Ehhh..ingatkan dia beli Garrett Popcorn je! Encik Suami beli juga biskut All About Chew. Katanya kalini beli biskut saiz besar pula. Dibungkus dalam kotak kertas bukan dalam tin macam signature chewy cookies haritu. 

Big Ass Softy (BAS) Cookies All About Chew

Sedia maklum yang Cookies All About Chew merupakan cookies jenis soft-baked bertekstur lembut, chewy dan agak tebal. Nama Big Ass Softy tu sendiri sudah menggambarkan konsep cookies ini.

Bersaiz besar dan lembut. Berbeza daripada cookies yang rangup dan mudah rapuh, BAS Cookies lebih menonjolkan tekstur chewy di bahagian tengah dan bahagian luar yang sedikit rangup.

Cookies All About Chew

Untuk simpan cookies ni biar tahan lama, bolehkan ikut cara-cara di bawah ni. Biasanya memang makan sikit-sikit je. Tak mampu nak makan habis sekali hadap. Benda boleh simpan lama kan.

Cookie Care Instrusctions Big Ass Softy (BAS) Cookies All About Chew

Tebal sungguh jenis biskut saiz besar ni seperti namanya big ass softy. Encik Suami beli 5 jenis perisa biskut.

Big Ass Softy (BAS) Cookies All About Chew

Ikut susunan dari atas ke bawah.

BACS (Big Ass Chocolate Softy)

BACS sesuai untuk pencinta coklat. Rasa coklatnya kaya, manis dan sedikit pahit. Tekstur yang lembut dan chewy bila digigit. Bahagian dalamnya terasa moist dan penuh dengan rasa coklat.

BARS (Big Ass Raspberry Softy)

BARS mempunyai rasa yang manis dengan sedikit masam daripada raspberry. Rasa buah raspberry digabungkan dengan tekstur cookies yang lembut dan chewy. Tidak terasa terlalu berat walaupun cookiesnya agak besar.

BAVS (Big Ass Velvet Softy)

BAVS mempunyai rasa yang manis dan sedikit berkrim dengan karakter red velvet yang tersendiri. Rasanya tidak terlalu kuat. 

BAS (Big Ass Softy)

BAS ialah pilihan yang lebih simple tetapi tetap sedap. Rasanya buttery, manis dan sedikit milky. Teksturnya lembut di bahagian dalam dengan rasa chewy yang menjadi tarikan utama. Sesuai untuk yang suka cookies klasik tanpa rasa yang terlalu kompleks.

BAMS (Big Ass Matcha Softy)

BAMS pula untuk penggemar matcha. Rasanya wangi, creamy dan sedikit pahit dengan rasa matcha yang lebih menonjol selepas beberapa gigitan. Gabungan rasa manis cookies dengan sedikit pahit matcha menjadikannya tidak terlalu muak dan lebih seimbang.

Semua pun sedap. Pada mulanya makan biskut matcha tu pelik sikit tapi lama-lama okay je rasa dia. 

Harga Resit Big Ass Softy (BAS) Cookies All About Chew

Kalau jenis suka cookies yang tebal, lembut dan chewy berbanding cookies yang nipis dan rangup, boleh cuba BAS Cookies All ABout Chew ni. Tapi nama dia  macam kurang sopan pulak ek.