Balik dari Banting, tak pulang dengan tangan kosong. Anak buah bagi tempe daun yang dibuat sendiri menggunakan kacang soya non-gmo. Saya pernah ceritakan sebelum ni dalam entry tempe organik.

Cantik kejadian tempenya pun. Dibungkus dengan rapi menggunakan daun lebak. Susah nak jumpa tempe daun sekarang ni kan. Tempe daun jugalah yang sedap berbanding tempe yang dibungkus menggunakan plastik.

Anak buah saya pergi kelas belajar buat tempe dan dapatlah sambil-sambil tu menjual tempe. Kalau nak order contact je nombor di bawah ni. Harga berbaloi dengan rasa dan saiznya. Boleh order sehari dua awal untuk dapatkan tempe yang segar dan padat.

Masa saya sampai di Banting tu, dia tengah membungkus tempe. Jadi, bawa balik tu kenalah peramkan selama 2 hari barulah menjadi tempe. Saya letakkan di atas meja makan je. Tapi kelihatan kering sikit daunnya. Mungkin sebab panas.

Walaupun begitu, hasilnya tetap masih elok, gebu gebas kejadiannya. Bau tempe yang wangi dengan kacang soya non-gmo ni. Tak ada bau pelik. Nak makan terus pun boleh. Makanan prebitiotik yang bagus untuk penghadaman dan sumber protein yang sihat.

Walaupun begitu, hasilnya tetap masih elok, gebu gebas kejadiannya. Bau tempe yang wangi dengan kacang soya non-gmo ni. Tak ada bau pelik. Nak makan terus pun boleh. Makanan prebitiotik yang bagus untuk penghadaman dan sumber protein yang sihat.

Cantik kejadian tempenya pun. Dibungkus dengan rapi menggunakan daun lebak. Susah nak jumpa tempe daun sekarang ni kan. Tempe daun jugalah yang sedap berbanding tempe yang dibungkus menggunakan plastik.

Anak buah saya pergi kelas belajar buat tempe dan dapatlah sambil-sambil tu menjual tempe. Kalau nak order contact je nombor di bawah ni. Harga berbaloi dengan rasa dan saiznya. Boleh order sehari dua awal untuk dapatkan tempe yang segar dan padat.

