Balik dari majlis kahwin kawan Encik Suami, kami terus check-in Big Tree Hotel. Kami booking awal dua hari kalau tak silap. Itu pun tak banyak dah bilik kosong. Ramai pula orang bercuti di Temerloh ni disebabkan cuti sekolah juga kot kan.
Pilih je lah bilik yang mana available. Mulanya kami nak menginap di Hotel Apsara atau U Design tapi dah fully booked. Lambat booking melepaslah. Nak menginap di Hotel Green Park yang kak SK pernah review macam tak nak pula vibes hotel lama.

Agak banyak juga bilik hotelnya di atas tu. Paling atas tak pasti bilik apa tapi ada balkoni. Bangunannya nampak moden.

Pintu masuk lobby hotel sebelah kiri, kanan tu Spa, Sans Wellness. Jangan salah masuk pula. Teruslah masuk ke lobby hotel. Encik Suami uruskan urusan check-in di reception.

Sementara menunggu, saya ambil gambar sudut yang menarik di ruang lobby hotel Big Tree Hotel ni. Tersusun rapi gambar Perdana Menteri Malaysia dari dulu sehingga kini 2026. Bawah tu pula gambar menteri besar negeri Pahang sejak tahun 1948 sehingga 2026.

Tersedia juga welcome drinks & snacks percuma untuk tetamu hotel. Sebelah kanan belakang tu lif hotel.

Tak lama urusan check-in. Dapat bilik tingkat 1. Padahal request high level. Check-in taklah lambat sangat, jam 4 petang macam tu. Mungkin orang lain dah check-in awal dan itu je bilik yang available.

Lantai kayu bersih dan selesa. Kemudahan bilik pun yang basic je. Bilik dah okay tapi bilik air kurang okay sikitlah. Sana sini dah berkarat dalam bilik air contohnya paip air, bawah sinki dan water trap. Bilik air pun kurang bersih sikit dan tak ada air ventilation.

Permandangan luar pun agak terganggu dengan jeriji yang dipasang ni. Jadi, tak dapatlah nak buat video timelapse dan menikmati permandangan luar ni. Bilik tingkat 1 yang berhadapan dengan jalan besar utama. Nampaklah kereta parkir depan hotel.

Dalam bilik ada cermin besar yang dilekatkan pada dinding bilik. Okay yang ni saya suka, senang nak bersiap dan boleh OOTD depan cermin.

Tersedia juga tuala 2 helai, sabun dan shampoo yang diletakkan atas tilam. Eh shampoo jenis paket, macam shampoo orang jual dulu-dulu kan? Pertama kali tengok hotel sediakan shampoo jenis paket ni. Rare betul.

Meja dan kerusi pun ringkas je. Atas meja ada mug dan kopi paket 3 in 1 serta dua botol air minuman.

Ringkas je biliknya sesuailah dengan harganya. Kemudahan menggosok baju diletakkan di luar, tak jauh dari bilik. Ada dua, Encik Suami tolong gosok baju sekali bagi cepat siap. Tak boleh nak angkut ke dalam bilik sebab dah dilekatkan di situ.

Ada juga kemudahan air panas dan sejuk yang diletakkan di luar. Kalau nak bancuh kopi ke susu ke kenalah keluar bilik ambil air panas di luar sebab dalam bilik tak ada cerek elektrik.

Okaylah yang ni kami tak kisah sebab dah biasa bawa bekal air spritzer dan tak membancuh kopi. Tapiii yang kami kisah sangat tu malam tak boleh tidur. Nak tahu sebab apa?
Akhirnya pilih Big Tree Hotel, hotel yang nampak moden sikit. Hotel-hotel di Temerloh ni banyak cuma tak ada hotel yang besar-besar dan gah. Susah juga nak membuat pilihan tu.

Agak banyak juga bilik hotelnya di atas tu. Paling atas tak pasti bilik apa tapi ada balkoni. Bangunannya nampak moden.

Pintu masuk lobby hotel sebelah kiri, kanan tu Spa, Sans Wellness. Jangan salah masuk pula. Teruslah masuk ke lobby hotel. Encik Suami uruskan urusan check-in di reception.

Sementara menunggu, saya ambil gambar sudut yang menarik di ruang lobby hotel Big Tree Hotel ni. Tersusun rapi gambar Perdana Menteri Malaysia dari dulu sehingga kini 2026. Bawah tu pula gambar menteri besar negeri Pahang sejak tahun 1948 sehingga 2026.

Tersedia juga welcome drinks & snacks percuma untuk tetamu hotel. Sebelah kanan belakang tu lif hotel.

