4 Design Pelamin Simple Dan Cantik

Saturday, September 23, 2017

Dekat nak hujung tahun ni dan musim cuti sekolah nanti mesti banyak kenduri kahwin sana sini. Bakal pengantin pun dah mula sibuk buat persiapan kahwin beberapa bulan je lagi. Ada yang masih tercari-cari design pelamin ke? Fiza nak kongsikan 4 design pelamin yang simple dan cantik sebagai idea untuk bakal pengantin yang sukakan tema dan dekorasi pelamin simple untuk hari bahagia mereka.

Untuk design pelamin yang simple kebiasaannya menggunakan warna putih sebagai warna utama dan di gabungkan dengan beberapa elemen dekorasi yang lain untuk menyerlah seri pelamin. Kalau kau orang yang jenis kreatif, boleh lah mendekorasi pelamin simple sendiri. Segala dekorasi boleh sewa dan jimat.

1. Kain Latar Putih dan Bunga Segar

Berlatar belakang kan kain putih dan buat sedikit rantaian kain ini pun dah cukup cantik. Di tepi pelamin letakkan bunga segar untuk menaikkan aroma wangi atas pelamin. Pelamin macam ni sesuai untuk ruang yang besar dan sangat sesuai untuk bergambar ramai-ramai. Bila bergambar ramai-ramai semua elemen nampak dalam gambar dan tidak tertutup dengan mereka yang ada dalam gambar.

4 Design Pelamin Simple Dan Cantik

2. Kain Latar Putih Dan Dedaun

Dengan berlatar belakang kan kain putih, kemudian rantaian kain di sangkut pada kayu atau buluh sangat memberikan kelainan pada pelamin kau orang. Tambah pula letak dedaun tu. Nampak seperti pelamin dalam taman. Walaupun menggunakan artificial daun, pelamin tetap kelihatan segar. Kalau ruang sempit, mungkin sesuai buat pelamin macam ni.

4 Design Pelamin Simple Dan Cantik

3. Latar Kain Putih Dan Bungaan

Masih menggunakan idea yang sama maca dekorasi dedaun di atas. Cuma tukar kan idea letakkan daun kepada bungaan kecil yang cantik. Nampak ringkas tapi masih cantik! Boleh di sesuaikan untuk ruang yang kecil.

4 Design Pelamin Simple Dan Cantik

4. Latar Kain Putih, Juraian Bunga dan Flower Stand 

Untuk lebih nampak pelamin lebih menyerlah, gunakan juraian bunga dan flower stand kaca untuk lebih ekslusif. Gabungkan elemen dekorasi yang bewarna gold di padankan dengan warna putih. Mesti nampak lebih wow!

4 Design Pelamin Simple Dan Cantik
Kredit foto : Cempedak Cheese

Antara 4 design pelamin simple dan cantik ni, mana satu pilihan kau orang? Kalau Fiza, pilih nombor 1 ! Tengok pelamin macam ni, terasa macam nak bersaning sekali dengan suami. Zaman sekarang ni dah berbalik semua kepada trend pelamin simple. Perasan tak? 

Lagipun pelamin simple ni bajetnya tidak lah begitu banyak sebab dekorasi yang di gunakan pun tak sarat! Untung sangat kalau kreatif boleh dekorasi pelamin sendiri. Secara tak lansung boleh elakkan daripada di ditipu oleh mereka yang menjanjikan pelamin yang cantik tapi bila tiba persandingan tengok pelamin macam reban ayam. Mesti sangat sedih dan kecewa. 

Takde seorang pun bakal pengantin nak benda yang buruk berlaku dalam majlis mereka. Of course lah nak semuanya berjalan dengan lancar kan. Jadi, pilihlah yang terbaik untuk majlis masing-masing dan tengok-tengok bajet sendiri dulu bukan tengok bajet orang.

Masa Fiza kahwin dulu, trend pelamin english frame ni lah. Bila tengok rasa macam nak tukar pelamin pulak.


With Love,
image

4 comments

  1. suka tgk pelamin dari butik pengantin setia, mmg cantik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang-kadang rambang mata nak memilih mana satu kan..hihi

      Delete
  2. Suka pelamin macam ni.. Simple but looks elegant

    ReplyDelete

LATEST PHOTOS ON INSTAGRAM

All rights reserved Blog Sihatimerahjambu