Hujung bulan lepas blogger Fanny DM, katanya akan ke Malaysia pada bulan November. Ikutkan nak jumpa saya sebab nak bagi souvenirs dari tangan ke tangan gitu. Dapatlah jumpa sekali kan. Tapi sebab jauh sikit dan kebetulan juga hari tu saya masih dalam tempoh berpantang selepas surgery.
Jadi, tak dapatlah berjumpa. Fanny minta alamat untuk kirimkan hadiahnya. Terharu betul! Gigih tau Fanny bawa hadiah dari Indonesia ke Malaysia. Lepas tu ke Pejabat pos pula pos hadiah untuk saya. Saya amat hargai susah payah seorang Fanny ni. You're too sweet lah Fanny.
Kita pula yang segan tiba-tiba dapat hadiah juga. Fanny bagi ni sebagai penghargaan rajin komen di blognya dan giveaway gitu. Baiklah, saya terima alasan itu. Kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan.
Hari Selasa hadiahnya selamat sampai. Bungkusan besar. Apalah hadiah yang Fanny kirimkan ni. Jom unboxing!

Dalam bungkusan plastik hitam tu ada satu bungkusan telekung travel dan kotak berwarna hijau dengan lukisan menarik di atasnya.




Bauan vanilla versi minyak angin. Sedap baunya.


Didatangkan bersama pemegang besi bulat berbatu bling-bling. Ada juga tali besi rantai untuk pemakaian gaya sangkut di bahu.

Kemas je hasil sulaman timbul ni. Cantiknya lah! Bolehlah kita melaram nanti dengan beg ni nanti.


Siapa je tak seronok kalau dapat hadiah banyak begini. Setiap satu hadiah tu sangatlah bermakna. Saya menghargai kegigihan Fanny bawa dari Indonesia ke Malaysia dan kemudian post. Pula tu bukan saya je dapat. Ada beberapa lagi blogger lain yang dapat.
Nampak tak effort Fanny tu setinggi mana. Setinggi gunung!
Dahlah pemurah, baik hati dan peramah pula orangnya rajin datang tinggalkan komen di blog kita. Komen pun sekali banyak kalau datang menyinggah. Seronok dapat mengenali seorang Fanny.
Jadi, tak dapatlah berjumpa. Fanny minta alamat untuk kirimkan hadiahnya. Terharu betul! Gigih tau Fanny bawa hadiah dari Indonesia ke Malaysia. Lepas tu ke Pejabat pos pula pos hadiah untuk saya. Saya amat hargai susah payah seorang Fanny ni. You're too sweet lah Fanny.
Kita pula yang segan tiba-tiba dapat hadiah juga. Fanny bagi ni sebagai penghargaan rajin komen di blognya dan giveaway gitu. Baiklah, saya terima alasan itu. Kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan.
Hari Selasa hadiahnya selamat sampai. Bungkusan besar. Apalah hadiah yang Fanny kirimkan ni. Jom unboxing!


Telekung travel Guzel by Tisbo
Dengan ini bertambah koleksi telekung travel saya. Boleh tukar pakai atau standby dalam kereta. Material telekung jenis ringan macam plastik tapi bukan macam plastik. Dia rasa sejuk dan lembut. Tak tahu lah jenis material apa.
Tapi best pakai cuma kena letak pemberat risau nanti solat bertukar jadi obor-obor pula. Letak pin ke apa kan untuk lebih secure masa solat. Jenis berzip di depannya. Boleh adjust ikut saiz muka. Tak ada pelapik dagu, kena kedepankan sikit bila pakai.
Didatangkan dengan beg travel dan juga sejadah mini. Sejadah pun kena letak pemberat. Risau melayang nanti. Warna pink belacan dengan coraknya yang menarik. Saya suka!
Ada juga penyangkut macam keychain. Boleh sangkut pada tali handbag kalau tak ada ruang dalam beg.

Dalam kotak hijau pula ada macam-macam lagi dalamnya. Bak kata Uncle Gedek, bukan Fanny namanya kalau tak bagi macam-macam. Sama macam Kak Amie, bukan reti bagi satu. Semoga Allah limpahi rezeki buat mereka yang pemurah selalu berkongsi rezeki ni. Aamiin...

