Malam Hari Merdeka keluar kejap pergi ke AEON Mall Seremban 2 nak membeli cadar baru untuk tilam baru. Cadar lama memang tak muatlah sebab tilam baru ni tebal. Nak tak nak kena beli baru juga lah.
Dah shopping, singgah makan malam di Rengit Coffee Rasa Kampung by Dagan Seremban 2. Mulanya nak beli bungkus je makan di rumah. Tapi macam masih awal lagi, cari lah kedai/cafe yang menarik di Seremban 2 alang-alang dah ke situ.
Kami pilih untuk makan malam di Rengit Coffee je lah nampak macam menarik juga. Rengit Coffee di Seremban 2 merupakan outlet keempat mereka yang baru dibuka pada bulan Jun 2026. Masih baru lagi.Rengit Coffee ada 3 outlet lagi yang lain di Johor Bahru, Batu Pahat dan Kulai. Kiranya ni produk dari Johor lah ni. Sama macam Kluang Rail Coffee gitu. Rengit ni nama daerah di Batu pahat.
Selaku orang Johore, tak kan tidak nak singgah makan di sini. Masa kami sampai tu boleh tahan penuh juga di ruang dalam. Kami memilih untuk makan di luar sahaja, di tepi belakang tersorok sikit. Nampak macam menarik pula duduk makan di situ.

Tak dapatlah nak tunjuk suasana dalam Cafe sebab duduk di luar. Di tepi dinding ni pun menarik dekorasi gambar suasana kampung sesuai dengan tema dia "Rasa Kampung"


Buku menu diberikan dan buat pesanan melalui QR yang diletakkan atas meja. Ada sekali loceng in case kalau memerlukan apa-apa atau nak panggil staff.
Nampak pantulan di bangunan sebelah, ambil gambar lah sekeping. Seorang Fiza pantang nampak cermin. Barulah nampak penuh suasana kampung tu di dinding Rengit Coffee.
Selain cermin, saya suka juga ambil gambar lampu. Lampu dia masih bersih ni tanpa habuk bertandang.

Lepas buat pesanan, kami diberikan semangkuk keropok mony/keropok bawang. Katanya buat kudap-kudap sementara menunggu order siap. Oo macam tu, baiklah. Terima kasih.

Tak lama kemudian I jelly pilihan saya pun sampai. I jelly ni ais limau jelly yang pernah viral tu. Saya tak order air, order i jelly je sebab ni pun macam air minuman juga. Nanti kalau order air juga tak habis pula.

Tak dapatlah nak tunjuk suasana dalam Cafe sebab duduk di luar. Di tepi dinding ni pun menarik dekorasi gambar suasana kampung sesuai dengan tema dia "Rasa Kampung"

By Dagan tu saya tak pasti nama Dagan tu nama apa, owner ke apa. Logo Gajah tu katanya melambangkan saiz biji coffee bean yang merupakan signature mereka iaitu Liberica AA.

Nampak pantulan di bangunan sebelah, ambil gambar lah sekeping. Seorang Fiza pantang nampak cermin. Barulah nampak penuh suasana kampung tu di dinding Rengit Coffee.


Lepas buat pesanan, kami diberikan semangkuk keropok mony/keropok bawang. Katanya buat kudap-kudap sementara menunggu order siap. Oo macam tu, baiklah. Terima kasih.
Cantik pula dihidangkan dalam mangkuk tempurung kelapa. Sambil menunggu dan bersembang, bolehlah makan keropok ni.


Sedap betul I jelly ni. Jeli lembut, masam manisnya seimbang. Tapi bawah-bawah tu macam manis sikit sebab saya tak kacau habis pada mulanya. Ada isi buah laici dan juga limau kasturi yang dibelah. Kalau rasa tak cukup masam boleh picitkan je limau tu.
Dihias pula dengan limau pudina bagi nampak seri dan menyegarkan lagi I jelly.
Encik suami pula pilih Iced Hainan Tea. Dihidangkan dalam gelas tinggi. Buih teh tariknya melimpah sampai ke piring alas. Tergoda tengok air teh tarik pekat ni. Saya sedut sikit, hmm sedap rasa dia tak manis sangat.

