Sekarang selera makin menjauh, nak makan apa pun tak tahu. Apatah lagi nak fikir nak masak apa. Runsing betul dibuatnya. Nak beli pun kadang tak tahu nak makan apa sebenarnya.
Malas banyak fikir, masak je lah sambal tumis sardin. Cepat siap dan sedap pula tu kan. Perut pun dah berirama keroncong dah ni.

Malas banyak fikir, masak je lah sambal tumis sardin. Cepat siap dan sedap pula tu kan. Perut pun dah berirama keroncong dah ni.

Masak sambal tumis sardin masak cara Fiza
Tumis hirisan bawang besar (1 biji) dengan bahan tumbuk (cili api, bawang putih, bawang merah kecil dan garam bukit kasar sikit).
Tumiskan sampai garing sikit barulah masukkan sardin, tambah asam keping dan air sikit. Biarkan kuah kering sikit sikit dan angkat. Siap dihidangkan.
Mudah sangat masak sambal tumis sardin ni. Kalau nak lagi cepat masak, hiriskan je semua bahan tumis tu kalau malas tumbuk. Sedap juga.
Cuma saya lebih suka versi tumbuk dan hiris bawang besar tu. Lagi sedap ikut selera saya. Lepas tu tumbuk bahan dengan garam sekali. Lain orang, lain cara masakan dan ikut selera masing-masing lah kan.
Akhir-akhir ni suka pula masak guna garam bukit kasar tu. Pengaruh madam Musfirah isteri Bamroy tu. Kalau tengok dia masak, telan air liur dibuatnya. Selama ni guna garam bukit halus tu je. Sekarang guna garam bukit kasar.
Untuk jenis lauk berkuah sesuai lah. Kalau jenis tumis tu better tumbuk dengan garam sekali, risau nanti tergigit garam kasar pula sebab lambat larut. Tapi garam kasar ni taklah semasin garam biasa tu pada pendapat saya lah.
Saya beli ni ikan mackerel, isi dia lebih keras sikit daripada ikan sardine. Kalau diberi pilihan, saya suka ikan sardine. Tapi haritu tak ada pula ikan sardine saiz tin yang kami selalu beli tu. Ada saiz kecil je. Nak tak nak, beli je ikan mackerel ni asalkan ada stok di rumah.
32 تعليقات
Sambal tumis sardin memang penyelamat bila tak tahu nak masak apa 😆 Versi tumbuk cili api ni mesti lebih kick. Saya pun team sardin berbanding mackerel!
ردحذفBetul, lauk penyelamat kalau nak cepat masak tu kan. Versi tumbuk memang lagi sedap. Samalah kita geng ikan sardin.
حذفsaya suka sardine! nmpk sedap tu
ردحذفSardin lagi sedap dari mackerel kan.
حذفSedap tengok sambal tumis sardin Fizah masak. Ini, cicah roti pun syedap! 😋
ردحذفAlhamdulillah sedap. Buat cicah lempeng atau buat inti sandwich pun sedap ni Kak Nur. kann..
حذفHaha kita plak suka letak cili blender terus mcm nak masak sambal ... pastu baru letak kuah sardin haha 🤣🤣 pastu kadang suka goreng dl ikan sardin tu.. arwah nak suka letak asam jawa tp kita x suka 😜
ردحذفCili blender pun sedap juga. Letak asam jawa masak sikit kot ek. Tapi kalau nak goreng dulu saya malas sikit, risau meletup² dan terpercik minyak tu.
حذفsaya pula kalau nak beli makanan yg tak tau nak beli ape, kalau nak masak mmg ade je idea nak masak ape,,,, tapi tu lah,, MALAS
ردحذفHihi..kalau dah malas memang takleh buat apa lah.
حذفSambal tumis sardin kalau kita masak tengah mode diet. Kelaut dietnya sebab nonstop tambah nanti
ردحذفHahaha..kannn..terus lupa diet.
حذفSamaaa, saya juga lebih suka sardin dari makarel. Kemarin tuh personal shopper saya salah beli pula, yg dibeli makarel. Sudahlaaah, tetep saya makan juga
ردحذفMenu sambal sardin ini saya buat kalau suami tak ada di rumah. Sebab dia tak suka 😄
Itulah kan, tak ada pilihan terpaksalah juga masak dan makan. Ohh macam tu. Kalau dia ada, tak boleh masak lansung ye?
حذفEsok nak buat roti sardin. Tau tau sampai sini tengok resepi sambal sardin. Hehe
ردحذفHihi..macam tahu-tahu je kan.
حذفmenu sardin ni kena ada telur dadar memang sedap sangat dah tak perlu lauk lain dah.
ردحذفBetul, kena ada kawan dia tu baru sedap makan.
حذفAkk pun sekarang banyak guna garam kasar utk masakan berkuah. Pengaruh Madam juga :D
ردحذفSardin & makerel, akk pilih sardin sbb isi dia lembut. Makerel ni kenyal sikit kan... tapi kalau takde sardin, makan aje haha
Ye, garam kasar sesuai sangat untuk berkuah. Kalau tumis tu saya tumbuk sekali dengan bahan tumbuk. Sardin isi dia lembut dan sedap lagi kan. Mackerel dia keras dan kasar sikit. Samalah, kalau takde sardin makan jugalah mackerel ni.
حذفsedapnya sambal sardin tu, pedas2 sikit
ردحذفSedap sesekali menu sardin ni. Pedas tu wajib bagi kami yang pempedas.
حذفBaru makan sambal sardin bulan lepas makan dengan nasi dan telur mata je.
ردحذفKalau ada sardin, mesti kena ada lauk telur juga. Ngam kawan baik tu, berselera makan kan.
حذفLauk yang selalu menyebabkan tambah nasi di luar sedar begitu😅Macam nak kena masak sardine untuk dinner nanti lepas baca post ini
ردحذفKannn..lauk jahat ni buat orang bertambah makan nasi. Selamat masak sardin nanti dan selamat menjamu selera.
حذفlauk kesukaan sangat. mkn dgn telur goyang dan nasi panas, pergh~
ردحذفLauk sardin dan telur berpisah tiada. Ada yang suka telur dadar, ada yang telur mata, ada juga telur goyang. Kawan baik sungguh lauk dua ni kan.
حذفSetuju sangat, sambal tumis sardin memang lauk penyelamat paling padu bila mati akal tak tahu nak masak apa! Menarik petua guna garam bukit kasar dan tumbuk sekali bahan tumis tu, mesti rasa dia lagi meresap dan 'kick'. Akak memang selalu buat versi ni..cili kena lebih...perah limau kasturi sebiji utk hilang hanyir...lepas tu..nasib la makan bertambah...hahahah
ردحذفTumbuk sekali dengan garam tu jadi lagi sedap juga kan. So far belum pernah cuba lagi perah limau kasturi. Pernah letak asam keping, asam jawa dan belimbing buluh je.
حذفuntuk rumah ammi pun sardin mmg selalu jadi penyelamat dan ammi pun suka kalau bumbu ditumbuk, tak kisahlah untuk goreng sayur ke, goreng mi, goreng nasi. Jarang ammi guna bawang yg cuma dihiris-hiris. Bawang hiris cuma untuk hiasan je
ردحذفLauk jadi sedap tumis bahan tumbuk ni kan berbanding blender. Kalau bawang hiris hiasan tu letak hujung hujung nak masak tu kan.
حذف