Workspace Sihatimerahjambu Bertukar Lagi

Monday, July 17, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Mood selepas raya agak lemau sikit. Err...sikit? Banyak lemau kot. Entah kenapa mood kelaut sangat lepas raya ni. Shuuhh..tolonglah pergi jauh-jauh encik lemau oiii. Makanya, kita tukar mood baru workspace dengan harapan lebih ada mood nak buat kerja. Memandangkan kerja design semua dah siap dapatlah ruang masa untuk workspace bertukar lagi. Workspace masih di tempat yang sama. Cuma ada beberapa yang bertukar kepada yang baru. 

Table Tops & Legs

Meja Fiza tukar kepada yang baru. Daripada meja office permukaan warna kelabu terang kepada table top warna dark brown corak kayu bersaiz 150cm panjang dan lebar 75cm. Lebar 15cm daripada meja sebelum ni. Pilih meja yang lebar sebab ada ruang lebih sikit lepas letak high unit rack yang juga warna black brown. Nampak match dah dengan meja baru. Meja disesuaikan dengan jenis trestle. Nampak ruang bawah meja. Memudahkan kerja pembersihan membuang habuk cuma buat masa ni agak serabut dengan wayar. Kes lupa nak beli cable management sekali. Next time baru settlekan bab wayar serabut ni.


Office Chair

Salah satu faktor kena beli kerusi baru sebab office chair hitam husband yang lama dah patah bahagian sandar tu. Jadi, beli office chair yang comel putih tu untuk Fiza. Sesuailah untuk orang comel-comel macam Fiza kan. Office chair Fiza warna biru turqoise tu dah pindah milik jadi husband punya. 


Kedudukan CPU dan Komputer Lama

Disebabkan meja ni ada ruang yang terbuka pada bahagian bawah. Jadi, decide letak CPU di bawah je. Sebelum ni letak atas meja kecil sebelah kiri. Boleh jimat ruang juga letak di bawah. Tak sesuai letak atas meja sebab nampak serabut tak menambahkan berat meja je. Komputer lama simpan dulu sebab belum sempat service lagi. Dah betulkan nanti fikirkan mana nak letak.

Selamat tinggal mood workspace yang lama.
Fuhh..ambil masa juga nak bertukar mood baru ni. Kalau perasan lebih bertukar meja dan office chair baru ruang nampak lebih luas walaupun lebar meja tu lebih besar dari yang asal. Warna hitam memberikan efek slim juga pada perabot disebabkan warna dinding dan warna lantai lebih terang. Agaknya lah. Tak pandai bab interior design ni. Buat dekorasi carca merba je asal sedap mata memandang je. Dah siap semua nampaklah tema hitam putih bergabung dengan warna soft teal. Bila dah bertukar baru, harap mood kerja bertukar jadi rangup pula ye. Tak payah nak lemau sangat dah.

By the way, meja lama tu Fiza nak jual dengan harga RM50. Boleh self pick di Seremban. Siapa cepat dia dapat. Meja saiz lebih kurang 150cmx70cm. 
10 comments on "Workspace Sihatimerahjambu Bertukar Lagi"
  1. Meja orang perempuan kan, nampak kemas je... hihi...

    ReplyDelete
  2. Berangan juga nak ada work space mcm ni

    ReplyDelete
  3. Bestnya ada workspace sendiri =)

    ReplyDelete
  4. murahnya meja..kalau dekat dah beli..teringin jugak nak buat workspace untuk blog..tapi tak terbuat lagi

    ReplyDelete
  5. bila psekitaran tmpt kita buta kerja tu slesa, insyallah kualiti kerja pun dpt dibaiki kan =)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan.

Auto Post Signature

Auto Post  Signature