Sebenarnya tak tahu nak makan apa kat sini sebab banyak sangat pilihan. Banyak jenis lauk pauk yang sedap tapi malas nak pilih makan lauk pauk. Pilih Grilled Chicken Chop. Ayam panggang dia juicy dan lembut. Dimasak elok tak ada pun merah-merah. Dimasak elok sampai ke dalam masak dia.

Sebenarnya tak tahu nak makan apa kat sini sebab banyak sangat pilihan. Banyak jenis lauk pauk yang sedap tapi malas nak pilih makan lauk pauk. Pilih Grilled Chicken Chop. Ayam panggang dia juicy dan lembut. Dimasak elok tak ada pun merah-merah. Dimasak elok sampai ke dalam masak dia.
Rasa perapannya pun sedap. Sos blackpepper tu nampak sikit tapi cukup je dengan sekeping ayam tu. Salad dia menimbum ye. Nasib baiklah kita ni pemakan daun hijau.

Encik Suami pula pesan Grilled Chicken Chop Aglio Olio, sama je ayam panggang kami cuma hidangan ni tambah spaghetti aglio olio. Saya tak rasa pula spaghetti tu. Jadi, tak ada nak komen apa.

Alhamdulillah semua menu sedap-sedap di sini. Boleh ulang datang makan nanti. Tempat makan menarik, bersih dan selesa. Makanan pun sedap! Service pun laju. Tak lama menunggu makanan siap.

Total semuanya RM70.60.

