Fesyen Baju Raya Terkini 2018

Friday, June 08, 2018

Lagi beberapa hari lagi nak raya wei! Baju raya macam ada tak ada je ni. Orang lain dah siap awal dah semua persiapan. Kita juga yang last minit baru nak siap. Gelabah tetiba bila lagi seminggu je lagi nak raya dan bermulalah pening dok fikir pasal persiapan untuk hari raya. Paling penting baju raya kena ada! Orang kata hari raya lebih bermakna dengan adanya baju raya baru. Tapi tak juga sebab setiap orang lain suasana raya masing-masing.

Apa fesyen baju raya terkini 2018 ye? Apa trend fesyen baju raya tahun 2018 ni ye? Apa yang Fiza nampak trend baju raya yang lalu lalang dalam instagram lebih kepada minimalist style dan klasik sama macam tahun lepas juga seperti baju kurung kedah, baju kebaya, baju kebarung, baju kurung pahang dan sewaktu dengannya. Kebanyakkannya kurung kedah dan kebarung. Baju kurung moden of courselah masih lagi carta terunggul setiap tahun.

Baju Kurung Kedah Batik
Baju kurung kedah yang berkonsepkan minimalist memang sesuai dipakai sepanjang zaman. Menggunakan kain batik menggantikan kain warna polos yang biasa kita nampak tu membuatkan baju kurung kedah nampak lebih menarik dan lebih tradisional. Dengan padanan kain batik selisih memang padan sangat dan ayu je pakai masa hari raya. Selain hari raya sesuai juga pakai ke pejabat. Tak rugi lah beli sebab bukan untuk dipakai di hari raya je. 

Kredit : www.instagram.com/linenbyjueqhayla

Dari pandangan mata Fiza, kalau pakai baju kurung kedah ni sangat sesuai dengan kain lipat selisih depan seperti tradisional. Tapi bila dah berlaku peredaran era fesyen ni ada yang dipadankan dengan kain kipas susun depan, kain duyung, kain lipat terbelah dan kain susun belakang. Pada pandangan korang mana yang lagi cantik?

Baju Kebaya Batik
Kain batik agak popular untuk raya tahun ni. Kain batik bukan je sesuai untuk kurung kedah, cantik juga buat sepasang kebaya batik yang cantik dipakai di hari raya. Potongan kebaya tu sedikit loose dan lebih selesa dipakai. Kalau tak, sebut baju kebaya je mesti dah terfikir kebaya ketat-ketat dan lace kan. Betul tak? So nampak fresh fesyen baju kebaya batik ni. 
Kredit : www.instagram.com/jueqhayla_collections
Baju Kurung Kedah Plain
Fesyen baju kurung kedah tetap masih trend setiap tahun. Walaupun konsep baju kurung kedah ni macam terlalu ringkas tapi cantik dan sedap mata memandang. Pakai pun sangat selesa sebab loose. Nampak lebih sopan dan ayu di pagi raya gitu. Cewahhh!

Kredit :www.instagram.com/inhannashop

Kredit :www.instagram.com/houseofolsha

Baju Kurung Brocade
Sebut je kain brocade, terus terbayang kemewahan kain brocade tu. Kain brocade ni kain jenis mahal. Kenapa mahal? Sebab brocade jenis kain tenunan menggunakan benang emas dan perak membuatkan fabrik tu nampak timbul dan memang wow lah kalau kau orang tengok sendiri depan mata. Jadi, jangan hairan sangatlah kenapa harga sepasang kurung brocade tu sangat mahal. Selain kurung moden, kurung pahang brocade pun cantik juga. Kalau tengok harga macam mampu tengok je la.


Kredit : Shawl Publika
Mana satu pilihan kau orang di pagi raya nanti? Pilihan Fiza berkonsepkan minimalist je la. Tak suka sangat yang sarat dengan  accesories pada baju. Keselesaan diutamakan sebab nak menghadap raya seharian pakai baju raya tu kan dan biarlah sesuai dengan cuaca di Malaysia ni ha. Sepasang dua pasang baju raya cukuplah. Janji ada baju raya. Memikirkan baju raya yang semakin mahal ni walaupun konsep minimalist jadi terbantut nak beli baju raya mahal-mahal. Bajet lepas raya tu lebih penting kan. Tepuk poket sendiri lah.


With Love,
image

8 comments

  1. kan... yg penting selesa sbb nnt lbh byk masa kat dapur jg. hahahahaa

    ReplyDelete
  2. cantik kan fesyen tahun nie kembali ke fesyen lama2

    ReplyDelete
  3. Suka betul LZ tengok baju Kedah polos, nampak sweet. Apa pun baju traditional tetap cantik dipandang.

    ReplyDelete
  4. Qekra suka yg simple2 jer. yang sarat2 renda bagai tu i is cannot hehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

LATEST PHOTOS ON INSTAGRAM @azhafizah.mdnor

All rights reserved Blog Sihatimerahjambu