentang arahan Michael Ang dalam drama sweet dreams ni adalah cinematography selain watak yang menarik. Tengok poster pun dah suka! Walaupun ada ketikanya macam bosan juga dengan scence mimpi tu. Tapi okay je untuk dilayan mengisi masa kosong.

With Love, Sihatimerahjambu

11 comments

  1. Mrs. A pun dah terlayanz cerita nih! okaylah lain dari yang lain

    ReplyDelete
  2. hehehehe saya belum terlayan drama camni. tak tau lah kenapa. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..biasalah ada yang suka dan tidak. ikut selera masing-masing :)

      Delete
  3. Tengah trending kan Sweet Dreams ni.kak ana tak berkesempatan tgk lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang mmg tgh trending drama ni kak. itu yg terlayan tu

      Delete
  4. kite belum jumpa spark dalam citer lagi tapi nak tengok gak sebab Ben Amir.
    cuma nak tnggu banyak2 episode dlu hahaha xmo mula lagi =D

    ReplyDelete
  5. aida lom terjebak :)
    sebab x langgan channel ria...
    akan layan weekend lah nanti kat utube.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.