Segamat District, Johor, Malaysia

Kebun Lalang Pun Cantik Untuk Photoshoot

Wednesday, September 11, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Sumpah lawa bila tengok gambar orang kampung ambil gambar kat kebun lalang ni. Memang cantiklah dan sesuai untuk photography. Siapalah founder yang jumpa kebun lalang yang cantik ni. Walaupun hanya sekadar lalang tapi kalau tengok hasilnya. Masya-Allah. Indahnya kejadian alam ciptaan Allah. Salah satu hidden gem lah kalau tengah tumbuh lalang.

Gambar asal sebelum edit

Gambar atas tu belum edit lagi. Tapi kalau dah edit dengan menggunakan preset lightroom, lagilah bertambah cantik hasil gambar tu. Kau orang boleh dapatkan preset lightroom percuma je download online je.


Kalau nak gambar lagi cantik, lighting memang kena on pointlah. Natural light tu nampak gambar tu lagi terang jelas dan cantik. Itu kalau pakai smartphone. Kalau pakai DSLR tu kena tanya professional photographer sebab Fiza tak arif lah bab setting DLSR tu. Guna smartphone dan gopro je tahu. Tahu snap je. Bab setting sila jangan tanya.

Dah ambil gambar elok-elok tu lepas tu edit je guna lightroom. Nak cerah ke nak gelap ke nak tema orange teal ke ikut suka. Downloadlah banyak-banyak preset selagi muat. Tapi paling penting, lighting tu lah. Fiza suka ambil gambar tengah panas tapi cuaca panas kadang spoil mood juga sebab kena berpanas. 



Satu lagi gambar yang Fiza suka. Permandangan sangat cantik. Entah siapa punya kebun tak pastilah. Tapi Fiza ambil gambar ni tepi jalan je tak masuk dalam semak lalang tu pun. Tapi dalam gambar macam acah-acah dalam semak lalang kononnya. Suka tengok photography yang berlatar belakangkan alam semulajadi.

Lalang liar macam ni kat mana-mana ada kan. Kalau dia tumbuh rimbun banyak macam sepadang macam ni memang cantik untuk ambil gambar. Pantang jumpa tempat cantik mesti nak ambil gambar juga. 

With Love, Sihatimerahjambu

12 comments

  1. kalau dah mata tu tajam kata orang kat manapun cantik...

    ReplyDelete
  2. memang lawa, feeling je nak bergambar kat tempat2 gini

    ReplyDelete
  3. bila gambar cantik org dah x nmpk / anggap pun yg tu lalang hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari biasa biasa jadi wow sangat kan bila dalam gambar. view tu memainkan peranan

      Delete
  4. curlasss lawa. bagi 'mata' seorang jurugambar, semakin berserak semakin lawa. bagi 'mata' manusia biasa, ia cuma semak samun yang tak membawa untung. tapi serious suka tengok gambar ni. lawa. eiditng nya pun just nice

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang view macam ni orang anggap lalang biasa je kan. tapi dalam gambar bukan biasa biasa lalang ni.

      Delete
  5. subhanallah...cantik...macam kat luar negara bila da edit

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.