Berhajat nak makan tengahari di Gastrohub Nilai lepas shopping di AEON Nilai. Tapi tengok kereta banyak kat ruang parkir. Tak jadilah nak makan kat situ. Malas nak tambah keramaian dan malas nak tunggu lama.


Encik Suami buat pesanan dan bayar di kaunter. Saya tunggu di meja je sebab Encik suami dah tahu kita nak makan apa.

Macam biasalah menu kegemaran saya kalau makan di Richiamo Coffee, Nasi daging salai asap. Semangkuk lauk daging salai masak lemak cili api. Semangkuk kecil sambal belacan untuk rasa pedas sebab masak lemak tu tak pedas ye.

Encik Suami macam biasa dengan Naslem Ayam Rendang nya. Jangan tak tahu Naslem tu apa. Tengah panas isu Naslem ni. Malas nak ambil gambar menu Encik Suami sebab kita nak makan cepat dah lapar.
Latte art yang simple je, buat bentuk love.

Encik Suami pesan hazelnut cappuccino pulak dia. Kita pun hirup jugalah nak rasa. Terus cancel cut sugar. Apooo...

Total makan berdua seperti dalam resit. Paling best mengopi kat Richiamo Coffee ni murah dan sedap. Makanan pun sedap kena dengan selera kami. Setakat ni Richiamo Coffee cawangan Pajam Nilai ni tak pernah mengecewakan.
Tak idea nak makan kat mana di Nilai ni. Sudahnya singgah makan tengah hari di Richiamo Pajam Nilai je lah, tempat makan yang biasa singgah. Lagipun dekat dengan tol senang nak balik rumah.

Macam biasalah tak ramai pelanggan. Ada satu meja je berpenghuni tengah bincang bisnes projek juta-juta agaknya. Mereka duduk selang beberapa meja dari kami, tak termasuk dalam gambar.

Encik Suami buat pesanan dan bayar di kaunter. Saya tunggu di meja je sebab Encik suami dah tahu kita nak makan apa.
Potretkan lampu ni sebab macam menarik pula.

Didatangkan bersama semangkuk nasi, hirisan timun, lobak merah, daun salad dan seekor ikan masin. Tak tahu ikan masin apa. Berselera makan sebab dah lama merindui masakan lemak sejak lama cuti masak ni.

Encik Suami macam biasa dengan Naslem Ayam Rendang nya. Jangan tak tahu Naslem tu apa. Tengah panas isu Naslem ni. Malas nak ambil gambar menu Encik Suami sebab kita nak makan cepat dah lapar.
Sekarang hazelnut latte bukan lagi kegemaran, nak cut sugar. Pesan Caffe latte panas. Walaupun dalam susu pun ada gula, tapi tak apa. Sekurang-kurangkan kita dapat kurangkan pengambilan gula dalam minuman.
Eh, nasi tu pun banyak gulanya juga. Sesekali makan luar tak apa kot kan. Sini mana boleh minta nasi separuh. Boleh ke?
Latte art yang simple je, buat bentuk love.

Encik Suami pesan hazelnut cappuccino pulak dia. Kita pun hirup jugalah nak rasa. Terus cancel cut sugar. Apooo...

