Seperti yang dirancang, saya pun buat jugalah sambal tumis ulam buah keladan sebab rasa dia macam jering. Masa makan ulam buah keladan tu terasa-rasa macam sedap kalau dibuat sambal tumis campur buah keladan ni. Seakan-akan sambal jering gitu.
Tambah sekali ikan bilis yang dibeli dari Pulau Pangkor haritu. Mesti sedap! Saya beli buah keladan ni di Pekan Sehari Temerloh dengan harga RM5 sebekas besar tau fu fah tu.

baca juga
Resipi ringkas sambal buah keladan masak cara Fiza
- Gorengkan ikan bilis terlebih dahulu dan ketepikan.
- Tumis bahan tumbuk (cili api, bawang kecil, bawang besar, bawang putih (1 ulas je) dan garam bukit kasar) sampai garing.
- Masukkan asam keping, kacau rata dan tunggu sampai pecah minyak sikit.
- Masukkan buah keladan yang ditumbuk kasar. Kacau dan biarkan sekejap. Akhir sekali baru masukkan ikan bilis yang dah siap digoreng. Siap!
Bahan tumbuk tu saya guna kaedah agak-agak je. Suka letak bawang kecil tu banyak sikit sebab lagi sedap buat sambal tumis guna bawang kecil. Kena tumis sampai garing dan pecah minyak baru sedap dan tahan lama sikit.
Tak perlu tambah air. Tak perlu tambah garam lagi sebab garam dah ditumbuk sekali dan ikan bilis pun dah masin. Untuk resipi penuh boleh rujuk mana-mana resipi di atas. Lebih kurang je cuma ikan bilis kalini saya goreng dulu. Kalau malas tu tumbuk sekali je ikan bilis tu.
Kalau malas tumbuk bahan, boleh je guna kaedah kisar. Pastikan tapis dulu bahan kisar tu, buang air supaya lagi cepat bahan tumis tu garing nanti. Kalau kisar, jangan lupa letak garam pula ye.
Ikutlah cara dan selera masing-masing. Asam keping pun pilihan juga, boleh gantikan dengan pes asam jawa, buah belimbing buluh, tomato dan yang sejenis dengan mereka.
Lauk sambal tumis ni sedap digandingkan dengan telur mata, telur dadar dan ikan goreng. Laut jahat yang boleh membuatkan kita menambah nasi. Percayalah...
Sedap sambal tumis buah keladan ni. Boleh gantikan sambal jering. Sedap dan tidak berbau okay. Itu yang saya suka. Walaupun dah disambalkan, masih ada rasa rangup, pahit sikit tapi berangin tu kurang. Mungkin sebab dah dimasak kot kan.
Makan buat ulam sedap, disambalkan pun sedap. Buah keladan lulus di tekak saya.
Sedap sambal tumis buah keladan ni. Boleh gantikan sambal jering. Sedap dan tidak berbau okay. Itu yang saya suka. Walaupun dah disambalkan, masih ada rasa rangup, pahit sikit tapi berangin tu kurang. Mungkin sebab dah dimasak kot kan.
Makan buat ulam sedap, disambalkan pun sedap. Buah keladan lulus di tekak saya.
28 تعليقات
nampak sedap hasil kejadiannya tu. saya tak makan jering tp suka lah apa2 sambal yg ada bilis
ردحذفAlhamdulillah...sedap ikut selera sendiri. Sambal ikan bilis ni kesukaan ramai kan.
حذفManalah nak cari buah keladan ni Fiza ? Tergoda pulak hihi...
ردحذفItulah, kalau senang nak dapat bolehlah beli selalu. Kita kena cari online lah kot kan kalau ada.
حذفKSarie tak pernah lagi makan buah keladan. Eh jumpa pun tak pernah sebenarnya😅. Menu ini sahaja pun sudah buat boleh bertambah makan nasi rasanya kan
ردحذفMenu sambal ada ikan bilis ni buat lagi kita berselera makan. Tambah pula ada ulam yang sedap, buat lagi sedap untuk mereka pencinta ulam. Betul, boleh bertambah nasi dibuatnya. hihihi...
حذفNampak sedap sambal tumis tu Fiza..akak ada stok petai..nak buat la sambal berlada ikan bilis petai campur terung pipit yang PH bagi hari tu...
ردحذفAlhamdulillah..sedap kak. Sambal ikan bilis ni campur apa pun dia akan jadi sedap kan.
حذفTak pernah beli atau masak tapi pernah makan lama dulu.
ردحذفTapi sedap kan?
حذفBuah apa tu? Ciknur tak penah dengar pula
ردحذفNmpkk sedapp ni
Buah keladan, saya ada serta link yang saya pernah share sebelum ni.
حذفAlhamdulillah sedap.
Tak pernah makan.
ردحذفYa, ulam tu pun rare kan.
حذفTak pernah lah pulak jumpa... agaknya ada kat Pahang aje ye. Jering adalah kat sini.
ردحذفMungkin kot Kak. Sini memang tak pernah lah jumpa. Baru jumpa di Pahang, itupun ada baca blog Cie dan Kak SK sebelum ni. Tu yang buat kita rasa nak mencuba.
حذفTak pernah lagi buat sambal bilis. Selalu ulam mentah je.
ردحذفNanti boleh cuba Cie. Sedap! dan saya suka. hihihi...
حذف1st time dgr buah keladan
ردحذفBuah rare ni kak. Saya pun tahu dari blog Cie.
حذفalamak rasanya macam jering ke? Ammi ni petai makan tapi jering tak pandai pulak nak mencuba (sebenarnya tak pernah try pun)... mcm kena try jugalah ni. Umur pun dah banyak, kenalah belajar mencuba ek
ردحذفTakdelah macam jering sangat. Tekstur dia tu rangup macam jering tapi versi nipis sikit dan berangin gitu. Next time kena cuba, boleh tahu pov dari Ammi pulak.
حذفLauk jahat tu memang buat tambah nasi. Akak tak pernah lagi makan. Lain kali nak Cuba lah
ردحذفLauk ni memang jahat. Asal sambal tumis ikan bilis pun dah sedap, ada tambahan ulam ni jadi lagi sedap bagi pencinta ulam. Boleh cuba nanti Kak Notie.
حذفsesuai sangat ni fiza kalau buat bekal pergi oversea
ردحذفboleh tahan lama kan kalau buat pedas sikit?
Kalau buat pedas sikit bukan syarat tahan lama tu Anies. Kena masak lama kot dan kering sikit baru tahan lama, kena retort kalau nak bawa travel.
حذفok ni boleh team fiza, goodbye mydiet kekdahnya.
ردحذفHihi..orang Johor mesti suka lauk camni kan. Esok je lah diet :p
حذف