16 September, Selamat Hari Malaysia 2026 yang ke-63 tahun. Tahun ni Hari Malaysia jatuh pada hari Rabu dan merupakan cuti umum untuk seluruh negara. 

Hari Malaysia merupakan simbol penyatuan rakyat Malaysia di bawah satu bendera, satu suara, dan satu semangat kebangsaan. Masih ingatkah lagi dengan lirik lagu ni?

Kita satu bangsa
Kita satu negara
Kita satu matlamat
Kita satu bangsa
Satu negara
Kita 1 Malaysia

Bersemangat kita nyanyikan lagu Kita 1 Malaysia ni. Masih melekat lagi dalam ingatan sampai sekarang. Begitu juga dengan lagu-lagu Merdeka dan patriotik Malaysia


Tema dan Sambutan Hari Malaysia 2026

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 membawa tema rasmi Malaysia MADANI : Kesejahteraan Dinikmati.

Sambutan Hari Malaysia 2026 yang ke-63
sumber: Merdeka 360

Pada tahun ini negeri Sarawak akan menjadi tuan rumah untuk acara sambutan Hari Kebangsaan akan diadakan di Pusat Konvesyen Borneo Kuching (BCCK) Sarawak pada hari Rabu, 16 September 2026.

Antara atur cara yang akan ditampilkan adalah keunikan budaya melalui gabungan persembahan pelbagai etnik dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
menterjemahkan keharmonian dan kebersamaan rakyat Malaysia merentasi wilayah menerusi kepelbagaian budaya serta kepercayaan yang dihayati bersama

Untuk maklumat lanjut  boleh rujuk portal rasmi Merdeka 360.

Ringkasan Sejarah Hari Malaysia

Hari Malaysia 16 September 1963 merupakan tarikh hari Malaysia pertama. Tarikh 16 September setiap tahun disambut bagi memperingati, menghayati dan memahami sejarah penubuhan Persekutuan Malaysia demi mengekalkan Malaysia sebagai negara berdaulat dan bebas dari cengkaman kolonial British.

Penubuhan Persekutuan Malaysia yang menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura pada 1963.

Kepentingan sambutan Hari Malaysia juga untuk memperingati jasa dan sumbangan para pemimpin dan pahlawan negara terdahulu yang telah berjuang mengangkat martabat dan maruah bangsa dan negara daripada belenggu penjajahan asing.

Kemerdekaan itu sendiri dapat mengukuhkan perpaduan dan keharmonian antara kaum di Malaysia. Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada pelbagai kaum, agama, bangsa dan budaya. Semoga kita semua dapat mengekalkan perpaduan dan keharmonian tersebut.

Sempena sambutan Hari Malaysia 2026, marilah kita bersama-sama menghayati erti sebenar perpaduan, menghargai pengorbanan para pejuang serta memperkukuh semangat perpaduan dan kecintaan terhadap tanah air tercinta.

Selamat Hari Malaysia ke-63 2026 dan selamat bercuti semua rakyat Malaysia.