Magic wallet
Uncle Gedek, saya nak berlagak juga tau dapat magic wallet ni. Boleh tak? hihi...Jangan marah aa nanti kena jual. Saya dapat versi warna pink lah tapi. Baru kena dengan jiwa seorang perempuan. Bagusnya Fanny study warna kegemaran saya. Love lah!Magic wallet ni bukan magic keluar duit ye. Dia macam magic cara buka tutupnya tu. Fanny ada share linknya fungsi magic wallet ni. Okay nanti kita study macamana caranya.

Aromatic cajuput oil madagascar vanilla
Fanny ni sangat teliti ye. Dia tahu je apa kesukaan kita. Agaknya saya asyik sebut suka bauan Vanilla, dia pun bagi aromatic cajuput bauan Madagascar Vanilla jenis roll-on. Pertama kali dengar cajuput. Rupanya Cajuput tu minyak kayu putih.Bauan vanilla versi minyak angin. Sedap baunya.

Handmade embroidery handbag
Buka kotak hijau ni buat saya tambah teruja campur seronok tengok bekas bersulam timbul/embroidery yang sungguh cantik ni. Warna merah jambu lembut pula tu kan. Warna favourite saya. Fanny sangat memahami.Kalau dah handmade tentu harganya mahal. Lagilah buat kita lagi segan terima hadiah begini.

Didatangkan bersama pemegang besi bulat berbatu bling-bling. Ada juga tali besi rantai untuk pemakaian gaya sangkut di bahu.

Kemas je hasil sulaman timbul ni. Cantiknya lah! Bolehlah kita melaram nanti dengan beg ni nanti.

Perfume Islan Vanilla Breeze
Eh eh dapat perfume juga. Top note : tangerine, pear, almond milk. Middle: neroli, jasmine, water lily. Base: vanilla, amber, musk, lorenox.Ringkasnya bauan yang menyegarkan dengan bauan citrus dan jasmine. Sedap baunya. Spray sikit pun dah berbau semerbak. Cuma saya belum cuba lagi ketahanan berapa lama bau tu bertahan. Tapi EDP ni biasanya tahan lama sikit.
Botol perfume yang menarik dengan kemasan penutup batu marble.

