Husband Hadiahkan Oven. Motif?

Wednesday, February 14, 2018

Kalau ditanya tentang nak hadiah apa untuk birthday mesti rasa macam perlu ambil masa lama untuk fikirkan hadiah yang terpaling kita nak. Betul tak? Melainkan kalau dah set siap-siap dalam kepala nak hadiah apa. Orang tersayang kita pula mesti tengah runsing memikirkan hadiah apa yang patut di berikan kita. Salah bagi hadiah, silap haribulan muncung tu boleh sangkut penyangkut baju.

Tahun ni Fiza tak request apa-apa hadiah daripada husband walaupun ikutkan macam-macam nak sebenarnya. Lebih tepat lagi tak tahu nak apa sebenarnya sebab terlampau banyak nak. Haha.. Of courselah jadi tamak di hari istimewa ni. Bajet macam boleh dapat. Daripada dikecewakan, lebih baik kita serahkan pada husband nak bagi hadiah apa. Biar dia je fikir. Surprise kan lagi menarik gitu.

Tepat pukul 12 husband wish birthday dan katanya nak ambil hadiah dalam kereta. Rupanya dia sorok hadiah dalam kereta. Ingatkan hadiah dia selit kat dalam bag sebab biasa bagi hadiah dalam kotak yang boleh disorokkan. Tapi tahun ni dia bagi hadiah kotak gedabak besar yang dalamnya Electric Oven. 

Warna kotak seiring dengan sihatimerahjambu.
Sebenarnya ada je Oven kat rumah ni cuma kecil. Dapat yang besar ni terus terfikir nak buat macam-macam. Nak buat kek, muffin, brownies, roti dan macam-macam lagilah. Haa, itulah motif sebenar husband hadiahkan isteri dia Oven. Nampaknya kena ada kerajinan lebih lah nak buat semua tu. Tak guna ada kemudahan kalau tak gunakan. 



Thank you husband! Lepas ni misi mencari resepi menu bakar membakar menggunakan oven. Dah boleh fikirkan juga cuba buat cookies untuk raya sebab dah ada oven besar. Hadiah yang boleh digunakan hari-hari dan sangat-sangat berbaloi. Ini yang bertambah rajin nak membakar macam-macam. So, untuk para suami kalau dah kurang idea tu nak bagi hadiah apa, silalah bagi hadiah untuk memudahkan kerja memasak seorang isteri. Gerenti isteri suka.

with love,
Sihatimerahjambu

19 comments

  1. wahhh! akak pun suka kalau dapat hadiah oven dari suami hehe

    ReplyDelete
  2. Memang terbaik ni...motivasi untuk isteri...hehe...

    ReplyDelete
  3. mesti dia suruh masak sedap² kan..maknanya dia tau bini dia suka memasak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak. nanti senang dia nak order masak macam-macam.

      Delete
  4. Wah syoknya nampaknya raya ne penuh meja dengan homemade cookies

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah..moga diberikan kerajinan yang melampau.

      Delete
  5. wah bestnya. kalau Qekra dapat suka ni haha.
    boleh lah lps ni carik menu2 yg bakar.

    ReplyDelete
  6. wahh bestnyer,... tu maksudnya pasni kene masak sedap2 guna oven tu..ekekek

    kite aritu incek hubby tanye jgk nak adiah ape..tp tu laa..x tau nak adiah ape..kang sebut2 cam melampau plak permintaannya..last2 incek hubby kasik anggaran rega..terus laju ckp nak cermin solekkkkkkkkkkkk hahaha.. sbb selama 12 thn kawin ni,. x pernah ada meja solek..brg2 mekap semua longgok dlm bakul kt rak biasa tu jer..ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..seronok dapat hadiah yang kita xsangka dapat kan. tumpang seronok juga awak dapat cermin solek tu.

      Delete
  7. memang best dapat oven besar.. kalo rajin lagi syiok. boleh panggang ayam sekali kan..

    ReplyDelete
  8. wauuu bestnya akak.. oven mcm2 boleh masakk..

    ReplyDelete
  9. Yeah!! Mesti lagi seronok sis membakingkan..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

LATEST PHOTOS ON INSTAGRAM @azhafizah.mdnor

All rights reserved Blog Sihatimerahjambu