Lala Goreng Pedas

Wednesday, April 03, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Rasa macam dah lama sangat tak share resepi dalam blog ni. Okaylah, hari ni saja nak kongsi resepi lala goreng pedas masak cara Fiza sudah tentulah. Sebenarnya dah lama sangat berhajat nak makan lala. Walaupun tahu isi lala tu kalau makan memang tak puas lah. Ciput je isinya lepas dah masak. Tapi kalau dah teringin, selagi tak dapat memang menyebut je la kan.

Kebetulan husband beli barang dapur nampak lala, dia belikan terus. Tapi bila sampai rumah isterinya pelik sebab lala tu bukan macam lala yang pernah Fiza tahu sebelum ni. Yang Fiza tahu lala warna putih tapi yang husband beli ni tak tahu lala spesis mana. Kulit dia kelabu tak macam putih yang Fiza tahu. Tapi ada juga yang putih cuma kulit dia corak lain. Yang pasti kat label tag tu tulis lala. Baik, mari kita belajar masak kejap. 


Bahan-bahan
Lala
4 ulas bawang putih *ditumbuk
2 biji bawang merah kecil * ditumbuk
2 sudu besar cili kisar ( Cili kering super hot)
2 batang serai * dititik
1 sudu gula
1 sudu kecil garam bukit
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar minyak masak

Cara Masak
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk ( bawang putih dan bawang merah) beserta serai.
2. Dah naik bau dan garing sikit, masukkan cili kisar dan kacau rata
3. Agak garing sikit masukkan sos cili, gula dan garam.
3. Akhir sekali masukkan lala yang dah dicuci bersih dan gaul rata. Kemudian tutup dengan penutup periuk. Tanda-tanda dia dah masak, kulit dia akan terbuka. Tak perlu tambah air. Bila semua dah terbuka tandanya dah masak lah tu.

Ada orang suka letak halia, tapi husband tak suka makan halia. Jadi, tak letaklah. Kalau nak betul-betul pedas memang kena guna cili kering super hot yang kau orang boleh dapatkan kat supermarket Giant. Cili kisar tu kau orang siap-siapkan lah dulu. Buang biji, rebus dengan bawang putih. Toskan dan blend dengan sedikit air dan minyak masak. Simpan dalam bekas letak dalam peti ais. Senang masa nak memasak tinggal ambil je. Okay, mudah je resepi lala goreng pedas campak-campak cara Fiza. Alhamdulillah craving satisfied.

With Love, Sihatimerahjambu

7 comments

  1. sedapnya lala. minggu lepas baru beli. mak buat sup ^^

    ReplyDelete
  2. sedapnya lala... kat JB jarang dapat jumpa lala ni... nak pulak yg fresh fresh...

    ReplyDelete
  3. sedap nih, lala mmg sesuai sgt tumis mcm ni kan...

    ReplyDelete
  4. wah sedap ni boleh try. cuma Qekra tak makan lala, kepah, kupang tu bagai. sebab alergic. tapi kerang ok. biasa masak lala utk budak2 sbb diaorang suka.

    ReplyDelete
  5. lala..ni bila tah last shida mkn..rasanya lama dah sebelum dapat alergik..lepas tu xmkn dah..rasanya dah 3tahun xmkn..Lala sedap! teringat plak mak masakan dulu..hahaa

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.