Siapa je tak seronok kalau dapat hadiah banyak begini. Setiap satu hadiah tu sangatlah bermakna. Saya menghargai kegigihan Fanny bawa dari Indonesia ke Malaysia dan kemudian post. Pula tu bukan saya je dapat. Ada beberapa lagi blogger lain yang dapat.
Nampak tak effort Fanny tu setinggi mana. Setinggi gunung!
Terima kasih banyak-banyak Fanny. Semoga dilimpahi rezeki berpanjangan dengan segala keberkatan, dipermudah segala urusan dan Allah balas dengan segala kebaikan. Aamiin...
Semoga kita dapat berjumpa nanti bila Fanny datang Malaysia lagi. Seronok tengok rakan-rakan blogger yang berkesempatan berjumpa dengan Fanny. Masing-masing pun dapat juga hadiahnya. Bukan satu, banyakkkkk!
Dahlah pemurah, baik hati dan peramah pula orangnya rajin datang tinggalkan komen di blog kita. Komen pun sekali banyak kalau datang menyinggah. Seronok dapat mengenali seorang Fanny.
blog Fanny : dcatqueen.com
52 تعليقات
Salam singah, wah, hadiah menarik..tahniah ya.Memang bahagia bila ada hadiah ni..
ردحذفAlhamdulillah...semuanya menarik. Ya, pastinya bahagia.
حذفTahniah Fizah. Betul, Fanny study kegemaran dan minat rakan-rakan blogger. Itu sebabnya beliau pandai memilih jenis hadiah yang sesuai. Sebagaimana Kak Amie hargai kunjungan Fizah ke rumah, Kak Amie pun turut menyenangi Fanny. Sama seperti Fizah juga, rajin tinggalkan komen sehingga rasa rindu dan tertunggu-tunggu kalau tak berkunjung beberapa ketika. Semoga ikatan silaturrahim sentiasa berpanjangan.
ردحذفTerima kasih Kak Amie. Kak Amie pun sama bagi hadiah yang kami suka.
حذفAamiin...Terima kasih sekali lagi Kak Amie. Terharu baca ni.
Alhamdulillah
ردحذفRejeki dapat hadiah dari seberang
Alhamdulillah...Orang memberi kita merasa wak.
حذفItulah. Akak pun naik segan. Nampak sungguh effort Fanny. Barang kita seorang sudah berat. Tambah barang untuk blogger lain juga. Semoga Allah balas dengan kebaikan yang berganda-ganda buat Fanny. Cantik sungguh beg embroidery tu. Magic wallet tu pun betul-betul magik, akak tengok videonya. Cajuput oil tu, sedap baunya, kan, Fizah.
ردحذفKann..samalah kita. Efforts A+++. Aamiiin...Semoga yang baik-baik semua untuk Fanny. A'ah, berkenan dengan sulaman timbul tu. Kemas je. Betul, cajuput oil tu best, ada rasa angin sikit.
حذفAlhamdulillah .. Rezeki tu... Fanny ni bagus betul bila datang Malaysia mesti jumpa rakan rakan blogger Malaysia ..
ردحذفAlhamdulillah...Orang memberi, kita merasa. Kann..bagus betul seorang Fanny ni.
حذفBestnya dapat hadiah dari Fanny berkat rajin Komen di blog beliau. Fanny memang pemurah hati, banyak kali sy nampak rakan blogger lain kongsi hadiah pemberian Fanny. Auuu.. sy pernah tau jadi obor² masa tengah solat di RNR. Padahal telekung biasa, kain cotton, pun boleh jadi obor², hahhaha. Malu giler!
ردحذفAlhamdulillah...rezeki. Betul tu, pemurah dan baik hati. Ye, saya pun perasan juga. Pernah jadi juga masa solat kat R&R. Lepas dari tu kalau solat kat R&R kena pilih ruang yang tak kena kipas sangat. Atau jangan solat betul-betul bawah kipas.
حذفAlhamdulillah, tahniah dapat hadiah.. turut menumpang gembira. moga ikatan persahabatan ini sentiasa terjalin
ردحذفAlhamdulillah...Terima kasih. InshaAllah...Aamiin...
حذفuntungla dpt hadiah menarik sgt2 dari blogger seberang cik fanny yg rajin tinggalkn komen2 tuh., hehe
ردحذفAlhamdulillah...rezeki wak. Semuanya menarik sangat.
حذفAlhamdulillah..Hadiah menarik semuanya..Bag tu paling cantikk..Home made lahh..Semoga dilimpahkan rezeki blogger Fanny...Membahagiakan orang lain...InshaAllah..Semoga terus erat silaturrahim sesama blogger .
ردحذفBetul, hadiahnya semua menarik sangat. Ya, handmade dia pun kemas je.
حذفAamiin...semoga Allah balas dengan kebaikan buat Fanny.
best semua hadiah2 tu!! personalized sgt! memang fanny jd kesayangan teman2 bloggers di msia! saya pun syukur dpt jumpa fanny hari tu, 1st time jumpa. comel petite orgnya!
ردحذفYa, semuanya best! Setuju tu. Fanny seorang blogger yang disenangai dan disayangi ramai blogger Malaysia. Lagi beruntung tu dapat jumpa Fanny.
