Selesai urusan daftar anak buah di USIM, kami singgah makan tengah hari di Restoran Salomak Sampodeh Nilai yang tak jauh dari USIM. Restoran Salomak Sampodeh ni popular dengan masakan kampung terutamanya masakan masak lemak cili api, asam pedas dan ikan bakar.
Hasil dari bantuan ChatGPT, Salomak Sampodeh merujuk kepada ungkapan dalam bahasa Minangkabau iaitu Salomak bermaksud sedap/enak dan Sampodeh (sambal lado) maksudnya sambal yang pedas.
Kesimpulannya Salomak Sampodeh membawa maksud sedap dan pedas atau menggambarkan makanan yang sedap dengan rasa pedas.

Kami tengok dulu makanan yang ada. Banyak juga hidangan jenis lauk masakan lemak cili api kepakaran mereka. Ada ayam kampung masak lemak cili api dan daging salai masak lemak cili api.

Siap sekali dengan harga. Tak ketinggalan, ada juga ikan baung masak lemak cili apit dan itik salai masak lemak cili api. Tak perasan pula ada ke tidak lauk patin masak lemak cili api. Siput sedut masak lemak cili api pun tak kelihatan.
Tak ada atau mungkin dah habis. Tak tahulah saya.

Beralih ke masakan asam pedas, ada ikan siakap asam pedas dan tetel asam pedas.

Selain tu, ada juga ikan jenahak asam pedas dan ikan kembung asam pedas.


Penuh meja kami ambil lauk pauk pilihan masing-masing dan kongsi makan bersama. Kami 4 orang ambil nasi separuh je. Abang ipar ambil nasi semangkuk penuh.

Pinggan saya, nasi separuh, ulam penggaga dan juga sambal belacan sikit. Ada ulam, kenalah ada sambal belacannya. Mana boleh berpisah.

Berlawan pedas semua lauk ni. Encik Suami dan kakak saya rileks je makan. Tak pedas katanya. Nampaknya saya dah kalah dengan pedas. Abang ipar dan anak buah pun tahan pedas juga.

Harga berbaloi dengan rasa sedapnya. Nak makan masakan kampung yang sedap di Nilai, bolehlah datang makan di Restoran Salomak Sampodeh ni.
Sesuai sangatlah dia punya tagline tu kan. Next time boleh cuba makan di tempat lain pula. Boleh suggest tempat makan di Nilai yang sedap? Jangan lupa tinggalkan komen di ruang komen di bawah ye. Terima kasih.
Salomak Sampodeh
Kesimpulannya Salomak Sampodeh membawa maksud sedap dan pedas atau menggambarkan makanan yang sedap dengan rasa pedas.
Tapi yang saya fikir pula Salomak (masak lomak = lemak), Sampodeh (asam podeh=pedas) kot ikut loghat Nismilan (Negeri Sembilan).
Tak pastilah tentang sejarah nama Restoran Salomak Sampodeh ni. Hanya tuan kedai je tahu kisah dan maksudnya. Tak sempat nak kaji lebih lagi.
Tak pastilah tentang sejarah nama Restoran Salomak Sampodeh ni. Hanya tuan kedai je tahu kisah dan maksudnya. Tak sempat nak kaji lebih lagi.
Kami sampai sedang elok waktu makan tengah hari pun. Mujurlah tak full house lagi. Masih ada meja kosong lagi. Biasalah kan waktu tengah hari mestilah penuh sebab peak hour orang keluar makan.

Kami tengok dulu makanan yang ada. Banyak juga hidangan jenis lauk masakan lemak cili api kepakaran mereka. Ada ayam kampung masak lemak cili api dan daging salai masak lemak cili api.

Siap sekali dengan harga. Tak ketinggalan, ada juga ikan baung masak lemak cili apit dan itik salai masak lemak cili api. Tak perasan pula ada ke tidak lauk patin masak lemak cili api. Siput sedut masak lemak cili api pun tak kelihatan.
Tak ada atau mungkin dah habis. Tak tahulah saya.

Beralih ke masakan asam pedas, ada ikan siakap asam pedas dan tetel asam pedas.

Selain tu, ada juga ikan jenahak asam pedas dan ikan kembung asam pedas.

Sayur, hanya nampak terung berlada dan kangkung belacan. Ulam-ulaman pun ada tapi tak banyak pilihan sangat.

Penuh meja kami ambil lauk pauk pilihan masing-masing dan kongsi makan bersama. Kami 4 orang ambil nasi separuh je. Abang ipar ambil nasi semangkuk penuh.

Pinggan saya, nasi separuh, ulam penggaga dan juga sambal belacan sikit. Ada ulam, kenalah ada sambal belacannya. Mana boleh berpisah.

