Resepi Kek Coklat Superb Moist Mudah Je

Macam dah lama je tak buat kek coklat. Asyik kek pisang kek pisang dan kek pisang je kan. Bila stok pisang ada memang buat kek pisang. Kalau ada stok pisang muda buat kerepek pisang. Tiba-tiba buat kek coklat sebab teringin. Kalau buat kek coklat Fiza lebih suka yang jenis moist, tak perlu nak buat topping. Cukup sekadar tekak ni rasa kek coklat moist yang sedap. Nak buat pun mudah je.

Fiza ikut resepi yang guna sukatan cawan. Senang kerja menyukat dan resepi ni untuk kek moist ala  Kek Coklat Anis Choc Moist tu. Memang super moist, tak perlu add topping pun takpe sebab dah sedap walaupun tanpa topping. Tak percaya? Kau orang kena cuba resepi yang Fiza kongsikan ni. Memang simpan siap-siap dalam buku resepi.


Bahan A
1 Cawan Air Panas
1 Cawan Minyak Masak
1 Cawan Susu Pekat
1 Cawan Gula
1 Cawan Serbuk Coklat * Guna cocoa powder Hershey's super sedap!
1 biji Telur
Secubit Garam

Bahan B
1 Cawan Tepung Penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 Sudu teh baking powder
*Satukan semua bahan B dan ayak.
Boleh gunakan tepung gandum kalau takde tepun penaik. Fiza guna tepung penaik sebab stok masih ada kat rumah.

Cara Buat Kek Coklat Moist
1. Dalam satu bekas, pukul 2 biji telur sampai kembang dan ketepikan.
2. Dalam bekas lain, satukan semua bahan A dan kacau rata. Kemudian masukkan telur yang dipukul kembang tadi.
3. Bila dah sebati, masukkan sedikit demi sedikit bahan B ke dalam bahan A yang di kacau rata tadi. Kacau rata kemudian masukkan ke dalam bekas untuk membakar.

Nak memudahkan kerja, Fiza guna bekas aluminium foil tu. Tak perlu alas paper atau sapukan butter. Dia memang tidak akan melekat dan boleh dapat 2 biji kek. Fiza bakar selama 45-50 minit pada suhu 160°C.

Sedia untuk di bakar
Dalam proses pembakaran, dah nak siap dah.
Bila oven dah berbunyi ting tu tandanya kek dah siap masak. Eh, tapi belum tahu lagi dah masak ke belum. Nak tahu dah masak ke belum, senang je. Cucukan lidi di tengah kek, kalau takde kek melekat pada lidi tu tandanya kek tu dah masak. Bila dah masak, biarkan kek tu sejuk dulu. Jangan terus potong dan makan. 

Kalau terus potong kek tu akan berderai sebab kek ni kek moist. Sebaiknya makan guna sudu dalam bekas. Tapi boleh je kalau nak potong, kena tunggu sejuk lah. Baru cantik potong tu dan lebih sedap rasanya. 

Nampak tak kelembapan kek coklat ni. Sedap!


with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. yes. setuju. guna bekas aluminium tu memang genius.
    aida pun skang guna tu.
    malas nak guna bekas kek. lagipun buat skit skit.
    anak2 bukan nye pemakan kek sgt tau.

    ReplyDelete
  2. petang ni nak buat hahaha.sian farid kempunan

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.