حذفUncle berpandangan begini... 'Orang baik selalu ditemukan dengan orang yang baik.' Ini bermakna Fizah ni adalah adalah orang yang baik, sebab tu ditemukan dengan Fanny yang baik... (secara tak langsung uncle nak cakap uncle ni pun baik lah... Heheheehe)
ردحذفSaya setuju dengan pandangan uncle dan mengakui uncle sangat baik. hihi...
حذفAlhamdulillah tahniah kepada semua yang ada rezeki mendapat buah tangan daripada Fanny. Baik hati sungguh Fanny tuh kan. KSarie tumpang happy membaca cerita kawan-kawan yang dapat bertemu dan mendapat buah tangan daripadanya. Telekung tuh cantik sungguh. paling suka tengok handmade handbag tuh. Sweet sangat. Semoga persahabatan semuanya berkekalan hingga akhirnya.
ردحذفAlhamdulillah...Betul, tak boleh disangkal lagi kebaikan seorang Fanny. Semuanya cantik.
حذفInshaAllah...Aamiin...
Seronoknya dapat hadiah. Semoga ikatan sesama blogger dari dua negara ini bertambah erat. Amin!
ردحذفAlhamdulillah..InshaAllah. Aamiin...
حذفAlhamdulillah meriah betul hadiah dari Fanny tu... Beg tu cantik betul 👍🏻
ردحذفKann...Macam-macam hadiah dia bagi. Ye, beg tu tersangatlah cantik.
حذفsaya pun segan dapat hadiah banyak2 dan cantik2 dari kak fanny. patutla kak fanny ni disayangi kan, dia punya usaha nak bersilaturahim tu memang lain macam! semoga sentiasa dimurahkan rezeki hendaknya
ردحذفKann..betul-betul segan dan terharu sangat. Betul tu. Aamiin...
حذفMasyaAllah cantik menarik semua hadiahnya Fiza 😍
ردحذفBertuah sungguh ni!
Alhamdulillah...rezeki. Ya, semuanya sangat cantik menarik.
حذفFanny nak bagi hadiah, dia buat research dulu. Semoga Allah murahkan rezekinya
ردحذفBetul, betul-betul study.
حذفAamiin...
menarik hadiahnya. alhamdulillah rezeki
ردحذفYa, semuanya menarik. Alhamdulillah...
حذفTahniah Fiza...Fanny mmg suka bagi hadiah banyak2 kan..seronok...
ردحذفAlhamdulillah...Itulah tu. Baik betul dia.
حذفmeriah dpt gift dr fanny...mcm2 tu...akak jmpa fanny lastyear mcm2 juga die bg gift
ردحذفYa, macam-macam ada. Wah untung sangat dapat jumpa Fanny dan dapat hadiah juga. Alhamdulillah...
حذفAlhamdulillah. Fanny ni dahlah rajin komen, lepas itu rajin bertemu bloggers Malaysia bersilaturrahmi.
ردحذفHarap Aphizha diberi kesempatan bertemu dengan Fanny. Amin.
Cuci mata tengok hadiah yang cantik dan sesuai dengan si penerima 😄
Kann..serba serbi rajin. Fanny kerap datang sini, inshaAllah ada rezeki nanti dapat bersua muka.
حذفAlhamdulillah. Rezeki memanjangkan silaturrahim.
ردحذفAlhamdulillah...
حذفIsssh tak repot lah kak. Dan ternyata pun kantor pos nya di samping hotel tempat saya stay di Putrajaya 😄. Jadi memang tak jauh nak post 🤭. Kak ezna yg ajarkan saya cara menuju ke sana.
ردحذفSaya sukaaa dengan kebiasaan bloggers Malaysia yg suka buat top komentator. Teringin memang nak buat, tp tipe blogger Indonesia itu berbeda dengan Malaysia.
Krn itu agak susah juga menerapkan hadiah top komentator kalo dj sini. Makanya saya buat manual , khusus utk teman2 blogger Malaysia 😄. Untungnya saya ke Malaysia itu tiap tahun, jadi mudahlah nak bagi atau kirim ke teman2 semua yg sudah Sudi mampir ke blog saya ☺️🫰
Telekung travel di sini memang kebanyakan tak pakai pelapis dagu, sebab rata2 ada Zipper, yg diturunkan sampai bahu. Jadi untuk penutup kepala biasanya pakai tudung yg dipakai sebelumnya. Tp ada juga yg langsung pakai mukena/telekung travel 😄.
Semoga kalau nanti saya ke Malaysia lagi, bisa betul2 ketemu kak fizah yaa 🤗
Gigih betul Fanny. Terima kasih banyak-banyak. Fanny senang memberi, kami senang menerima. InshaAllah...semoga kita akan bertemu nanti.
حذفnampak daaa fiza bakal beraya sakan dgn beg cantik ms posing2 time raya nnt... hehehe...
ردحذفbest kan dpt hadiah drpd teman blogger dr jauh? ;-)
Hihi...Kita tengok nanti. Alhamdulillah...rezeki. Semestinya seronok.
حذفBanyaknya hadiah Fanny kan?. Akak ada sebelah masa Fanny nak hantar parcel. Hehe. Lepas tu akak minta kat staff tu tampal fragile tu....alhamdulilah dah selamat sampai.
ردحذفItulah tu..banyak betul! Ohh kak Ezna ada sekali. Terima kasih juga bantu Fanny pos hadiah kami. Alhamdulillah selamat sampai semuanya.
حذفEmbroidery tu ditempah khas ya. Tu yang special tu. TQ Fanny! I love you....
ردحذفKalau baca dari kotak, handmade mesti ditempah. Love Fanny jugak.
حذف