16 September, Selamat Hari Malaysia 2026 yang ke-63 tahun. Tahun ni Hari Malaysia jatuh pada hari Rabu dan merupakan cuti umum untuk seluruh negara.
Kita satu bangsa
Kita satu negara
Kita satu matlamat
Kita satu bangsa
Satu negara
Kita 1 Malaysia
Bersemangat kita nyanyikan lagu Kita 1 Malaysia ni. Masih melekat lagi dalam ingatan sampai sekarang. Begitu juga dengan lagu-lagu Merdeka dan patriotik Malaysia.
Pada tahun ini negeri Sarawak akan menjadi tuan rumah untuk acara sambutan Hari Kebangsaan akan diadakan di Pusat Konvesyen Borneo Kuching (BCCK) Sarawak pada hari Rabu, 16 September 2026.
Hari Malaysia merupakan simbol penyatuan rakyat Malaysia di bawah satu bendera, satu suara, dan satu semangat kebangsaan. Masih ingatkah lagi dengan lirik lagu ni?
Kita satu bangsa
Kita satu negara
Kita satu matlamat
Kita satu bangsa
Satu negara
Kita 1 Malaysia
Bersemangat kita nyanyikan lagu Kita 1 Malaysia ni. Masih melekat lagi dalam ingatan sampai sekarang. Begitu juga dengan lagu-lagu Merdeka dan patriotik Malaysia.
Tema dan Sambutan Hari Malaysia 2026
Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 membawa tema rasmi Malaysia MADANI : Kesejahteraan Dinikmati.![]() |
| sumber: Merdeka 360 |
Pada tahun ini negeri Sarawak akan menjadi tuan rumah untuk acara sambutan Hari Kebangsaan akan diadakan di Pusat Konvesyen Borneo Kuching (BCCK) Sarawak pada hari Rabu, 16 September 2026.
Antara atur cara yang akan ditampilkan adalah keunikan budaya melalui gabungan persembahan pelbagai etnik dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
menterjemahkan keharmonian dan kebersamaan rakyat Malaysia merentasi wilayah menerusi kepelbagaian budaya serta kepercayaan yang dihayati bersamaUntuk maklumat lanjut boleh rujuk portal rasmi Merdeka 360.
Ringkasan Sejarah Hari Malaysia
Hari Malaysia 16 September 1963 merupakan tarikh hari Malaysia pertama. Tarikh 16 September setiap tahun disambut bagi memperingati, menghayati dan memahami sejarah penubuhan Persekutuan Malaysia demi mengekalkan Malaysia sebagai negara berdaulat dan bebas dari cengkaman kolonial British.
Penubuhan Persekutuan Malaysia yang menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura pada 1963.
Kepentingan sambutan Hari Malaysia juga untuk memperingati jasa dan sumbangan para pemimpin dan pahlawan negara terdahulu yang telah berjuang mengangkat martabat dan maruah bangsa dan negara daripada belenggu penjajahan asing.
Kemerdekaan itu sendiri dapat mengukuhkan perpaduan dan keharmonian antara kaum di Malaysia. Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada pelbagai kaum, agama, bangsa dan budaya. Semoga kita semua dapat mengekalkan perpaduan dan keharmonian tersebut.
Sempena sambutan Hari Malaysia 2026, marilah kita bersama-sama menghayati erti sebenar perpaduan, menghargai pengorbanan para pejuang serta memperkukuh semangat perpaduan dan kecintaan terhadap tanah air tercinta.

Selamat Hari Malaysia ke-63 2026 dan selamat bercuti semua rakyat Malaysia.

36 تعليقات
Selamat Hari Malaysia 🇲🇾
ردحذفSemoga negara kita terus makmur dan bebas.
Aamiin...
حذفSelamat Hari Malaysia juga utk semua
ردحذفSelamat menyambut Hari Malaysia dan selamat bercuti KakRet.
حذفMoga Malaysia terus aman damai makmur, Aamiin ya Rabbal Alamin
ردحذفAamiin....
حذفSelamat Hari Malaysia yg ke 63.!!!
ردحذفSelamat menyambut Hari Malaysia ke-63 dan selamat bercuti.
حذفMalaysia is one of my dream country to explore someday...Happy Malaysia Independence Day 🇲🇾🫡
ردحذفYou should come and visit Malaysia. I hope that one day you’ll have the chance to visit and enjoy a wonderful holiday here. Thank you so much for your kind wishes!
حذفselamat hari malaysia 2026
ردحذفSelamat Hari Malaysia 2026 dan selamat becuti Rabia.
حذفSelamat menyambut Hari Malaysia.
ردحذفSelamat menyambut Hari Malaysia 2026 dan selamat bercuti Cie.
حذفSelamat hari Malaysia
ردحذفSelamat Hari Malaysia 2026 dan selamat bercuti Linda.
حذفSemuga Malaysia tetap Aman Dan makmur. Selamat Hari Malaysia
ردحذفAaamiin...
حذفSelamat menyambut Hari Malaysia dan selamat bercuti Kak Notie.
Happy Malaysia Day!!! :)
ردحذفThank you so much Linda for your kind wishes.
حذفselamat hari malaysia
ردحذفtak join event keretapi sarong ke? ;-)
Selamat Hari Malaysia Anies.
حذفTaklah, saya bukan geng keretapi sarong. hihihi...
Selamat hari Malaysia!!
ردحذفSelamat Hari Malaysia dan selamat bercuti Nadia.
حذفSalam Hari Malaysia, dan selamat bercuti, Fizah. 😊
ردحذفSelamat Hari Malaysia dan selamat bercuti juga Kak Nur.
حذفmoga malaysia terus aman makmur. aamiin
ردحذفAamiin...
حذفSelamat Hari Malaysia 🇲🇾 Semoga semangat kebersamaan, saling menghormati dan kasih pada negara terus mekar.
ردحذفAamiin...
حذفSelamat Hari Malaysia dan selamat bercuti Dr. Syaz.
Selamat menyambut Hari Malaysia.
ردحذفSelamat bercuti an beristeri rehat.
Selamat Hari Malaysia dan bercuti juga wak.
حذفselamat Hari Malaysia sis =)
ردحذفSelamat Hari Malaysia Sis Nieza.
حذفHari Malaysia tahun ini di sampai pada hari RABU ye Pizzah. Ni mesti sebab tengah banyak 'berangan' sampai hari pun lupa. he he he
ردحذفHihihi..banyak sangat fikir agaknya. Kenapalah ingat hari Selasa tu kan. Terima kasih bagitahu. Dah banyak yang komen pun takde yang perasan pulak. huhuhu...
حذفSaya dah betulkan.