Hari Jumaat lepas Encik Suami balik awal, work from home petang tu. Tapi sampai rumah kena join meeting pula. Nasiblah kan. Mujur tak lama. Lepas habis waktu kerja, solat asar dan kami ke King Koil Flagship Store sekali lagi untuk beli tilam.
Disebabkan aunty tu baik melayan kami, itu yang beli juga dengan aunty. Kena beli cepat takut habis promo merdeka ni ada 20% OFF. Sabtu tu tak dapat pergi sebab ada kenduri. Itu yang pergi Jumaat tu juga. Isnin dah cuti merdeka.

Masih lagi dalam dilema nak beli katil mana satu. Ada dua pilihan katil yang kami suka. Lepas aunty tu check stok, cuma ada yang ni je dalam stok. Satu lagi tu kena order dulu. Jadi, kami pilih yang ni lah. Harga murah sikit daripada yang satu lagi tu.



Selesai memilih dan membuat bayaran. Tapi tak terus hantar ke rumah masa tu juga. Ambil masa untuk mereka proses penghantaran tu. Kalau urgent mereka boleh cuba hantar secepat mungkin bergantung pada stok dan transport jugalah tapi.

Kami minta hantar pada hari Selasa sebab Encik Suami cuti sempena Selangor cuti peristiwa. Hari Sabtu dan Ahad tu tak ada kat rumah. Isnin tu kedai tutup rasanya cepat cuti Merdeka.

Penghantaran percuma dan mereka ambil tilam lama sebab mereka boleh tolong dispose kan. Kalau nak simpan pun nak buat apa kan. Nak buang nanti nak buang kat mana? Jadi, baguslah mereka tolong dispose kan. Senang kerja kita juga.
Malam sebelum tu kami dah shopping siap-siap bedsheets baru untuk tilam setebal ini, cari di AEON Seremban 2 jenama Akemi. Sebelum ni tilam separuh tebal daripada yang baru ni. Empuk elok lena tidur atas tilam baru dengan bantal baru juga. Macam tidur di hotel dah ni.


Masih lagi dalam dilema nak beli katil mana satu. Ada dua pilihan katil yang kami suka. Lepas aunty tu check stok, cuma ada yang ni je dalam stok. Satu lagi tu kena order dulu. Jadi, kami pilih yang ni lah. Harga murah sikit daripada yang satu lagi tu.

Kami pilih luxury Rest. Selesa, material sejuk dan pattern pun menarik. Satu lagi tu mahal sebab ada latex foam. Beza seribu lebih jugalah harga dia.

Kalau tak kerana Encik Suami sakit tulang belakang tu, tidaklah kami membeli tilam mahal-mahal ni. Ada hikmahnya jugalah tu dapat tilam bagus berkualiti untuk jangka masa panjang jaga kesihatan tulang.


Kami minta hantar pada hari Selasa sebab Encik Suami cuti sempena Selangor cuti peristiwa. Hari Sabtu dan Ahad tu tak ada kat rumah. Isnin tu kedai tutup rasanya cepat cuti Merdeka.
Seperti yang dijanjikan pada waktunya, sampailah tilam yang kami beli tu. Dapat percuma sekali dua biji bantal, bantal peluk dan juga pelindung tilam semua jenama King Koil juga.

Penghantaran percuma dan mereka ambil tilam lama sebab mereka boleh tolong dispose kan. Kalau nak simpan pun nak buat apa kan. Nak buang nanti nak buang kat mana? Jadi, baguslah mereka tolong dispose kan. Senang kerja kita juga.

