Selesai makan di Ayam Gepuk Pak Gembus, terus ke Pusat Derma Darah Hospital Tuanku Ja'afar Seremban. Encik Suami nak derma darah. Dah lama tertangguh lebih dari waktu yang sepatutnya. Kali ni Encik Suami je derma darah sorang.
Tak dapatlah nak seiring sejalan derma darah sebabnya saya tak cukup tidur dan agak penat. Rasa badan tak cukup tenaga. Nak berehat pun ye sebab baru lepas buat pre-assessment IOL Surgery tu.


Risau nanti derma darah kita pengsan pula. Confirm blood pressure pun tinggi. Tambah lagi kita ni white coat syndrome.
Tak ramai orang yang menderma darah pada hari waktu bekerja ni. Hari minggu tutup pula. Biasanya kalau hujung minggu mereka akan buat kempen derma darah dimana-mana. Kena tengok mereka update di facebook.
Sedih betul tak dapat nak derma darah sama-sama. Tunggulah kita betul-betul sihat semua barulah kita derma. Selagi boleh derma kan. InshaAllah...
Semoga ada kebaikan dan Allah berikan kita kesihatan yang baik. Aaamiin...
Secara rasminya, Encik Suami dah derma darah untuk kali 39. Alhamdulillah. Saya baru dua kali. Jauh terpelanting kalau nak dibandingkan. huhu...
28 تعليقات
Kalau tak pernah derma darah sebab memang tak boleh. Faktor kesihatan agaknya hehe
ردحذفIt's okay. Risau memudaratkan pulak nanti kan.
حذفSemoga sehat sentiasa.. aminn
ردحذفAamiin...
حذفBila baca ni, saya baru teringat..dah lama jugak saya tak menderma darah..Nanti lah singgah derma darah...Tahniah dah 39 Kali! Banyak Kali tuuu! Ramai memerlukan darah kita...selagi sihat Dan boleh menderma, bagus diamalkan..
ردحذفSelamat menderma darah Nona. Terima kasih, bagi pihak Encik Suami saya. Betul tu, darah sentiasa diperlukan. Selagi sihat inshaAllah...
حذفbarakallah fiih (utk ur hubby). bagus sgt2 those yg rajin derma darah ni. moga dpt pahala yg besar di sisiNya..aamiin
ردحذفAlhamdulillah...InshaAllah.
حذفTerima kasih.
Hubby pun pernah derma darah juga. Isterinya yang tak pernah ya sebab ambik darah pun takut. Ya allah tak boleh nampak jarum yang cucuk tu ya.....
ردحذفIt's ok. Mana kemampuan tu bolehlah teruskan. Betul-betul takut ni kalau tengok jarum pun tak boleh.
حذفIstiqamah sang suami Aphizha. Moga Allah beri kelapangan dan kemudahan kepada suami dan Aphizha.
ردحذفSelagi boleh, inshaAllah diteruskan. Aamiin...Terima kasih kak Wina.
حذفAlhamdulillah. Tahniah kepada encik suami Fizah, kerana sudah banyak kali menderma.
ردحذفAkak dah lama tak derma darah. Pernah derma 4 kali, itu pun sebelum berkahwin.
Alhamdulillah...Terima kasih Kak Nur. Okaylah tu kak Nur. Asalkan kita pernah menderma dan merasai pengalaman tu.
حذفTahniah untuk Encik Suami yang konsisten derma darah sehingga 39 kali. Kalau Fizah rasa terpelanting sebab baru 2 kali derma darah, Kak Amie lagilah terus jatuh gedebuk sebab tak pernah derma darah.... ahaks!
ردحذفAlhamdulillah...Terima kasih kak Amie. It's okay Kak Amie. Ikut kemampuan kita. Kalau memudaratkan kita lebih baik tidak menderma.
حذفPatutlah keluar berita, Pusat Darah Negara (PDN) merayu supaya kita derma darah. Bekalan darah makin kritikal. Saya pula lama sudah tak menyumbang. Tapi, kalau sudah derma darah 39 kali, ini luar biasa. Hebat!
ردحذفYe, selalu nampak di fb war-warkan supaya orang ramai datang menderma darah. Jika berkesempatan boleh lah menderma nanti. Alhamdulillah...
حذفWahhhh bagusnya suami Fizah menderma darah 39 kali ye kalau tak salah mata KSarie membacanya ni. Semoga sesiapa yang sihat dan berkemampuan untuk menderma darah dapat terus menderma darah untuk kegunaan ramai
ردحذفYe betul, dah 39 kali.
حذفAamiin...
wow 39 kali! hebat sungguh.
ردحذفsaya takde pengalaman menderma darah lagi, takuttt
Alhamdulillah...
حذفMungkin nanti boleh cuba sekali. Dulu saya pun takut. Dah derma sekali okay je. Rasa nak derma lagi dan derma. Tapi tulah kadang keadaan tak mengizinkan.
wowwww...salute kat husband Fiza. 39 kali. Fiza 2kali...ammi??? hmmmm belum sekalipun
ردحذفAlhamdulillah. Selagi masih mampu Ammi. Kita dua kali pun jadilah...Takpe, ikut kemampuan kita.
حذفSaya tak pernah. Antara takut juga sebenarnya. Tp pernah tes, tak bisa sebab blood pressure ntah kenapa naik. Mungkin sebab takut tadi.
ردحذفSuami yg dulu sering, cuma dah beberapa bulan ini, tiap nak donor, tp saat periksa, blood pressure tinggi juga 😞
Ya, selalu jadi macam tu jugak. Doktor kata saya ni ada white coat syndrome. Jenis penakut. Tapi kalau check kat rumah okay je bacaan BP tu, normal.
حذفKena cuba sekali Fanny. hihi.. Sayang sekali kalau macam tu kan. Kita dah semangat nak derma. Tapi tak pass pulak.
tuuuu diaaaaa 39 kali
ردحذفsuami fiza darah O+ ya?
Ye betul, darah O+.
حذف