Tak lama urusan check-in. Dapat bilik tingkat 1. Padahal request high level. Check-in taklah lambat sangat, jam 4 petang macam tu. Mungkin orang lain dah check-in awal dan itu je bilik yang available.
![]() |
| access card dan remote control diberikan dalam beg berzip |
Naik lif jugalah ke tingkat 1, malas nak angkat luggage. Kemudahan yang ada, kena gunakan sebaiknya lah kan.

Ruang lif luas dan ada cermin. Haruslah kita bergambar bersama bila tak ada tetamu lain. Kena pula warna lantai motif kayu dengan tema baju kami, shades of brown.
Kami booking bilik classic double dengan harga RM114.18 melalui platform Agoda. Okay sangatkan kalau tengok rupa bilik ni. Ruang pun luas juga. Kira murah juga tu on weekend.

Ruang lif luas dan ada cermin. Haruslah kita bergambar bersama bila tak ada tetamu lain. Kena pula warna lantai motif kayu dengan tema baju kami, shades of brown.
Kami booking bilik classic double dengan harga RM114.18 melalui platform Agoda. Okay sangatkan kalau tengok rupa bilik ni. Ruang pun luas juga. Kira murah juga tu on weekend.

Lantai kayu bersih dan selesa. Kemudahan bilik pun yang basic je. Bilik dah okay tapi bilik air kurang okay sikitlah. Sana sini dah berkarat dalam bilik air contohnya paip air, bawah sinki dan water trap. Bilik air pun kurang bersih sikit dan tak ada air ventilation.
Mujurlah tak ada bau pelik.


Tersedia tempat penyangkut baju dan penyangkut baju. Penyangkut baju ada 3 je, kena panadai-pandailah sidai baju berlapis-lapis.

Permandangan luar pun agak terganggu dengan jeriji yang dipasang ni. Jadi, tak dapatlah nak buat video timelapse dan menikmati permandangan luar ni. Bilik tingkat 1 yang berhadapan dengan jalan besar utama. Nampaklah kereta parkir depan hotel.

Dalam bilik ada cermin besar yang dilekatkan pada dinding bilik. Okay yang ni saya suka, senang nak bersiap dan boleh OOTD depan cermin.

Tersedia juga tuala 2 helai, sabun dan shampoo yang diletakkan atas tilam. Eh shampoo jenis paket, macam shampoo orang jual dulu-dulu kan? Pertama kali tengok hotel sediakan shampoo jenis paket ni. Rare betul.
Tapi macam biasa tak gunalah shampoo di hotel. Dah biasa bawa shampoo dan conditioner sendiri. Pakai shampoo hotel kadang buat rambut jadi kasar. Jadi serik dah nak guna. Sabun pun guna buat basuh tangan je lah.

Meja dan kerusi pun ringkas je. Atas meja ada mug dan kopi paket 3 in 1 serta dua botol air minuman.

Ringkas je biliknya sesuailah dengan harganya. Kemudahan menggosok baju diletakkan di luar, tak jauh dari bilik. Ada dua, Encik Suami tolong gosok baju sekali bagi cepat siap. Tak boleh nak angkut ke dalam bilik sebab dah dilekatkan di situ.

Ada juga kemudahan air panas dan sejuk yang diletakkan di luar. Kalau nak bancuh kopi ke susu ke kenalah keluar bilik ambil air panas di luar sebab dalam bilik tak ada cerek elektrik.

