Resepi | Rahsia Tempe Goreng Sedap

Tuesday, August 20, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Tempe memang sinonim dengan masyarakat jawa. Sebut je tempe mesti ingat orang jawa. Walaupun Fiza bukan orang jawa tapi suka sangat makan tempe. Tempe goreng cicah dengan sambal kicap lagilah sedap. Ye, orang johor memang tak sah kalau tak ada sambal kicap macam makan pisang goreng dengan sambal kicap. 



Kalau tempe goreng paling mudah goreng kosong je. Ada juga yang suka letak garam, serbuk kunyit dan tepung sikit. Tapi, nak lagi sedap rasa tempe goreng tu boleh cuba resepi rahsia tempe goreng sedap ni. Resepi dari kakak Fiza yang dia ambil resepi dari peniaga tempe goreng. Kalau tak silaplah.

Bahan-bahan
2 keping tempe
4 sudu tepung gandum
2 sudu tepung beras
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
secubit garam
Air secukupnya
1/2 sudu besar biji ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis
1 ulas bawang putih
1 biji bawang merah rose
Minyak masak

Cara-cara
1. Potong tempe. Ikut suka nak potong nipis atau tebal.
1. Tumbuk bawang putih, bawang merah,  jintan manis dan biji ketumbar.
2. Campurkan bahan tumbuk dengan tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit dan garam. Bancuhkan dengan air. Adunan tu jangan cair sangat ye.
3. Masukkan tempe yang dah dipotong ke dalam bancuhan bahan-bahan. Gaul rata.
4. Panaskan minyak masak dan goreng.
Rahsia dia cuma tambah bawang putih, bawang merah, biji ketumbar dan jintan manis tu lah. Nak rangup letak tepung beras. Ada juga yang suka letak minyak masak sikit untuk rangupkan tempe goreng. Mana-mana pun boleh janji rangup dan sedap kena dengan tekak sendiri. Hidangkan bersama sambal kicap lagilah sedap.

Resepi sambal kicap sedap? Kau orang goreng dulu cili api dengan 1 ulas bawang putih. Kemudian blend dengan kicap dan gula sesudu. Baru sedap dan tak sakit perut bila makan sambal dengan cili yang telah di masak. Selamat menjamu selera. Bolehlah buat menu untuk minum petang nanti kan.

With Love, Sihatimerahjambu

16 comments

  1. CT pun xdak darah DNA jawa hehe tapi suka baaanget makan tempe. kalo hari2 ade tempe goreng pun xpa. lebih prefer yang jenis tebal2 dari yang garing. tapi kalo da nama tempe cem mana pun makan =D

    ReplyDelete
  2. peh boleh try ni..suka jugak beli tempe tapi buat goreng biasa² je

    ReplyDelete
  3. mmg sesuai sgt tempe goreng ngn tepun gini... akak suka pakai kunyit hidup lagi sedap tau rasanya hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke? boleh try pakai kunyit hidup lepas ni. Tq kak share resepi

      Delete
  4. Favorite kak ana ni fizah. Ratah macam tu je pun dah sedap. Kalau malas, goreng bodoh cmtu je lepas tu cicah dengan sos cili.pon sodap. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, favourite kita jugak. tapi belum pernah cicah dengan sos cili.hihi

      Delete
  5. feveret anak bujang tp belum pernah cuba goreng tepung macam ni. boleh la cuba nanti :-)

    ReplyDelete
  6. Samaaaaaaa suka jugakkk tempeee >< Sedappppp hehe

    Btw, jom singgah baca my new entry akk :D
    https://koxtau.blogspot.com/2019/08/blogger-challenge-3-handwriting.html

    ReplyDelete
  7. sedap ni.
    makan panas2.
    krup krap krup krap.
    potong la nipis2 tempe tu kan before goreng.
    sihat pun sihat makan tempe ni.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.