Ikan cencaru bakar
Isi lembut dan segar di bakar panas-panas di situ. Sambal pun pedas. Sekali hidang dengan limau kasturi yang telah dipotong. Limau tu fungsi dia untuk menyedapkan lagi rasa ikan bakar. Atau untuk kurangkan hanyir ikan dan boleh juga kurangkan rasa pedas sambal tu.Daging salai masak lemak cili api
Daging lembut dan terasa asap salai tu. Kuah masak lemak cili api pekat dan pedas. Approved by Encik Suami selaku orang Nismilan yang pempedas. Habis licin mangkuk dia hirup kuahnya tu. Saya pun setuju rasa pedas dan sedap tu. Berpeluh makan wey!Ikan kembung asam pedas
Isi lembut, segar dan manis. Saya suka jenis ikan kembung yang saiz sederhana ni sebab rasa dia lagi sedap. Sesuailah untuk porsi sorang atau dua orang makan ni. Kuah sedap pekat, masam pedasnya cukup. Tapi terlebih pedas sikit.Daging goreng belado
Saya rasa daging sepotong je dan dagingnya agak keras sikit. Tak pasti pedas ke tak sebab dah makan lauk lain sebelum tu.Kangkung belacan
Saya ambil sikit je sebab dah ada ulam penggaga. Sedap kangkungnya rangup, taklah layu sangat.Sambal belacan
Pedas ya amat! Mujurlah ambil sikit je.Berlawan pedas semua lauk ni. Encik Suami dan kakak saya rileks je makan. Tak pedas katanya. Nampaknya saya dah kalah dengan pedas. Abang ipar dan anak buah pun tahan pedas juga.
Gulai daging tu tak sempat saya rasa sebab dah makan macam-macam rasa macam tak teringin pula nak mencuba.
Harga hidangan semuanya berjumlah RM83.50 untuk lima orang.
Harga hidangan semuanya berjumlah RM83.50 untuk lima orang.

Harga berbaloi dengan rasa sedapnya. Nak makan masakan kampung yang sedap di Nilai, bolehlah datang makan di Restoran Salomak Sampodeh ni.
Hongeh dek sodap..Konyang sampai telontang
Sesuai sangatlah dia punya tagline tu kan. Next time boleh cuba makan di tempat lain pula. Boleh suggest tempat makan di Nilai yang sedap? Jangan lupa tinggalkan komen di ruang komen di bawah ye. Terima kasih.
20 تعليقات
Akk pun fikir macam Fiza juga. Ingatkan singkatan dari perkataan masak lomak & asam podeh.
ردحذفRestoran dlm wishlist Akk, tak tau la bila nak sampai hehe
Kann..dia auto fikir macam tu. Takpe kak, kot terlimpas tu boleh singgah.
حذفTerima kasih atas review dan perkongsiannya. Kalau tersesat di Nilai boleh singgah sini
ردحذفSama-sama. Jangan lupa singgah nanti kalau tersesat kat Nilai.
حذفada tgk kwn2 yg pi sini...meriah tu mcm2 lauk..tp bab pedas tu akak tk bole sgt...
ردحذفYa, macam-macam ada. Kalau bukan pempedas, kena tanya dulu sebelum ambil lauknya. Risau pulak kalau tak tahan pedas.
حذفsedapnyaa
ردحذفAlhamdulillah.
حذفWah kombinasi lauk yang dipilih semuanya bikin drooling. Suka sangat kalau dapat makan makanan yang ada rasa lagi-lagi kalau kita lapar kan? Masuk dalam bucketlist tempat makan inj
ردحذفLauk sedap-sedap kat sini. Kita nak memilih pun rambang mata KakSarie. Kann... lagi berselera makan. Silakan singgah nanti kalau ke Nilai.
حذفOh, Salomak Sampodeh tu ke maksudnya??? Mati² la ingat, masak lemak dan asam pedas, lari jauh tu.
ردحذفHihi..tulah tu. Tapi tak pastilah jawapan ChatGPT tu betul ke tidak kan.
حذفBelum habis komen, ter-post la pulak sebab ada call masuk, hihi. Tengok penuh meja tu, memang kontang sampai terlontang tu, Pizzah. Nanti kalau lalu sana, bolehlah kita cari kedainya.
ردحذفPastu tertekan publish ek. hihi..fahammm...
حذفYee..masing-masing hongeh walaupun nasi sikit je. Dengan podehnya laie.
Jangan lupa singgah nanti ye. Ehh..macam kedai kita pulak.
Pernah makan kat sini. Lauk pauk dia memang sedap la.....banyak pilihan pulak tu. Harga ok juga.
ردحذفBetul, banyak pilihan, sedap dan harga berpatutan. Makan ramai-ramai pun berbaloi sangat kan.
حذفSenang mcm ni, dah hidang siap² dengan harga sekali
ردحذفKann..tinggal ambil je tak perlau tunggu atau cedok sendiri.
حذفIngatkan masak lemak, asam pedas rupanya bukan. Bestnya banyak pilihan makanan.
ردحذفA'ah. Tak pasti lah jawapan dia yang sebenar Cie. Tanya ChatGPT kadang pun tak berapa nak betul, kannn. Ye, banyak juga pilihan makanan kat sini.
حذف