Okaylah yang ni kami tak kisah sebab dah biasa bawa bekal air spritzer dan tak membancuh kopi. Tapiii yang kami kisah sangat tu malam tak boleh tidur. Nak tahu sebab apa?
Jeng jeng jeng...
Ceritanya, saya tidur lewat juga dalam jam 2 lebih macam tu teman Encik Suami buat kerja. Cuti pun kena buat kerja juga, laptop kena sentiasa bawa.
Ceritanya, saya tidur lewat juga dalam jam 2 lebih macam tu teman Encik Suami buat kerja. Cuti pun kena buat kerja juga, laptop kena sentiasa bawa.
Dah terlelap tu, kemudian terjaga jam 4 lebih. Apa bising sangat bunyi kat luar tu. Mat rempit dok merempit di jalan raya utama. Kita pula duduk bilik depan berdekatan jalan utama kan. Memang bunyi motor tu kuat sampai tak boleh tidur. Siap rem rem motor lagi tu. Haishhh...
Bukan sekali dua mereka lalu depan hotel, berkali-kali sampai tak terkira dah. Ulang-alik dari jam 4 lebih sampai 5 lebih. Lansung tak boleh nak lelap dah.
Mata pun tak mahu lelap, saya pun carilah Big Tree Hotel ni di threads dan TikTok. Baca komen mereka yang pernah menginap di sini. Betullah mereka kata, bunyi motor tu kuat sampai tak boleh tidur. Dah report polis pun tak boleh buat apa dan pihak hotel pun tak boleh buat apa. Hmmm...
Tapi kejadian ni on weekend je lah weekdays tak ada lah kot. Aduhaiii..spoil mood kita nak berehat tau! Rasa menyesal pula tak stay di Green Park Hotel tu sebabnya hotel tu jauh sikit dari jalan utama ni.
Bukan Big Tree Hotel ni je yang terkesan dengan bunyi motor mat rempit on weekend, hotel yang ada di sepanjang jalan utama ni turut terganggu juga.
Alang-alang dah terjaga tu terus bangun mandi dan solat subuh. Serik dah lah nak menginap di sini. On weekdays bolehlah. Maaf cakap, on weekend memang taklah ye. Masa baca reviews kat agoda tu saya baca yang latest je, tak baca pula bawah-bawah tu. Kalau tahu awal memang tak pilih lah hotel ni.
Disini menyesal...
Disini menyesal...

