Disebabkan silap beli saiz lock-on sandals montbell di Mitsui Outlet KLIA Park hari tu, tak pasal-pasal kena beli baru. Yang tu masih belum terjual lagi, siapa-siapa berkenan boleh lah contact saya ye. Nak jual mur-mur je.
Oleh kerana sandals ni tak ada stok di Montbell Malaysia, jadi terpaksalah beli online di website Montbell Japan. Ada juga nampak di Shopee tapi risau terbeli yang fake. Baiklah kita beli di website rasmi je, dah tentu original.

Tiada kotak, dibungkus dalam balutan plastik dan masukkan dalam bungkusan kertas seperti di atas. Ringkas je cara pembungkusan dia. Macam bungkusan parcel domestik gitu kaedahnya. Nasib baiklah sampai dengan selamat. Bagus courier pun jujur buat kerja dengan amanah.

Saya suka design sandals yang unik, ringkas dan selesa dipakai. Lembut dipijak dan ringan. Senang nak pack masuk dalam beg kalau travel.

Pemilihan kasut juga penting untuk jaga kesihatan kaki kita. No more lah kasut selipar tinggi-tinggi ye. Lebih selesa pakai jenis tapak jenis flat rendah je.
Oleh kerana sandals ni tak ada stok di Montbell Malaysia, jadi terpaksalah beli online di website Montbell Japan. Ada juga nampak di Shopee tapi risau terbeli yang fake. Baiklah kita beli di website rasmi je, dah tentu original.
Saya buat pesanan pada tarikh 23 Ogos, 26 Ogos baru proses pesanan saya tu. Ada delay sikit di warehouase check stok katanya. Okaylah, tak ada hal asalkan sampai dengan selamat.
Shipping: JPY3,000 (Standard Shipping)
Total : JPY8,280
Harga lock-on sandals Montbell
Merchandise Total: JPY5,280Shipping: JPY3,000 (Standard Shipping)
Total : JPY8,280
Harga shipping boleh tahan mahal jugalah. Terpaksa jugalah kan. Total lebih kurang RM200 belas-belas macam tu.

Tunggu punya tunggu, akhirnya 2 September baru sampai. Fuhh..jenuh juga menunggu parcel dari Jepun ni. Pertama kali shopping online dari Jepun. Pernah shopping barang dari Singapore, Hong Kong, USA dan China tapi boleh tahan cepat juga sampai.

Tunggu punya tunggu, akhirnya 2 September baru sampai. Fuhh..jenuh juga menunggu parcel dari Jepun ni. Pertama kali shopping online dari Jepun. Pernah shopping barang dari Singapore, Hong Kong, USA dan China tapi boleh tahan cepat juga sampai.

Tiada kotak, dibungkus dalam balutan plastik dan masukkan dalam bungkusan kertas seperti di atas. Ringkas je cara pembungkusan dia. Macam bungkusan parcel domestik gitu kaedahnya. Nasib baiklah sampai dengan selamat. Bagus courier pun jujur buat kerja dengan amanah.

Saya suka design sandals yang unik, ringkas dan selesa dipakai. Lembut dipijak dan ringan. Senang nak pack masuk dalam beg kalau travel.

