Resepi | Nasi Goreng Sardin

Friday, September 13, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Nasi goreng, menu paling mudah dan cepat disediakan. Kalau pening nak masak apa, masak nasi goreng je senang tak perlu nak fikir nak masak apa. Tapi kalau nasi goreng biasa setiap hari macam jemu juga tekak ni kan. Sesekali tu kena ubah citarasa sikit. Macam Fiza suka dengan nasi goreng sardin. Seminggu menu nasi goreng sardin untuk breakfast dan lunch pun takpe. Tapi malam kena menu lain pula. Kalau seminggu pagi petang malam hadap nasi goreng sardin jadi jemu nanti. Cukup menu untuk breakfast dan lunch je.


Biasa Fiza beli sardin tin sederhana besar. Dalam dia kadang ada 4 ekor sardin dan kadang ada 5 ekor sardin. Kalau ada 5 ekor tu cukuplah untuk 5 hari menu nasi goreng sardin. Sebab apa masak nasi goreng sebab mudah kerja nak sediakan menu breakfast merangkap bekalan kerja untuk suami. Sebab suami pun lebih suka bekal yang simple je, senang nak makan katanya dan juga tak nak menyusahkan isteri nak menyediakan lauk pauk bagai. 

Alhamdulillah. Jadi lebih mudah suami jenis tak cerewet. Dah boleh jimat masa, jimat belanja dan jimat tenaga kat situ. Okay berbalik kepada sardin tu. Fiza keluarkan dan asingkan seekor-seekor dalam bekas tupperware kecil dan simpan dalam peti ais. Sos sardin tu bahagikan sama rata dalam setiap bekas sardin yang diasingkan. Bila nak masak ambil satu bekas je. Kiranya sekali masak, seekor sardin lah macam tu. Janji ada rasa sardin sebab kalau letak seekor pun rasa sardin tu taklah kuat sangat. 

Resepi Nasi Goreng Sardin Masak Cara Fiza


Bahan-bahan
Nasi ( Biasa masak 1 1/2 cup untuk 4 hidangan)
Cili Api
4 biji bawang merah rose (kalau bawang besar guna separuh cukup dah)
2 ulas bawang putih
Ikan bilis sikit je cukup
4 sudu minyak masak
garam suku camca je
1 ekor sardin bersama sos sardin sikit
1 biji telur

Cara  Masak
1. Blend  cili api, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis. Nak lagi sedap, tumbuk guna lesung batu tumbuk kasar je.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan blend sampai naik bau dan sedikit garing. 
3. Kemudian masukkan sardin bersama sos sardin. Hancur-hancurkan isi sardin tu ye. Kalau nak hancur-hancur kan sebelum masuk dalam kuali pun boleh. Biar masak kejap.
4. Pecahkan telur dan kacau.
5. Masukkan garam dan kacau rata. Akhir sekali baru masukkan nasi dan kacau lah sampai semua bahan tumis mesra dengan nasi tu. Siap!

Sama je masak macam nasi goreng biasa cuma tambah sardin tu je lah. Sesekali ubah rasa sikit. Kalau tak nak sardin, nak rasa ikan yang mild je guna tuna flakes tu. Tambah dengan salted egg lagilah sedap. Tak perlu tambah garam dah sebab dah masin. Sumpah sedap! Cubalah kalau nak rasa. Ini resepi untuk orang yang makan sardin je. Yang tak makan sardin mesti cakap tak sedap punya. Kan!

Yang pening nak masak apa untuk breakfast atau sediakan bekal hari hari tu bolehlah cuba menu nasi goreng sardin ni ha. Mudah, cepat dan sedap! 

With Love, Sihatimerahjambu

24 comments

  1. akak rajin jgk msk nasi goreng sardin kalau kebetulan ada masak sardin, kdg selain bt nasi goreng... akak suka jugak bt makaroni goreng sardin... sedap jugak tau

    ReplyDelete
  2. Akak suka buat nasi goreng sardin..memang sedap...

    ReplyDelete
  3. tak pernah lagi nak masak nasi goreng sardin nie.. lepas nie boleh cuba masak ..

    ReplyDelete
  4. sedap ni.. macam mau makan sardin terus hehe

    ReplyDelete
  5. Nampak menggiurkan, macam nasik goreng ikan bilis yang mak masak..

    ReplyDelete
  6. Alahai sedapnya nasi goreng sardin :D
    thank you share resepi

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.