30 تعليقات
bab mat rempit tu...kat kg MZ, mcm almost every nite lah bising sbb rumah my mom tepi jln besar..MZ selalu stress tak lena tidur time balik kg sbb ganggung bunyi...masalah sosial kat negeri kelahiran MZ :(
ردحذفSetiap malam? Masalah besar tu kalau hari-hari nak kena hadap. Harap ada pihak ambil tindakan lah. Sampai bila nak dibiarkan begitu je.
حذفAlamak.kalau tak tahu & ada bwk anak kecik mesti stress. =(
ردحذفKannn..Mesti lagi stress kalau ada baby yang terganggu dengan bunyi bising tu. Tak dapat tidur dan meragam.
حذفPengalaman yang sangat berguna, Fiza! Kadang bila cuti sekolah ni terpaksa ambil je bilik apa yang ada sebab banyak dah fully booked. Terima kasih atas honest review ni, sekurang-kurangnya orang lain tahu nak elak ambil bilik berhadapan jalan utama kalau stay waktu weekend..
ردحذفBetul, no choice kalau musim cuti dan cuti sekolah. Sebaiknya elak kalau on weekend. Kalau hari biasa mungkin tiada. Tapi tak tahulah kan sebab tak ada pengalaman menginap di sini hari biasa tu.
حذفSpoil la ye gangguan bunyi
ردحذفCantik dah biliknya
Mcm penah sekali menginap kat Ipoh spoil bunyi budak2
Menangis
Itulah tu, spoil ada gangguan bunyi pula. Budak menangis tu real ke atau sebaliknya? Seram pulak.
حذفDah lama tak pergi Temerloh. Ada pergi pekan sehari di hari ahad tu?
ردحذفYe, ada pergi juga. Next post.
حذفI like the name of this hotel. Beautiful room.
ردحذفNice name, aite? Yes, beautiful room.
حذفYer area temerloh tu kalau malam minggu memang diaorang main moto laju2. Polis dah pukat pun tak serik-serik diaorang ni
ردحذفSeriouslah dorang tu tak serik. Bising gila kot. Patutlah dorang masih merempit sebab tak pernah serik.
حذفargh, port tido da best, suasana pula spoil.
ردحذفrasanya if je, okey je sbb rumah my mom dkt simpang tiga, jadiii mmg menjadi pilihan dak bermotor rem di jln yg lurus tu, tak kira pagi, petang, siang dan malam.
comelnya dgn polkadot. baru je tgk kumpulan elite pakai blouse polkadot. cantik baju fiza.
Suasana bising tu yang sangat spoil. Terus tak boleh tidur dan sakit kepala dengar bunyi motor rem rem tu. Ya Allah, kalau saya tak boleh tahan tu kalau setiap masa dengar bunyi motor merempit. Lagi-lagi yang bingit tu.
حذفTrend polka dot agaknya kot ek. Maceh Sya.
Pelikkan. Takkan polis/jpj tak boleh buat apa2 untuk membanteras gejala rempitan ni.
ردحذفBak kata CIk Renex dalam komen di atas, dorang tak serik walaupun dah kena tahan Polis. Polis pun dah tak tahu nak buat apa agaknya. Pelik betul kan.
حذفAduhaiiiiii rasa nak pi ketuk kepala satu satu mat rempit tu. Buat spoil orang nak tidur je
ردحذفTerganggu sangat tidur. Mungkin orang lain pun sama melainkan yang tidur mati tak sedar apa.
حذفAlahai mat rempit ni apa la faedahnya berlumba tu. Waktu2 tahajud pulak tu.
ردحذفTahu takpe. Dah jatuh baru nak serik. Itupun kalau serik lah.
حذفIsu rempit di serata Malaysia macam tak kan selesai kan? Semua anak Melayu pula tuh...hmmmmm. Geramnya dok preng preng sana sini padahal kitanya letih hendak berehat. Terima kasih perkongsian ni Fiza. Kalau ke Temerloh maknanya elakkan hotel-hotel di jalan utama
ردحذفBetul! Weekend pasti ada isunya dimana-mana. Ye, kena elakkan jalan utama tempat dorang merempit ni kalau nak bertenang-tenang rehat.
حذفanak buah ammi polis yang jadi mata-mata untuk aktiviti merempit. jadi dia pun ada satu motor yang mmg mcm mat rempit dan dia pun terpaksalah pretend mcm mat rempit. Merisaukan betul kalau dia kena join mat rempit ni berlumba...yelah macam2 boleh jadikan.
ردحذفAlamak, bahayanya macam tu. Kita risau dok jadi apa-apa ke kan masa bertugas menyamar tu. Semoga tak ada apa-apa berlaku. Tak mudah jadi polis pun, lagi-lagi nak membanteras gejala mat rempit ni.
حذفSelalunya kalau hotel tepi jalan utama masalahnya gitulah. Cara mengatasi? Pihak hotel kena buat bilik kalis bunyi (soundproof rooms) macam kebanyakan hotel di ibu kota.
ردحذفTak semua tempat macam tu. Tak mungkin pihak hotel nak buat macam tu, keluar modal banyak. Sepatutnya masalah mat rempit tu dibendung. Jadi, tak ada masalah lagi dan tak mengganggu kawasan sekitarnya.
حذفBagian luar bangunan nya baguuuus. Saya sukaaa kombinasi warna hitam dan kuning kuning tuh membuat warna jadi lebih hidup dan ceria.
ردحذفApalagi pas masuk, tetap ada warna kuning menghias yaa. 👍👍
Bagus juga disediakan welcome drinks dan snacks yg bisa ambil sendiri
Dipikir2 saya tak pernah pula nak minta level tinggi saat menginap di hotel manapun 😄😄. Selalunya terserah hotel je laah kasih lantai mana 🤭.
Naaaah saya kurang suka jugaaa kalau ada terali macam itu menghalangi jendela. Untuk apa pula fungsinya yaa.
Apa pernah ada huru hara dulu yg sampai mereka membuat jeruji tinggi begitu ? Soalnya di sini ada beberapa bangunan yg pakai jeruji tinggi, sebab THN 98 ada kerusuhan besar kan, yg mana banyak jatuh korban jiwa. Jadi sejak itu banyak bangunan pakai jeruji tinggi
Samaaa kita kak, selalunya pakai shampo dan conditioner sendiri kalau saya. Tak sesuai pakai yg hotel. Kecuali hotel bintang 5 ke atas, baru saya nak coba.
Kalau water dispenser letak luar, ada plus dan minus. Minus kalau letaknya jauh sangat hahahaha.
Oh setelah baca cerita Kaka ttg pembalap liar nih, mungkin alasan hotel memakai jeruji tinggi demi alasan keamanan dari mereka. Bisa saja mereka melempar batu ke kaca2 jendela tamu . Pembalap liar nih memang tak paham kelakuannya. Di sini pun ada kak. 😔. Kalau dah dengar suara mereka, langsung auto nak kutuk supaya accident mereka tuh
Di luar nampak moden dan bilik pun nampak moden. Itu yang pilih hotel ni. Ya, walaupun hotel kecil tapi sediakan welcome drinks & snacks tu. Layak dipuji.
حذفSaya suka level tinggi supaya permandangan tu lagi nampak menariklah.
Mungkin ada sebab kot letak macam tu, untuk keselamatan tetamu. Itu yang saya fikirlah. Allahuakbar, macam tragisnya kes tu.
Kann..kalau hotel besar tu rasanya boleh lagi nak pakai shampoo & conditionernya.
Mungkin juga ada hal begitu. Mereka ni kalau dah ramai-ramai macam-macam boleh jadi. Selagi tak ada kes yang teruk, selagi tu berleluasa tak pernah serik. Entahlah kan.