Boleh dapatkan di sekitar Banting, Sri Kembangan, Serdang dan Putrajaya.
42 تعليقات
Lihat bentuknya saya yakin sedaaaap 😍😍😍. Saya sukaa makan tempe mentah begini kak 😄😍. Sedaap memang.
ردحذفBaguuus lah kalau bisa buat sendiri.
Di sini tempe yg bungkus daun masih banyak , dan rata2 masih pakai daun memang. Yg pakai plastik biasanya tempe yg dijual di supermarket saja. Kalau dijual di pasar tradisional, semua pakai daun mostly
Tempe segar homemade memang sedap lagi kan. Kita yakin lagi nak makan mentah. Ya, diusahakan sendiri oleh anak buah. Bagus macam tu masih mudah nak dapat tempe daun. Disana pakai daun apa Fanny?
حذفkalau delivery kat putrajaya, bolehla Bangi sekali kan?
ردحذفsaya tak pernah beli tempe daun camni. susah nak jumpa
Sekitar tu insya Allah boleh. Boleh cuba contact dia. Betul, susah nak jumpa tempe daun ni kan.
حذفBagusnya anak buah Fiza pandai buat tempe, memang boleh tambah income. Seronok kalau dapat beli direct dari pembuatnya, lebih segar dan sedaplah kan
ردحذفYe, ada pergi kelas tu yang tahu buat. Sambil-sambil tu boleh dapat income. Ya, lebih lebih segar lagi guna daun.
حذفBagusnya siap bungkus dengan daun. Betul susah jumpa yang begini.
ردحذفSemoga murah rezeki anak buah Fiza itu.
Ye, memang fokusnya buat tempe bungkus dengan daun.
حذفAamiin...
Terima kasih kak Wina doakan untuk anak buah saya.
Tempe daun boleh jumpa kat pasar sehari di kampung-kampung, orang kampung jual. Sedap, buat sambal goreng jawa. Semoga bisnes anak sedara Fizah semakin maju.
ردحذفA'ah, ada juga. Sambal tempe goreng jawa sedap, saya suka.
حذفAamiin...Terima kasih Kak Nur doakan untuk bisnes anak buah saya.
sedapnya tempe fresh macam ni. Sekarang beli tempe asyik dapat yang berbau pesing
ردحذفKann..sedap lagi makan tempe fresh macam ni. Betul, bau dia kadang kuat betul potong selera nak makan. huhuhu...
حذفGoreng dan ratah memang padu ni!
ردحذفMacam tu pun dah sodap kan uncle.
حذفsaya terus terbayangkan nasi ayam penyet
ردحذفheheheh
sedapnyaaa ada tempe goreng
goreng nipis2 fuhhh
Hihihi..tempe wajib ada dalam ayam penyet. Tak ada tempe, macam kurang. Fuhh sedap tu, tambah pula rangup sikit kan.
حذفtak pernah jumpa lagi tempe camni, hanya yg dlm plastik je ada. suka tempe dimakan dgn sambal belacan
ردحذفTempe daun susah nak cari sekarang kan. Mostly dalam plastik. Makan dengan sambal belacan pun sedap ni.
حذفPertama kali saya dengar nama tempeh ni
ردحذفYa, sebab masih baru lagi bisnes anak buah saya ni.
حذفsuka tempe daun. feel fresh bila makan, lagi2 bila jadi sambal goreng, auuuummm~
ردحذفalaaa gusi blm pulih.
Kann..dia punya best tu kita boleh rasa.
حذفAduh, terus terbantut selera kalau sakit gusi. Semoga cepat sembuh Sya.
Akak ada share juga aritu psl homemade tempe.. Ex-opismate jual.. Biasa mkn tempe bli yg kt supermarket je...Smoga bisnes anakbuah trus maju
ردحذفBest kan homemade tempe. Fresh dan sedap.
حذفInsyaAllah. Aamiin...
Terima kasih kak.
Nanti nak whatsapp anak buah Fizah kot dia boleh pos ke Shah Alam. Tempe homemade macam ni rasa molek kalau nak makan mentah macam tuh je
ردحذفShah Alam saya tak pasti. Boleh cuba whatsapp tanya dia. Makan mentah pun sedap. Anak-anak dia pun suka makan tempe.
حذفwahhh mesti sedap ni, dapat lak yang fresh di balut dengan daun lak tu.
ردحذفBetul tu Kak Dana. Sedap tempe fresh dibungkus dengan daun ni.
حذفJarang jumpa tempe balut daun ni. Sekarang banyak kilang buat dalam plastik.
ردحذفA'ah. Mostly jual dalam plastik tu je kan. Yang bungkus daun ni lagi sedap dan segar.
حذفsaya tak reti makan tempe
ردحذفIt's okay. Mungkin tak biasa makan tempe. Tapi boleh cuba kalau nak tahu rasa dia.
حذفAlamak saya x makan tempe .. x tau myb kurang gemar soya kot 😅😅 air soya pun kalau minum kena pilih yg btul² manis 🙈
ردحذفOhh fahamm...sebab tak makan yang berasaskan kacang soya. For sure produknya susah nak terima juga tu.
حذفcantik kejadian tempenye.. saya suke juga makan tempe, tp tempe daun mmg susah la nak jumpe skrg ni
ردحذفYa, cantik hasilnya. Segar dan sedap berlemak kacang soya tu. Memang susah nak jumpa, mostly yang homemade. Kalau di pasar mungkin senang juga nak cari.
حذفSelalunya kalau makan indonesia food mesti ada tempe.
ردحذفBetul juga tu.
حذفNampak gebu dan bersih betul tempe daun ni. Jarang sangat dah nak jumpa tempe balut daun lebak sekarang, kebanyakannya semua dalam plastik. Makan mentah-mentah macam tu pun dah sedap sebab guna bahan organik. Kalau goreng rangup atau buat sambal goreng Jawa memang padu ni
ردحذفYa, gebu dan bersih tempe ni sebab buka tepat pada masanya. Kalau lama sikit dia akan jadi kuning sikit. Boleh makan mentah, kalau masak tu lagilah sedap. Masak apa-apa pun sedap bagi peminat tempe.
حذفammi download je terus iklan tempe ni senang nanti nak cari.
ردحذفBoleh Ammi. No problem.
حذف