Makanan Western Murah di Restoran Pitch & Chip, Paroi Seremban

Wednesday, February 21, 2018

Sepi dua hari tak update blog. Kemanakah momentum rajin yang dulu-dulu tu Puan Fiza? Mood blog makin parah dah ni. Nak update, tak tahu nak update apa? Masa nak update beria dan ada mood, sibuk pula takde masa. Ada je halangannnya. Lagi satu, kalau update blog earnings adsense macam tak naik mana pun. Tapi kalau tak update, elok je maintain setiap hari. Susah juga ya nak update artikel yang berkualiti yang selalu orang cari.

Tapi tapi tapi, kalau makanan sedap sentiasa orang cari walau dimana jua berada. Betul tak? Kalau pergi mana-mana mesti nak cuba rasa makanan yang sedap. Lagi-lagi yang viral. Kalau kau orang tersinggah di Paroi, silalah cuba rasa masakan western di Restoran Pitch & Chip berdekatan dengan Komples Sukan Paroi.

Sejak menetap di Seremban ni lagi husband dah bawa makan di Restoran Pitch & Chip. Pernah jugalah kedai ni tutup buat sementara waktu mungkin disebabkan persaingan kedai makan yang baru bukak. So, mungkin mengalami kerugiaan seketika. Tapi sekarang dah buka balik dan baru-baru pergi makan dengan husband kat situ.

MENU WESTERN RM9 SAHAJA!

Macam biasalah, Fiza mesti order Fish & Chips dan husband order chicken Chop. Portion hidangan macam standard hidangan dan harganya RM9 sepinggan. Ye, sepinggan! Kalau ikut harga standard menu western, harga lebih kurang dalam RM11 dan ke atas. Tapi yang ni kira murah sebab bawah RM10.


Husband order air milo dinosour. Harga dia RM5 kalau tak silap. Memang okaylah sebab ada aiskrim dan choco roll stick tu. Kira berbaloilah orang kata. So total makan berdua untuk dua hidangan western dan dua gelas air RM23 macam tu lah. Itupun sebab order air milo dinosour tu. Kalau tak, bawah RM20 je.


Walaupun kedai ni dah lama, tak hipster dan cuma restaurant biasa tapi berbaloilah melabur duit kat sini dapat makanan sedap dan murah. Nak datang sini gunakan waze je gerenti sampai di restaurant ni. Selain western food, ada juga makanan yang lain dan sebelah kedai tu pun ada menjual satay. Agak-agak teringin tu, boleh mencuba rasa.

Restoran Pitch & Chip, Paroi Seremban
Golf Height, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

With Love,
image

10 comments

  1. Next time ke Paroi, leh cuba ni. Air milo dinosaur dia nampak mengancam habis.

    ReplyDelete
  2. OMG!!! LeYa orang Nismilan pun tak sompek nyinggah lagi ni.. Haha.. Okay balik kampung dah boleh nyinggah ni.. Yummy! Sedapnye..

    ReplyDelete
  3. tak pernah cuba lagi, boleh cuba try test bila balik seremban nanti :D

    ReplyDelete
  4. aduhai...
    org tgh diet mcnie boleh tergoda ni...huhu

    ReplyDelete
  5. bila gaknya nak sampai ke sini...tapi tengok milo dinasor tu...

    ReplyDelete
  6. arghh dapnya.. busyra suka sngt western food. tambah2 lagi kalau chicken chop!

    ReplyDelete
  7. perghhh
    air dia melimpah2 nampak sedap pula dah

    ReplyDelete
  8. sejak tak kerja seremban dah tak tau tempat makan best2 dah. ni kat jalan nak masuk paroi jaya tu kan..

    ReplyDelete
  9. nampak menyelerakan la fiza.. pehh dapnyaa

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

LATEST PHOTOS ON INSTAGRAM @azhafizah.mdnor

All rights reserved Blog Sihatimerahjambu