Selain kurang selera makan, kurang juga masuk office oil & gas (baca:dapur). Dengan musim panasnya lagi, lagilah buat rasa bencinta nak masuk. Nasib baiklah ada beli kipas portable tu buat sejuk sikit bila di dapur tu.
Masukkan tempe dalam adunan tepung semua tu, panaskan minyak dan gorengkan tempe sampai kekuningan. Sedap goreng tempe dengan bahan-bahan ni. Rempah tu buat tempe goreng rasa lagi sedap.

Lagi sedap bila dapat tempeten, tempe daun hasil pembuatan anak buah saya ni. Tempe kacang soya non-gmo, segar dan sedap. Tak ada bau pelik dan sedap berlemak kacang soya tu. Sedap betul buat menu untuk makan petang cicah dengan sambal kicap.
Ada stok tempeten tempe daun dari anak buah, buat goreng tempe rangup lah. Macam sedap je buat minum petang, kannn.


Tempe goreng rangup masak cara Fiza
Bancuhkan tepung gandum, tepung beras, secubit garam, serbuk kunyit sikit, secubit soda bikarbonat dengan air secukupnya. Tumbuk bawang putih, biji ketumbar dan jintan manis. Bahan tumbuk ni masukkan dalam adunan tepung tadi.
Masukkan tempe dalam adunan tepung semua tu, panaskan minyak dan gorengkan tempe sampai kekuningan. Sedap goreng tempe dengan bahan-bahan ni. Rempah tu buat tempe goreng rasa lagi sedap.
Tambah tepung beras buat jadi lagi rangup. Ada orang tambah minyak panas juga dalam bancuhan tepung tu. Saya letak soda bikarbonat untuk lebih rangup dan tidak melekat. Jangan letak banyak, sikit je cukup syarat.

Orang Johor mesti kena ada stok sambal kicap dalam esbok, kan?
Punyalah nak cepat siap, tak aesthetic lansung menyusun tempe goreng tu. Saya hiris tebal sikit sebab nak rasa macam lembut sikit. Ada orang suka goreng tempe nipis-nipis lagi rangup.
Masak cara saya ni agak leceh sikitlah sebab nak menumbuk bagai tapi sedap. Tempe goreng biasa pun dah sedap. Tanpa letak garam dapat rasa tempe goreng asli sedap.
Masak cara saya ni agak leceh sikitlah sebab nak menumbuk bagai tapi sedap. Tempe goreng biasa pun dah sedap. Tanpa letak garam dapat rasa tempe goreng asli sedap.
Selain tu ada juga yang suka goreng dengan serbuk kunyit atau guna tepung bestari kalau nak lebih mudah masak tempe goreng. Pun sedap juga. Pencinta tempe, kalau dah suka tu masak apa pun sedap.
26 تعليقات
Cheq pun suka makan tempe goreng, tapi belum pernah lagi try tempe goreng tepung macam ni. Nanti nak try buat! 😆
ردحذفBoleh cuba resipi ni pulak. Mana tahu kena dengan selera jugak ke kan.
حذفnampak sedap dan buat MZ terliur tgk gmbr ni hahah
ردحذفAlhamdulillah sedap. hihi..boleh cuba nanti masak tempe cara macam ni.
حذفsedap nya makan panas2 tu
ردحذفWajib makan panas-panas sebab lagi sedap dan garing gitu kan.
حذفTempe cicah sambal kicap suka juga
ردحذفMemang wajib cicah dengan sambal kicap, baru ngam sedap dia. hihihi...
حذفTerima kasih atas perkongsiannya. Rumah sebelah ada kosong tak? Nak berjiran boleh? ha ha ha
ردحذفMaaf shakap, rumah sebelah dah ada jiran dah. hihihi...
حذفRajin Fizah buat bancuhan tepung tu, ada bahan rempah ditumbuk. Mesti tambah sedap. Akak last makan tempe goreng cicah sambal kicap ni, masa duduk itm jengka, kawan johor la, ajar makan. 😋
ردحذفSebab nak makan yang sedap sikit, itu yang rajinkan diri juga menumbuk dan bancuh tepung macam tu. Memang sedap, kalau ikut selera saya lah. Sebab di Johor mostly dorang jual macam tu. Di Johor semuanya nak dicicah dengan sambal kicap. Sambal kicap tu wajib ada. hihihi...
حذفAduhhhhh....buat terliur tengok gambar tempeten goreng masak berlemak rangup ni. Cicah sambal kicap sedap. Makan sahaja pun sedap juga. Jadi kudapan semasa tengok KDrama pun cun kan
ردحذفCicah dengan sambal kicap tu buat lagi sedap makan. hihi..cun sangat tu. Silalah nanti buat KakSarie.
حذفtempe goreng kunyit biasa pun laju ja dimakan apatah lagi goreng tepung, yummi~
ردحذفkita masih puasa, gusi belum pulih sepenuhnya. oh my gg.
Yang ni lagi laju makan dia Sya. Cubalah nanti bila gigi dah okay, okay? Semoga cepat baik. Aamiin...
حذفSetujuuuu, saya nak dibuat apapun, tempe memang suka. Di sini ada menu tempe Mendoan, khas Purwokerto . Bedanya adonan untuk menggoreng digoreng basah. Jadi tak sampai kering memang . Makan dengan sambal kecap juga, itupun sedap. Makan mentah pun saya suka 😄
ردحذفTeringin juga nak rasa tempe mendoan tu. Saya suka makan dengan sambal kicap sebab dah terbiasa. Kalau makan begitu je tanpa sambal kicap rasa kurang sedap pulak. hihihi...
حذفCie selalu gaul dengan tepung bestari. Anak2 makan la kalau goreng tepung.
ردحذفGaul dengan tepung bestari pun sedap dan cepat nak menyediakannya.
حذفMenarik petua letak soda bikarbonat sikit untuk lebih rangup dan tak melekat tu. Tumbuk bahan rempah macam bawang putih, ketumbar dan jintan manis tu memang akan buat tepung goreng lagi wangi dan berasa. Kena cuba bancuhan resepi Fiza ni nanti
ردحذفSilakan mencuba kak, mesti suka punya kalau jenis suka rasa jintan manis dan biji ketumbar.
حذفmacam jadi bumbu untuk goreng tauhu & tempe ayam penyet jadinya. tapi mesti sedap ni...ammi selalu goreng pakai tepung bistari je kalau tak pun ammi garam kunyitkan je tempe tu. Tp nak cari jugalah tepung beras. Kena belajar juga buat batter gini
ردحذفHihi.bumbu rebusan ayam penyet ek? Kalau suka bumbu ni, sure akan sukalah. Tapi tak tahulah selera Ammi macam mana. Kena cuba baru tahu sedap ke tidak. Selamat mencuba Ammi.
حذفWah sedap dengan tempe segar dan bancuhan ada rempah. Hehe kena ada kerajinan buat bancuhan Aphizha.
ردحذفYe, lagi sedap macam tu Kak Wina. Cubalah nanti. hihihi...
حذف