Saiz XS jugalah yang paling sesuai dengan kaki saya. Susah ek nak cari saiz selipar kasut yang saiz kecil ni. Rare sangat ke saiz kaki ni comel ni. Kalau UK biasanya saiz 4, Euro 35-36 dan kadang bergantung pada jenis design kasut juga.
26 تعليقات
jauh sandals ni terbang. alhamdulillah dapat juga yg selesa dikaki.
ردحذفsaiz kaki auni ni, terpaling comel.
Ya, jauh terbang dan selamat sampai akhirnya.
حذفAlamak, saiz kaki kita ni level-level budak sekolah menengah lagi agaknya ek.
Jauh sandal nya nun di Jepun.. Oh yg bli slh size tu tk leh tukar la ye kt mitsui
ردحذفYe, beli dari sana terus senang. Sini tak ada stok. Sebab dah buka tag, nak return pun tak boleh dah.
حذفOoo saiz kaki Fizah ni macam saiz kaki Cinderella comel aje. Itu yang nak cari saiz agak mencabar ye. Kira tak sampai 1 minggu sampai parcel dari Jepun ye. Tidak lama mana kan.
ردحذفHihi..Cinderella ek. Senang nak cari sebenarnya. Tapi tu lah mungkin ramai kaki saiz macam ni kot tu yang tak ada stok. huhuhu...
حذف23 Ogos placed order, sampai 2 Sept seminggu lebih jugalah baru dapat.
Saya pun suka pakai kasut tapak rata... sakit kaki pakai kasut bertumit ni. tapi walaupun rata, nak yang tapak dia ada span sikit.
ردحذفKann..biar yang lembut tak sakit kaki. Yang ni jenis lembut bukan jenis keras. Selesa untuk tapak kaki dan memijak tu. Kalau jenis keras, saya pun tak nak pakai.
حذفBerbaloi juga tunggu Montbell Lock-On Sandals sampai dari Jepun 😍 Design simple, ringan dan selesa memang ngam untuk travel. Saiz XS tu comel betul!
ردحذفYe, sangat berbaloi dan happy dapat juga akhirnya. hihi..kita saiz kaki remaja gitu.
حذفjauh tu sandal u all the way dari jepun!! u tak try ads kat carousel ker..kdg2 ada jer buyer yg berminat apa2 brg yg kita ads
ردحذفYe, sebab kat sana je ada stok dan beli yang original terus dari sana je senang. Baik, nanti saya cuba iklankan di carousel. Terima kasih.
حذفPerghh kita x pernah beli barangan obercee wak hehehe.... saiz kaki kita pun ala² cinderella tau..mmg ssh nak cari saiz slalunya. Kita bertabah je la ye... sbb tu dh dpt yg sesuai dan berkenan mmg akan repeat kasut yg sama je la 🤣🤣
ردحذفTapi KakRet selalu ke ober-C. hihihi..wah lebih kurang ek saiz kaki kita. Kann..pakai yang sama je sebab tu je yang selesa.
حذفbeli mahal2 bungkus plastik jer... ermmm... takpe la janji sampai dengan selamat
ردحذفTu lah pasalnya. Kotlah letak dalam kotak ke kan. hihi..takpelah, janji item tu betul dan sampai dengan selamat. Dah lah nak mencarinya cukup susah.
حذفSetelah saya ukur ulang, kaki saya ternyata 23cm. Tepatnya sebenarnya 22.5 cm. Tp saya lebih suka genapkan ke 23. Kalau sendal yg kebesaran bagi kakak itu size berapa?
ردحذفEh, samalah saiz kaki kita 22.5cm. Yang saiz S tu 23.5cm.
حذفjauhnya beli sandal dari jepun. cie punya kaki besar gedabak. comel je size kaki fizah.
ردحذفMalaysia tak ada stok dah. Tu yang beli dari Japan juga tu. hihi..Kaki saiz budak sekolah gitulah.
حذفWah! jauh beli kasut dari negara matahari terbit ni.
ردحذفYa, sebab di Malaysia ni tak ada stok saiz dan warna saya nak tu. huhuhu...
حذفAlhamdulillah, berbaloi sungguh tunggu sandal dari Jepun ni walaupun mengambil masa dan kos postage agak berpisah tiada. Rekabentuk dia memang nampak kemas, ringkas, dan yang paling penting selesa serta ringan bila dipakai berjalan atau travel. Puas hati dapat barang original terus dari laman rasmi Montbell
ردحذفYa, sangat berbaloilah dapat apa yang saya nak walaupun kena tunggu lama sikit dan agak mahal sikit dengan postagenya.
حذفauwww mahalnya harga sandal. size ammi sekarang UK size 4, tp kalau Euro saiz 37. Dah beranak pinak ni kembanglah kakinya sikit, kalau tak dulu kena cari kasut kanak-kanak
ردحذفBrand ni mahal sikit tapi kualiti, harap boleh pakai lama lah. Lebih kurang je saiz kaki kita Ammi. Special case sikit kan saiz kaki comel ni.
حذف