28 تعليقات
Ok, ada juga di JB yaaaa. Saya nak rasa yg di JB saja nanti. 😍😍. Kalau kopi begini memang sukaaaaa, apalagi khas kampung. Lihat tempat pun sukaaaa kak. Dekorasi cantiiiik, banyak gambar...
ردحذفNaaaah saya sampai skr belum coba kopi jenis Liberica. Unik sikit jenis ini. Biasanya selalu arabica atau Robusta saja. Indonesia pun ada, cuma tak banyak cafe kopi yg pakai Liberica.
Cantiiiik piring dan gelas pakai batok kelapa yaaa 😍😍. Teringat dulu zaman sekolah, student laki2 ada disuruh buat gelas dan mangkuk pakai batok kelapa 😄.
Kalau teh tarik pekat Malaysia, tak mungkin tak sedap 🤣🤣. Saya memang sukaaa sangat. Makanan pun menggoda sangat. Pasti kenyang ini . Sayapun suka salad kak. Jadi pasti habis salad begitu.
Ya, ada di JB juga. Nanti carilah Fanny kalau sempat ke sana.
حذفSaya tak pakar sangat tentang biji kopi ni. Mana sedap minum je. Kalau tanya memang tak tahulah.
Teh tarik Malaysia memang win kan. Tourist suka teh tarik Malaysia. Sebagai pencinta sayur, haruslah habis sayurnya.
Menarik hidangan dalam mangkuk menggunakan tempurung kelapa kan. Agak leceh kalau nak buat tu sampai jadi betul-betul licin dan boleh digunakan.
Lawa gambar reflection cermin tu. Bagus dia bagi keropok, sementara order belum siap. Macam agak mahal sikit harga makanan, tapi nampak sedap, grilled chicken chop.
ردحذفKebetulan perasan cermin bangunan seberang jalan tu. Nampak menarik pula bila dipotretkan.
حذفKann..bagus jugalah bagi percuma sementara menunggu makanan sampai. Sedap, juicy lembut terasa rempah perapan tu.
Masa g batu pahat, tak teringin plak nak singgah mengupi kat sini. Tp tgk.menu yg awak order eh menarik plak di mata kita.. aishh nmpk gaya pasni kena singgah juga la kalau ke bp lagi
ردحذفKalau tak sampai ke Batu Pahat, kat Seremban ni pun dah dekat sikit kan. hihi..Kot Singgah Seremban lagi bolehlah cuba nanti kakRet.
حذفMenariknya i jelly tu. Segar je dapat hirup tu.
ردحذفSangat menarik. Rasanya kalau nak lepak-lepak makan tu je pun dah okay dah. Kenyang minum air dan makan jellynya.
حذفuniknya guna mangkuk tempurung kelapa! okaylah ada menu western jugak utk orang yg taknak makan berat2. chicken grilled tu nampak sedap!
ردحذفNampak menarik kan. Ya, ada banyak makanan berat lagi hidangan lauk pauk kampung tu. Semua nampak sedap. Yang kami order ni sedap.
حذفCantik mural di dinding itu.
ردحذفHargapun tidak mahal. Yeay bolrh datang cuba makanan lain pula.
Rasanya bukan mural sebab bukan atas dinding terus. Macam lukisan atas canvas dan diletakkan pada dinding. Cantik lukisan dengan suasana tu kan.
حذفHarga masih berpatutan lagi. Ya, boleh cuba datang makan menu lain pula.
suka pula sy tgk lukisan tu
ردحذفtampak sgt berseni
wahhhh makan dalam tempurung gituuu
Rasa tak rasa pula spaghetti tu. mcm mana tu? hehehe
Cantik kan. Rare sikitlah guna mangkuk tempurung gitu. Silap pula ayat tu, saya tak rasa sebenarnya. hihihi...Terima kasih tegur, dah betulkan dah.
حذفNasibaik takde caj keropok tu.. Kdg2 certain cafe dia hidang ingat kn free sbb kdg2 kita tk order.. Depa serve.. Tup2 dlm bil caj tibits... Rare air jelly tu dlm bekas tempurung.. Nice
ردحذفOhhh ada jugak ek macam tu. Tak baguslah macam tu kan.
حذفye, nice juga presentation dia hidangkan dalam mangkuk tempurung tu.
Menarik keropok dan dessert jelly hidang dalam tempurung kelapa. Vibes kampung sangat. Suka suasana cafe yang welcoming macam ni. Nak makan pun rasa nyaman je. Kena pula makanannya molek rasanya. Lagi ngam teruk begitu
ردحذفAdalah juga vibes kampung sikit walaupun kedainya moden. hihi...kann..kita pun syok nak makan kat sini.
حذفterliur grilled chicken chop tu
ردحذفSedap grilled chicken kat sini. Boleh cuba kalau tersinggah ke Rengit Coffee.
حذفBaru ini makan chicken chop je.
ردحذفAlhamdulillah.. Kat Rengit Coffee jugak ye?
حذفNampak terliur betul tengok Grilled Chicken Chop tu, juicy sangat! I Jelly tu pun nampak menyegarkan, sesuai betul minum masa cuaca panas. Untung dapat snacks keropok percuma sementara tunggu order Unik betul hidangan guna mangkuk tempurung kelapa tu, memang kena dengan tema Rasa Kampung. Walaupun kedai moden, seni gambar kat dinding tu tetap bagi vibes kampung yang cantik. Refleksi cermin tu pun kemas sangat gambarnya..nanti nak cuba la Rengit Coffee ni
ردحذفGrilled chicken dan i jelly tu boleh cuba nanti kan. Sedap kedua-duanya. Vibes pun best kat sini.
حذفharitu ammi ajak juga husband makan kat sini, pastu dia kata taknak sebab ownernya cha ya nun alif. Hmmm malaslah nak argue...kita redha jelah
ردحذفDia ada Halal cert. Boleh baca di website.
حذفSedapnya chicken chop
ردحذفYe, sedap chicken grilled chop kat sini. Alhamdulillah...
حذف