Pagi ni bangun subuh rasa sejuk betul. Seremban dari malam tadi hujan sampai ke pagi ni agaknya. Tengok media sosial kawasan PD ribut kuat, Johor dan Melaka pun sama hujan dan angin kuat.
Semalam MET Malaysia pun ada buat sidang akhbar supaya ambil langkah berjaga-jaga dengan cuaca sekarang.

Dengan kuasa dan izin Allah SWT, apa saja boleh berlaku.
اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
Maksudnya : “Ya Allah, Kau jadikanlah curahan hujan ini sebagai curahan yang bermanfaat.”
—Riwayat al-Bukhari, 1032
Maksudnya : “Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu”.
—Surah Hud: 44
Semoga hujan tidak berpanjangan, tiada musibah yang melanda, air cepat surut dan mereka yang berada di kawasan terjejas berada dalam lindungan Allah. Aamiin...

Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi episod hujan lebat Monsun Timur Laut (MTL) dengan sentiasa peka kepada maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MET Malaysia—MET Malaysia
Amaran ribut Tropika oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
Ribut tropika (SENYAR) dikesan berada pada Latitud 3.6° Utara dan Longitud 100.4° Timur, dijangka bergerak ke arah timur dengan kelajuan 9km/j dan boleh mencapai kelajuan angin maksimum sehingga 46 km/j. Keadaan ini boleh menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di Semenanjung Malaysia.Semalam, 27 November telah berlaku ribut tropika senyar terbentuk di Selat Melaka. Satu fenomena pelik dalam sejarah cuaca di Malaysia kerana ribut ini berlaku di kawasan perairan dalam dan luas seperti Laut China Selatan dan Lautan Pasifik. Sedangkan Selat Melaka lautan cetek dan sempit.
Doa ketika hujan
Daripada Aisyah R.A berkata, Adapun Rasulullah ketika melihat hujan :اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
Maksudnya : “Ya Allah, Kau jadikanlah curahan hujan ini sebagai curahan yang bermanfaat.”
—Riwayat al-Bukhari, 1032
Doa ketika menghadapi musibah banjir
وَقِيْلَ يٰٓاَرْضُ ابْلَعِيْ مَاۤءَكِ وَيٰسَمَاۤءُ اَقْلِعِيْ وَغِيْضَ الْمَاۤءُMaksudnya : “Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu”.
—Surah Hud: 44
18 تعليقات
amin aminnn aminnnn
ردحذفkat sini dr petang semalam hujan
tak lebat tp cukup buat kita tersadai dlm jammed utk tempoh yg lama
Banyak tempat hujan non stop kan. Jem tu dah pasti sebab banyak tempat tak boleh lalu. Harapnya air cepat surutlah.
حذفterima kasih perjkongsian. banyak tempat dah naik air .. mudah-mudahan tiada apa-apa yang serius berlaku dan kita semua dilindungi Allah SWT.
ردحذفAamiin...
حذفmoga mereka yang terlibat dengan banjir dipermudahkan. ni ribut lagi la..kesian ramai yang alami kerosakan bumbung rumah
ردحذفAamiin...
حذفBetul, banyak kerosakan berlaku. Semoga mereka tabah dan sabar.
hari ni pun hujan sepanjang hari kat gombak, syukur ptg ni, hujan dh stop alhamdulillah
ردحذفRisau betul kan hujan berterusan ni. Alhamdulillah hujan berhenti dah.
حذفHarap2 sekarang ini udah reda ya kak... Setelah dari Sumatera, dia masuk wilayah Malaysia pula. Lumayan dahsyat akibat yg ditimbulkan di sumatera. Saya kuatir adik saya di Sibolga. Baru berhasil kirim 1 SMS, blm ada kabar lagi.
ردحذفDua hari cuaca elok panas. Alhamdulillah. Harapnya cepatlah air surut bila tak hujan ni. Ya, risau dengan cuaca sekarang ni. Macama-macam terjadi. Semoga Allah lindungi kita semua. Aamiin...
حذفAminnnnnnn. Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan urusan bagi yang terlibat dengan banjir. Ada team di ofis baru habis mesyuarat pasal siap siaga pemantauan pelepasan air dari empangan.
ردحذفAamiin...
حذفKita doakan semoga keadaan kembali baik dan semua baik-baik je.
Moga dipermudah buat mereka yang terlibat....kesian semua harta benda rosak, tanaman rosak, ternakan mati.....
ردحذفAamiin...
حذفItulah tu, banyak kerosakan bila banjir ni.
Terima kasih atas lerkongsian...semoga allah permudahkan buat mereka yang terlibat dsngan banjir
ردحذفAamiin...
حذفSama-sama kak.
Sana sini hujan. Banjir melanda banyak tempat, di dalam negara dan juga negara jiran.
ردحذفSemoga dipermudahkan urusan mereka yang terlibat atas musibah yang menimpa.
Aamiin...
حذفBetul tu kak Amie. Negara jiran pun mengalami situasi yang sama.