Total makan berdua seperti dalam resit. Paling best mengopi kat Richiamo Coffee ni murah dan sedap. Makanan pun sedap kena dengan selera kami. Setakat ni Richiamo Coffee cawangan Pajam Nilai ni tak pernah mengecewakan.
34 تعليقات
lama btul tk singgah richiamo..suka juga menu nasi kt sini
ردحذفMenu nasi dia sedap kan. Banyak pilihan.
حذفnampak menarik interior.. teratur je, ..tu la naslem, nasmia, nasker..macam-macam hihi
ردحذفYa, kalau ID Richiamo Coffee ni cantik dan kemas. Nasmia dan Nasker apa pulak ye? Nasgor tahulah jugak. hihi...
حذفApo? Mana boleh cut sugar kalau dah sampai ke Richiamo Coffee. Baguslah en suami Fiza, tak perlu tanya dah isteri nak makan apa, tapi kan, kita pun bila baca tajuk dah agak, Fiza mesti makan nasi daging salai. Ehhhh, kita pun dah tahu laaa menu kegemaran awak di RC, hihi.
ردحذفHahaha...dah boleh agak dah ek.
حذفnak cut sugar kena buat kat rumah. buat kat resto mmg x jd😁😁
ردحذفHihi..Kat rumah pun kadang payah juga. Cobaan betul lah.
حذفhahaha beertabahlah
حذفItulah tu. Semua pun ada gulanya. huhu...
حذفsiapa yang mula dulu naslem ni Fiza hahahha..terkial-kial makcik2 nak fikir apa benda la naslem tu rupanya nasi lemak
ردحذفKecoh kat threads kalau tak silap saya. Ke TT entah. Mula saya pun macam pening apa benda. Lahh rupanya nasi lemak. aduhaiii...
حذفSedih juga klu bukak cafe gah2 mcm ni tetiba customer boleh dihitung dgn jari. 🥲. Melainkan di sebaliknya ada buat grab food.
ردحذفI bukan cut sugar lagi, cut coffee terus. Hahaha. Tapi klu ke coffee house, alamat la diet caffeine pun ke laut.
Kann..rasa macam sendu je. Susah juga nak maintain dalam F&B ni. Banyak saingan.
حذفWah itu dah bagus cut coffee terus. Hihi..Tak boleh elak kan kalau dah masuk. huhu...
Terasa balik ke rumah sendiri pulak bila baca entri Richiamo Pajam ni 😄
ردحذفTiap kali kami makan sini memang lengang.
Setuju dengan ayat terakhir Fiza, kami makan di Richiamo Changlun selalu kecewa. Dah tak nak pergi situ lagi dah 😅
Hihi..sentiasa tenang gitu kan. Patutnya dorang kena standardized rasa setiap cawangan tu kan.
حذفHehe Fiza terdengar ke orang yang ada di meja bincang projek juta-juta.
ردحذفIngat Naslem ni nama orang.
Akak rasa susah nak potong gula, Aphizha.
Taklah, tengok gaya macam bincang projek je. hihi..Naslem tu nasi lemak. Memang susah nak cut sugar tapi kurangkan tu boleh kot kan. Kita cuba.
حذفAkka pernah lepak sini sekali...tahun 2022 rasanya masa tu akak raikan Dania...masih bertunang lagi ngan abg masa tu...ikan masin tu, ikan masin bulu ayam Fiza...
ردحذفOhh lama dah tu. Terima kasih kak bagitahu ikan masin bulu ayam tu. Failed je nak kenal nama ikan masin. huhu...
حذفNaslem pulak ye? Kitorg sikmak je sebutnya kalau malas nak tulis panjang² hehe... Akk suka RC, tenang je vibe nya sbb biasa pergi tak ramai org.
ردحذفItulah tu, Naslem pulak. Sikmak kita dah biasa dengar. hihi..
حذفBetul, nak makan pun tenang je.
Ada setengah outlet ada rendang maman tau... bukan semua tempat ada.
ردحذفOh ye? Tak pernah nampak lagi uncle.
حذفkat dlm uia ada richiamo tp MZ tak pernah plak singgah mkn kat situ
ردحذفKot teringin nanti bolehlah cuba.
حذفIshhh richiamo ini yg saya tak sempat coba kemarin. Gigi dah coba. Zus dah dari tahun lalu. Richiamo tak ketemu pula 😅
ردحذفMungkin sekarang agak susah nak jumpa sebab banyak cawangan ditutup. InshaAllah rezeki Fanny lain kali dapat merasa.
حذفSesuai nak bincang projek juta-juta sebab tempatnya cozy, tak ramai orang dan makanannya ada rasa. Terus lapar nampak masak lemak dan ikan kering tu. Richiamo ni capitalnya mantap kot ye sebab walaupun jarang penuh tapi tetap bertahan.
ردحذفYa benar. Santai dan tenang untuk bincang pasal bisnes. Masak lomak salai dia padu KakSarie. Mungkin jugalah tu kan.
حذفRichiamo area rumah akak.dah tutup pulak.. macam tak sampai 2 tahun buka, tak boleh survive gamaknya. Sempatlah makan situ beberapa kali.
ردحذفLahh sayangnya baru buka dan tutup. 2 tahun ni kira singkat juga tu. Agaknya lah tu sebab banyak cawangan dah tutup.
حذفMemang nasi itulah yang akan bertukar menjadi gula kalau lemak / tenaga / karbohidrat tidak dibakar / digunakan kan Fizah. Apa pun cut sugar itu sudah kira tindakan terbaik!
ردحذفBetul tu kak Amie. Karbo kena kurangkan, ambil protein lebih. InshaAllah, usaha selagi boleh untuk kesihatan.
حذف