Kempen Raya Bersama Traveloka

Friday, May 18, 2018

Baru berpuasa sehari dah nak sembang pasal raya ke? Sembang pasal raya, semua orang pun teruja nak bercerita. Kasut raya lah, kuih raya lah, baju raya lah dan semua berkaitan dengan raya. Tak ketinggalan tradisi balik kampung yang paling penting. Tak balik kampung tak raya lah kan. Dah plan ke nak balik kampung mana? Awal-awal ni lah nak merancang perjalanan untuk balik raya nanti. Yang kampung jauh-jauh tu lebih senang nak kapal terbang je. Cepat dan lebih murah dengan Traveloka.

TRAVELOKA? Mesti kau orang semua dah pernah atau dah biasa dengar tentang Traveloka. Sebut je Traveloka mesti kau orang terus terbayangkan percutian dan tambang tiket murah. Betul ke tidak? Satu Malaysia tahu yang Traveloka selalu menawarkan promosi-promosi percutian yang menjimatkan seperti yang di iklankan di TV dan media sosial. Ramai yang memilih Traveloka sebagai pilihan utama untuk tempah hotel dan tiket dengan harga jauh lebih murah berbanding yang lain. 


Nak tahu macamana nak dapatkan harga tiket penerbangan murah dengan Traveloka tak? Fiza akan kongsikan dengan kau orang semua dan baca sampai habis ye. Jangan skip! Lepas tu kau orang bolehlah merancang awal balik kampung atau bercuti dengan Traveloka di musim raya yang bakal tiba nanti. Boleh juga elakkan permasalahan jammed di jalan raya tu. Faham-faham je lah bila jammed musim perayaan ni. Perjalanan 1 jam boleh jadi berjam-jam lamanya nak sampai kampung. Jadilah pengguna yang bijak dengan rebut peluang gunakan Kempen Raya Bersama Traveloka ni dengan sebaiknya.

Apa Yang Menarik Dengan Kempen Raya Bersama Traveloka.

Untuk pengetahuan semua, Traveloka akan memberikan setiap pelanggan mereka tambahan 10% diskaun hotel dan penerbangan untuk semua laluan, semua destinasi dan semua tarikh perjalanan yang ada dalam kempen dengan menggunakan kod kupon Traveloka yang disediakan. Contohnya kalau masa promosi tu Traveloka bagi diskaun 50%, kau orang akan dapat tambahan 10% lagi jadi 60%. Lebih jimat bukan? 



Nak dapatkan kod kupon diskaun ni dinasihatkan orang ramai membuat tempahan awal disebabkan kod kupon ini sangat terhad. Sebelum tu, kau orang perlu melanggan newsletter Traveloka terlebih dahulu. Daftar segera newsletter Traveloka pada 20 Mei untuk rebut peluang dan berjimat dengan Kempen Raya Bersama Traveloka. Hanya pengguna yang berdaftar sahaja dapat kupon dan akses awal pada 21-22 Mei 2018. Kalau terlepas, jangan risau sebab kau orang boleh dapatkan kod kupon promosi melalui akses awam pada 23-29 Mei 2018 tapi lambat sikitlah daripada yang akses awal tu.

Istimewanya setiap pelanggan newsletter Traveloka yang berdaftar akan dapat akses awal 48jam di antara 21-22 Mei untuk setiap promosi kalau dafter sebelum 21 Mei pada jam 3 petang. Jadi, apa tunggu lagi? Daftar segera! Kemudian kau orang akan dapat kod kupon tersebut pada pagi 21 Mei dan boleh akses awal serta tahu awal promosi yang Traveloka tawarkan. Seronok ke tidak? Sudah tentu lah seronok bila ada diskaun. Boleh menjimatkan perbelanjaan kau orang masa hari raya nanti. Betul tak?

Nak Lebih Jimat? Gunakan Traveloka App!

Zaman sekarang setiap orang memiliki smartphone yang canggih. Jadi, jangan lupa untuk install Traveloka App dalam smartphone masing-masing sebab sangat menguntungkan kau orang sekiranya kau orang jenis yang suka travel sana-sini. Kalau yang jarang travel pun boleh install, boleh gunakan di masa akan datang. Mana lah tahu raya nanti nak melancong atau beraya dengan kapal terbang pula kan. Kalau dengan menaiki kapal terbang lagi menjimatkan. Mengapa tidak kita gunakan kemudahan yang lebih menjimatkan. Lagi-lagi dengan adanya Kempen Raya Bersama Traveloka. Lagi jimat!

Dengan menggunakan Traveloka App, kau orang akan dapat harga lebih rendah untuk hotel di app daripada laman web. Yang paling penting pengguna lebih mudah menguruskan tempahan on-the-go dengan mudah di mana jua berada. Semuanya dihujung jari je. Tak perlu dah bersusah payah nak akses website traveloka di komputer. Hanya dengan menggunakan Traveloka App je kau orang boleh tempah hotel dan penerbangan dengan mudah, jimat dan menjimatkan masa juga.  Jangan lambat-lambat install App sebab Traveloka sentiasa buat tawaran harga promo. Serius, tak tipu!


Semua kat atas tu kempen promosi terkini yang kau orang boleh grab sekarang. Sangat menguntungkan bila kau orang dah mendaftar dan langgan newsletter Traveloka. 

Daftar Dan Langgan Newsletter Sekarang!

Jadi, apa tunggu lagi? Daftar newsletter Traveloka segera sebab kau orang boleh dapat kod kupon awal dan akses awal. Kalau lambat nanti susahlah nak merancang percutian awal. Rugi kan? Jadi, cepat-cepat daftar dan rancang awal. Musim raya ni semua kena rancang awal. Kalau lambat, silap haribulan tak balik berayalah kau orang nanti. Jangan lupa sebarkan berita ni pada semua orang. Tekan button share di bawah artikel ni okay. Spread the news now!

With Love,
image

5 comments

  1. Menarik ni..boleh subscribe awal2 spaya x terlepas discount coupon nanti..tq sharing

    ReplyDelete
  2. mana kita nak terbang beraya ni eh...heheh

    ReplyDelete
  3. Nice to find affordable rates upon traveling.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

LATEST PHOTOS ON INSTAGRAM @azhafizah.mdnor

All rights reserved Blog Sihatimerahjambu