Tilam dan katil King Koil juga digunakan oleh Hotel-Hotel lima bintang. Pernah menginap di hotel Hilton (Double Tree) dan Eastin Hotel. Memang best tidur atas tilam empuk. Warranty selama 15 tahun.
Harapnya tak sakit tulang belakang lagilah. Haritu Encik Suami dah buat MRI di Hospital Columbia Asia. Doktor beritahu sekian sekian sekian, bagi ubat dan follow up pada bulan ni. Harapnya semakin membaik dan pulih kembali. Aaamiin...
Harapnya tak sakit tulang belakang lagilah. Haritu Encik Suami dah buat MRI di Hospital Columbia Asia. Doktor beritahu sekian sekian sekian, bagi ubat dan follow up pada bulan ni. Harapnya semakin membaik dan pulih kembali. Aaamiin...
30 تعليقات
Semoga pelaburan sis ni berbaloi..Amin
ردحذفAamiin...
حذفMesti seronok dapat tidor tilam baru lagi mahal. Sekarang senang, beli apa2 barang lama terus diangkat pergi. HAri tu saya beli mesin basuh pon sama, mesin basuh lama yang dah rosak dia angkat sekali untuk lupuskan, saya tanya bole ke amik barang yang lain juga, bila dia kata bole, amik la sekali peti ais yang dah rosak tu...
ردحذفAlhamdulillah. Bagusnya kalau macam tu. Kita pun tak kuasa lah nak simpan barang-barang lama yang rosak kan. Tempat e-waste pun susah nak cari. Eloklah dia boleh ambil sekali. Kita pun senang hati dan senang kerja.
حذفSebelum ni akak pun tak ambil peduli sangat berkenaan jenis tilam. Tapi rupa-rupanya pemilihan tilam yang bagus sangatlah penting untuk kualiti tidur yang baik. Tidur berkualiti, insyaAllah bangun pagi lebih segar.
ردحذفAgaknya dah semakin berusia ni baru kita sedar tentang tu kot kan kak Ujie. Kena dapatkan tidur dengan pemilihan tilam yang sesuai, barulah tak sakit-sakit badan dan segar bangun tidur bila tidur berkualiti.
حذفWah akhirnya berjaya juga sambar tilam baru ye ... bagus² kita pun mcm nak tukar tilam n katil tp mcm sayang plak sbb nnt x sama set dgn yg lama.. nk buang yg lama ni pun syg juga haha eh lelebih plak kita nikan padahal tido sorg² je pun 🤣🤣
ردحذفAlhamdulillah..beli jugalah demi kesihatan tulang temulang.
حذفMesti ada sentimental value tu sebab sayang nak buang tu. Kann...
Tidur sorang ke, berdua ke kena ada tilam yang best. Barulah selesa dan lena tidur. Tapi kalau masih OK lagi tilamnya tak perlu beli baru pun.
Umur makin meningkat mmg perlu tilam yg lebih selesa, based on experience akk juga. Sbb kita dah mula sakit itu ini dan untuk penjagaan tulang serta tidur yg berkualiti. Banyak free gift dia bagi ye, best!
ردحذفBetul tu kak. Badan nak pakai lama orang kata.
حذفBest dapat banyak free gift.
Alhamdulillah, rezeki beli tilam empuk.. tapi, tula . Bapak kita kat kampung tido atas kerusi malas je . Takmo nya dia tido atas katil.. adui la, pening kita
ردحذفAlhamdulillah..
حذفAduhaiii..kita pulak yang risau. Tapi yelah, dorang ni kadang kita cakap apa pun tetaplah macam tu juga kan. Sabar je lah.
mahal sikit takpe kan asalkan berbaloi dgn msnfaat yg kita dpt nanti
ردحذفBetul, berbaloi utk jangka masa panjang.
حذفSemoga pelaburan membeli tilam KK ni dapat melegakan sakit tulang belakang yg dialami suami Pizzah, Pizzah pun dapatlah tumpang sekaki, hihi. Jenama tilam KK ni memang bagus, ada warranty lama kan tu, koman² 10 tahun. Memang rasa macam tido hotel tiap malam, hehehe.
ردحذفHarap begitulah. Aamiiin…Itulah, dapatlah kita tumpang sekali. A’ah warranty lama 15tahun. Lupa pulak nak update. hihi..
حذفItulah tu, feel tdo hotel 😁
Aiiih lebih bagus beli tilam mahal walau tak sakit punggung, daripada beli sofa mahal kak. Sebab tilam itu sangat mempengaruhi kesehatan punggung belakang dan kualitas tidur kita. Jadi di saat usia dah matured, punggung tetap tak ada masalah. Tidurpun Lena kan.
ردحذفBaguuuus lah beli kingkoil ini. Saya beli yg lateks, dah 15 tahun usia, masih awet masih gebu, tak menurun kualitasnya . Kalau kata sellernya dulu di jamin sampai 20 tahun pun msh bagus. Memang terbukti kak
Ye, disebabkan memikirkan kesihatan tulang tu lah melabur jugalah beli tilam mahal ni. Haritu nak beli latex juga, tapi stok lambat sikit. Takpelah, yang ni pun bagus juga. Baguskan masih elok lagi walaupun dah 15 tahun. Sangat berbaloilah macam tu.
حذفLena tidur ni tilam selesa. Berbaloi la untuk kesihatan juga.
ردحذفAlhamdulillah..Sangat lena tidur setiap malam. Semoga baik-baik je.
حذفcaner nak tahu cadar utk tilam tebal atau tidak ye?
ردحذفkita byk kalu kantoi beli cadar senteng. i frust.
Kalau beli online saya tak pasti sebab macam susah nak jumpa. Yang option biasa tu single queen dan king. Dia takde spesific saiz kan. Yang ni saya beli kat AEON tanya pada promoter tu. Dia tunjukkan saiz tilam yang tebal 14 inch, satu lagi 8 inch. Kena check saiz katil dan tanya pada promoter tu terus senang kerja.
حذفAkhirnya pilih KK juga daripada Auntie yang baik hati.
ردحذفAlhamdulillah. Rupanya Hotel Double Tree dan Eastin guna katil dan tilam ini juga. Tebal, hehe sampai kena beli cadar baru.
Ya, pilih aunty tu jugalah. Alhamdulillah dapat juga tilam pilihan kami.
حذفA'ah kena beli cadar baru sebab yang lama tu memang tak muatlah untuk jenis tilam tebal macam ni. huhuhu...
warranty berapa lama fiza?
ردحذفtak apa demi kesihatan kan... kita laburkan utk masa hadapan...
moga berkurangan skt blkg suami fiza lps ni
aminnn
Saya ada tulis dalam entry di atas tu Anies. 15 tahun.
حذفYe, pelaburan untuk jangka masa panjang.
Harap begitulah. Aamiin...
Terima kasih Anies.
yg penting pilihan terbaek utk tidur yg nyenyak selesa dan bagus utk postur bdn
ردحذفYa, tepat sekali. Untuk penjagaan tulang dan juga kualiti tidur yang bagus.
حذفkalau sakit belakang, tilam mmg memainkan peranan. bukan boleh pakai asal boleh je. ammi pun kadang-kadang kalau balik dari bercuti jadi sakit belakang sebab kalau kat homestay biashe2 mana dia nak guna tilam yg mahalkan....
ردحذفBetul, faktor tilam pun mempengaruhi kesihatan tulang belakang kita kan. Sakit badan kalau pakai tilam biasa tu.
حذف