Sambal Ikan Bilis Goreng Petai

Sambal Ikan Bilis Goreng Petai salah satu menu hidangan lauk kampung yang sedap menambah selera makan. Kalau orang kampung, ada lauk sambal ikan bilis goreng petai ni takde lauk lain pun takpe! Kalau orang bandar mungkin tak biasa atau yang dah terjebak mesti dapat rasa kesedapan lauk sambal ikan bilis goreng bersama petai ni. Kalau takde petai pun masih sedap makan sambal pedas-pedas.

Kalau kau orang sejenis yang tak suka pedas, of courselah tak suka dengan lauk macam ni. Betul tak? Entah-entah pandang pun tak! Sejenis yang suka sambal, kalau nampak lauk ni terus rasa selera nak makan. Makan pun boleh bertambah nasi tau! Betul tak peminat sambal sekalian? Jenis Fiza kalau nak cepat masak, masak je sambal ikan bilis goreng. Kebetulan ada petai, kita tambah kan je petai. Nak resepi sambal ikan bilis goreng petai, sila tengok kat bawah ni masak cara Fiza.


Bahan-Bahan
2 Genggam Ikan Bilis
3 Papan Petai
2 Biji bawang Besar@ 5 biji bawang merah kecil
1 Genggam Cili Api
2 Keping asam keping
Minyak Masak
Garam secukup rasa
Sedikit air


Cara Masak Sambal Ikan Bilis Goreng Petai
1. Petai dikeluarkan dan dipotong dua, basuh dan toskan.
2. Tumbuk/Blend bawang dan cili api
3. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sampai garing. Setelah garing angkat dan ketepikan dahulu.
4. Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang dan cili api. Masak sampai garing. Setelah agak kering masukkan air sedikit atau kalau taknak letak air pun boleh.
5. Masukkan garam dan asam keping. Kemudian masukkan petai.
6. Setelah kacau rata, akhir sekali baru masukkan ikan bilis yang telah siap digoreng. Kacau rata sekali lagi dan tutup api. Siap!

Kalau kau orang sejenis yang biasa masak sambal ikan bilis goreng tu. Sama je kaedahnya cuma bezanya tambah petai je. Ada orang suka masak petai masuk awal dan masak habis. Macam Fiza suka masukkan masa hujung hujung nak siap dan masak sekejap je petai tu barulah rangup masa makan. Lain orang lain citarasanya kan. 
with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. baru jer lps makn..dah lapar balik buka entry ni..haha

    ReplyDelete
  2. Bahaya lauk ni...dapat sambal ikan bilis ni ngan telur dadar..memang 2-3 kali la menambah...

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap.
    Tapi petainya saya tak makan.

    ReplyDelete
  4. betul...ada yg suka petai jd lembik and kecut. Tp kalu masuk petai last2, masih rangup.

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaa! Makan dengan nasi panas panas ni memang layan.

    ReplyDelete
  6. uih..sedapnya sambal ikan bilis petai ni..lama gak dok nak cari petai,tapi tak jugak membelinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. petai memang susah nak jumpa. sekali dapat memang buat sambal lah

      Delete
  7. menu fav ni, kalau makan nasi panas-panas memang bertambah makannya

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. sedap sangat sambal ikan bilis goreng petai ni

      Delete
  9. makan ngn nasi panas2 fuhhh meletop la ni...

    ReplyDelete
  10. huwaaaa, ni kalau joran sebelah rumah masak tak bagi memang nangis ni hehe. feveret Qekra ni fizah ;)

    ReplyDelete
  11. sedapnya fiza.. mertua lalu pun tak perasan

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.