Mee Maggi Pedas Giler Memang Umpph!

Friday, July 13, 2018

Okay kita cerita pasal makanan lagi. Aci tak? Aci tak aci nak cerita juga sebab benda ramai yang buat maggi pedas giler challenge. Fiza pun turut terjebak walaupun macam ketinggalan nak mencuba. Bukan apa, bila tengah viral memang sentiasa habislah maggi pedas giler ni. First time nak cuba beli di 7 Eleven dengan harga RM4.++.Bila dah jumpa memang terus beli lah. Stok pula tu tinggal satu je. Memang rezeki Fiza lah masa tu.


Apa perasan anda setelah mencuba Maggi Pedas Giler?

Pertama sekali memang excited nak mencuba. Rasa pedas tu dah terbayang macam pedas samyang korea tu. Tapi selepas rasa sesudu, rasa dia rasa pedas yang sedap berbanding samyang. Samyang tu pedas semata-mata tapi maggi pedas giler ni maggi yang pedas dan sedap dengan perisa ayam bakar ni. Terasalah rasa ayam tu. Kalau samyang pedas je lebih,r asa agak kelaut sikit. Kalau makan samyang tu Fiza campur dengan perendah mee sedap baru lah rasa.

Okay, berbalik kepada maggi pedas giler ayam bakar ni. Pertama kali mesti kau orang nak rasa lagi sebab sedap. Selepas beberapa sudu, terasa mulut ni terbakar dek kepedasan tu. Belum sampai setengah rasa nak surrender. Ambil masa juga Fiza nak habiskan satu mangkuk maggi pedas giler ni. Rasanya kalau makan jangan berhenti, terus makan sampai habis. Kalau berhenti memang terasa pedasnya tu sampai tak sanggup nak teruskan.


Walaupun sejenis yang suka pedas, tapi jujur memang tak tahan dengan maggi pedas giler ni. Berair air mata menahan pedasnya. Salute lah pada kau orang yang boleh tahan makan maggi pedas ni tanpa minum air. Kalau sahut cabaran, separuh je mampu. Selain rasa pedas dan sedap tu, penyediaan mee goreng pedas giler ni sangat mudah. Ikut je arahan pada penutup bungkus maggi tu.


Tak serik makan pedas tu Fiza beli lagi sebab sedap. Kebetulan masa husband shopping barang dapur di Family Store nampak harga RM2.++ lebih murah daripada yang beli sebelum ni, husband terus beli sampai dua bungkus. Dah murah kan? Haruslah beli lebih. Kau orang dah cuba belum?

with love,
Sihatimerahjambu

18 comments

  1. Nani hari tu makan yang tomyam punya, fuhh nak mengalir air mata. Hahah! Pedas kemain. Yang ayam bakar ni tak try lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tomyam tak try lagi sebab nampak ada ayam bakar je. Susah betul nak jumpa kat mall. laris teruk kan. makan tu memang menangis dibuatnya

      Delete
  2. pdas rasa macam nak penampar orang..cik nor makn yg tomyam..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tomyam okay lagi kak nor..yang ayam bakar tu superb pedas.

      Delete
  3. Ramai yg beli maggi pedas giler ni..rabia tak sanggup menahan pedas.so tgk saja lah

    ReplyDelete
  4. Dari aritu lagi nak cuba tak jumpa2. Nak cari lagi la nanti. Terinfin juga nak cuba hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang yg teringin tu susah nak jumpa..laris sangat kot

      Delete
  5. lama dah nak try tp asal cari xjumpa atau dah habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan..dapat beli pun kebetulan ada rezeki ni

      Delete
  6. Azwar dah cuba makan haritu, mampu suap sekali je. Pedas tak mau2.. huarghhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau orang tak tahan pedas memang takleh habiskan semangkuk tu.

      Delete
  7. dah lama tak makan meggi, pedas2 ni lagi laa takut nak makan.. hehe

    ReplyDelete
  8. try jugak cari tak jumpa kat kedai dkt rumah..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti orang dah jemu makan mesti senang nak jumpa stok kat mall.hihi

      Delete
  9. kawan jijah suka makan maggu pedas gila ni dgn ramen samyang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samyang tu tak best sangat.yang ni lagi best sesuai dengan tekak orang malaysia :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

LATEST PHOTOS ON INSTAGRAM @azhafizah.mdnor

All rights reserved Blog Sihatimerahjambu